Thursday, January 27, 2011

lebih sexy dari fasha sandha

Hari ni mood aku cam mendung sikit.Sama cam cuaca kat luar tu.Baru bergaduh manja dengan anak dara aku.Puncanya pasal Fasha Sandha!!.Tak logik betul..Memang betul kata Wardina Syafiah..Artis adalah paling tidak sesuai/tidak layak untuk dijadikan sebagai icon!!!Setuju 100%..Tadi masa aku tengah layan lipat kain yang dah nak jadi gunung kinabalu tu,anak dara aku sebuk berposing depan cermin.Aku pun buat bodo jerlah,sambil tu aku jeling2 jugak kat dia.Maklumlah budak baru berumur 3 tahun 3 bulan.Bila posing tu macam cute sangat...Tiba2 dia boleh cakap kat aku.'mama adik sexy tak?'.Adoi!!! Apa punya soalan anak dara aku ni...Aku pun jawab,'emmm..sexylah jugak!'Pastu dia boleh cakap,'adik lagi sexy dari Fasha sandha kan".Hampeh!!!Pengsan jap aku dengar.Manalah budak kecik cam anak aku tu kenal Fasha sandha tu pun aku x tahu.Aku pun tanya dia,'Fasha Sandha tu saper?mana adik kenal'
Anak aku dengan muka selamba terus jawab,'yang sexy tulah..yang pakai bra aje tu..yang mama tengok kat laptop semalam'.Adoi!!! Bedebuk atas kepala aku!Hah padan muka,saper suruh skodeng gambar2 separuh lucah tu..Kan dah mendapat.Aku pun terus peluk anak dara aku,aku cakap aku nak dia jadi budak baik,tak payah sexy pun mama tetap sayang adik..Tapi budak kecil...bila aku cakap camni,dia cakap camtu pulak.macam2 soalan yg dia tanya aku.Tak terjawab dibuatnya.Yang paling x tahan tu,bila aku cakap kalau adik sexy nanti ALLAH marah.Nanti semua orang tak suka.Semua orang benci!!Sekali dia boleh jawab..'orang sukalah mama...mama pun selalu tengok fasha tu kat laptop,kat melodi..kat paper!!!Adoi terkena sudah!!!!!!..Sendiri mahu ingat!!!!...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...