Sebaik saja aku mula menaip kembali n3 dalam blog kesayangan ni,ramai teman2,jiran tetingkap,sanak beranak memPM aku bertanya tentang status baru aku...Rata2 mereka terkejut beruk.Macam2 soalan yg mereka tanya...Paling best soalan dr rakan blog,mereka pelik,selalunya aku bercerita yg indah2 lg best kat blog aku ttg family..memuji itu dan ini tp tetiba jer aku jadi mak Jan.....Wow pedih betul kan...
Sebenarnya,aku rasa teramat x larat nk menjawab soalan dr semua org..Cukuplah aku katakan,langit x selalunya cerah..panas x semestinya berpanjangan..kadang2 hujan ribut segalanya..Camtulah dlm kehidupan kita..Kita jangkakan semuanya happy-happy belaka mana nak th belakang kalu haru biru......
Danish dan Damia jantung hati mama....Kesian mereka,harap mereka tabah dan kuat..Mama love u |
Mana ada Mama kat dunia ni x sayang anak2..Gila ke haper kalau aku x nangis saban malam merindui mereka.Tp pengorbanan itu amat perlu,demi kebaikan bersama aku terpaksa berjauhan sementara..Tp dalam seminggu hampir setiap ptg aku menemui mereka,cuma bermalam bersama agak terhad,hujung minggu sahaja.
senyuman kdg2 mampu menutup kepedihan..luaran yg dilihat belum tentu sama apa yg didalam. |
Mula2 dulu aku menangis bagai nak rak tiap malam,telan ubat tidur berpeket2 baru boleh tidur...
Setiap hari asik tertanya-tanya kat mana silapnya,apa yg tak kena...kenapa jadi camni...Macam2 soalan bermain dlm fikiran....Hampir gila jugaklah aku....Tp lama2 aku mula sedar,setiap jalan yg kita lalui adalah berliku2.Jatuh bangun adalah lumrah.Aku kena tabah,kena kuat,kena hati kering untuk terus maju kehadapan.....Dan setelah hampir 8 bulan aku melaluinya,aku mulai yakin....Semangatku mula bertambah dr hari ke hari.....Tiap apa yg terjadi pasti ada hikmah disebaliknya....
Esok dah masuk tahun Baru...Azam pun baru,semangat baru...semua pun baru...Suami baru belom boleh lg tau....Mahu bersendiri dahulu....Mahu rasa free...mahu pusing keliling dunia....mahu hu ha dulu....hidup bebas tanpa lelaki..kuikui...
Semoga kita semua sudah dapat laksanakan azam kita pd tahun lepas...Dan tahun 2013 akan membawa sinar baru dalam hidup kita.INSYAALLAH.....