Saturday, October 22, 2011

dia cuba buat aku lupakan 'benda' tu.

aku,damea n danish.......sempat posing sementara tunggu en.suami buat kerja..hehe


Dah seminggu mood aku masuk laut.Jap aku rasa cam nak sasau,jap lagi pulak cam nak hangin jer,bila aku pikir semula apa penyebab aku jd meroyan ni,baru aku th...rupa2nya aku ni sawan pasal menunggu BB aku yg rosak,Bayangkan dr raya puasa dah nak masuk raya haji hantar repair tak siap2....logik ke????

bila aku cakap banyak nanti org kata aku 'ter'lebih pulak.Tapi yg paling best en.suami aku.Dia diam 1000 bahasa.Dia th aku serabut dok ingat BB yg entah ada entah tidak kat kuantan NUN.Cuma dia kata kalau dah masuk 2 bulan tu,dah arwah lah jawabnya....Menyesal????

ntahlah....tak th nak kata apa....Benda dah nak jadi,sapa nak duga jadi macam ni...Cuma aku rasa macam teraniaya,tertipu dan segala TER lagi.....


Dan kerana mood aku yg mendung serta kadangkala hujan petir,en suami ajak aku jalan2.Bukan pergi Landon pun,sekadar pusing2 sekitar klang.Dan yg paling best dia kata "ma,pergilah beli apa2 ma nak,Di belanja,amiklah baju sehelai dua,tudung ke,kasut ke,yang penting jgn buat muka tenuk tu lagi."
Lor...aku ingat dia nak belikan aku BB baru.....tapi seperti katanya,dia nak aku settle kan dulu kes aku tu,bila dah betul2 arwah,baru dia akan beli HP baru utk aku.....Sayang dia!!!!



en.suami yg semakin membesar sbb isteri dia suka masak..jom kita membesar sama2..heee



Oleh kerana aku bukanlah spesis yg pandai amik kesempatan maka aku cuma beli sehelai baju baru....Dan yg paling best si Damea anak dara aku telah memBAKO aku dgn meminta en.suami membelikan dia BB baru...kelas kau maria...warna pink lagi BB budak ni..kes perli lah ni..hangin jer...


sakit jiwa jer aku pandang BB budak kecik ni...uwaaa!!!





p/s:aku tak salahkan sesiapa pasal BB aku yg tak kunjung tiba,sebaliknya salahkan diri sendiri sebab tak pikir panjang...padan muka..jawabnya SABO jerlah!!!!!!!



Monday, October 17, 2011

sorry sy x dtg rewang tp dtg makan je...

damea yg kepenatan di siang hari..riuh rendah pun dia boleh laya tidooo..hehe.dan lauk pauk yg sedap....layannn...




malam minggu tu hari,keluarga mentua aku buat sikit kenduri doa selamat untuk abah yg baru kua sepital dan emak yg tak berapa nak sihat lagi.Kebetulan hari sabtu tu ada bnyak pulak kerja part time yg nak dibuat jd x dpatlah menghadirkan diri untuk rewang2...


Walaubagaimana pun adik ipar aku sdh memberi tugasan kpd aku untuk mensponser apam pol kadot,maka adalah sikit pengecualiaan untuk ketidak hadiran pada waktu merewang2 itu(rewang is gotongroyong memasak)....hehe



selepas pulang dr sambutan birhday  boy si Nazman(anak pn.Norleen).aku terus duduk bertafakur kat dapur bg menyiapkan apam pokadot utk di mkn2 time kenduri selepas maghrib nanti.



aku dan nenek Ju,yg kat kerusi roda tu mak mentua aku,sian mak,mak dah kurus...pastu yg buat peace no war tu si ain dan nenek jak.





Alhamdulillah lauk semua sedap2 hasil airtangan iparduai ku yg pandai memasak dan rajin(bkn mcm aku).
Tima kasih sbb x membebel di atas ketidak hadiran aku di siang harinya..Pd makmentua,semoga mak terus kuat dan jgn nakal2,heeee....  Pada abah,semoga abah terus gagah macam dulu-dulu.Saya sayang kamu semua.Cuma mungkin tak berapa pandai nak ucap kat mulut....heheh



yg cantik manis mcm anak dara sunti ni nama dia apam pol kadot aku..sedap!!!!




Dan tak lupa apam aku yg comel dan menjadi rebutan anak buah,mak buah dan buah2han..huhu




P/s:mintak maap pada kak ani,kak erin,maksu,kak edah,makyah,syikin sbb x hadirkan diri membantu....insyaALLAH panjang umur kita rewang lagi ye....





Sunday, October 16, 2011

sambutan birthday yg TERlampau

bergembira ria bersama maskot tawas iaitu si 'manis' yg tak berapa nak manis sbb yg duduk dlm tu ialah abang bulat..heee



hari Sabtu yg lalu,satu panggilan super dasyat telah aku terima dr Pn Norleen.Rupa2nya pn.Norleen ajak aku dan anak2 utk meraikan birthday boy si NAZMAN. Yang paling best party tu telah disponser secara total oleh TAWAS,nak th apa itu TAWAS klik sini....Sangatlah beruntung itu pn Norleen krn dalam ramai2 manusia di bumi selangor,family mereka telah terpilih...


Tanpa berlenggang kangkong,aku pun seperti biasa telah merajinkan diri membaking sedikit muffin untuk di telan beramai2....hehe..sangatlah bahagia kerana dato'Tawas(lupa nama dato' tu)telah turun padang menjengok program yg mereka anjurkan....



Makan KFC secara percuma mmg terasa hebat,Dan satu lg kejutan yg menyentap jantung ialah,TAWAS telah menjemput YB kawasan MERU iaitu DR RANI untuk sama2 hadir di teratak batu pn NORLEEN.Maka aku pun dgn seronoknya tumpang posing..mnlah th gambar aku boleh tertempek dalam SINAR ke,kosmo ke,kalau UTUSAN tu tak mungkinlah..hehehe



rasa bangga sehingga lubang idung aku membesar sbb Dr.Rani telah memakan muffin aku bio pun cuma seketul..DR Rani yg pakai songkok hitam,yg pakai baju batik2 tu Dato'Tawas...heheh





kesimpulannya..aku tumpang seronok for Pn norleen atas kebertuahannya kerana terpilih untuk program sambutan hari lahir anak2 TAWAS sELANGOR.Pada nazman yg cute tu,Happy birthday darling,kamu sangat cute macam auntie jugakkkk!!!!...heehe



dan kalau pergi party birthday kat umah org jgn lupa amik pic sendiri..konon2 cam party sendiri pulak..heheh..si damea yg happy,aku yg +++happy dan en.suami yg tumpang happy...



lalalalala.............berdoa agar TAWAS col utuk dapat tender buat kek..hahah,sentiasa mencari peluang,terima kasih pn.norleen,jasamu di kenang!!!



Friday, October 14, 2011

sedih giler bila period



mula2 sekali aku nak nangis dulu...UWAAAAaaaaaa......
Pastu baru nak cerita knapa sedih sangat rasa hati ni.....Sedih bila aku datang period.Nak th kenapa,sebenarnya dah setahun aku merancang nak tambah baby...tp tiap2 bulan hampa.Nak2 bila dah excited sbb period lambat dtg..kat hati dah berbunga2..sekali....Uwaaaa!!!
period datang mencurah2..sama macam rasa hati yg sedih tahap gaban ni...



Tapi bila pikir balik,sangatlah bersyukur sbb aku dah ada 2 org anak..Kalau nak dibandingkan dgn org yg belum pun ada anak lagi...Macammana sedihnya aku,mcm tulah yg diaorg rasa...tiap kali waktu period nak dtg ,mesti penuh debaran..lewat jer sehari,mulalah mcm nak bgth satu kg..tp lepas tu HAMPA....




Sekarang baru aku tahu perasaan kakak aku yg dah kawen 20 thn tu tp belom ada anak...Memang muka dia nampak cam redha,tp dalam hati saper yg tahu kan....






Nasihat aku pada yg dah ada anak tu jagalah anak baik2,sayangi mereka,dakap dan berilah mereka kasih sayang sepenuhnya.Jalankan tanggungjawab kita sebaik2nya.Dan pada mereka yg masih ternanti2 macam aku,jgn putus asa.Berusaha lagi...mungkin bukan thn ini,tp tahun hadapan...Bersabarlah dgn ujian ALLAH,biar pun peritnya hanya kita yg tahu...
Dan selamat menunggu period pada bulan depan.......hehehe(mood suspen tiap kali time period)..hehe


Kat sini ada sikit panduan untuk ibu2 yg menanti cahaya mata seperti aku.....



Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


sama2lah kita berusaha okey.......!!!!



Tuesday, October 11, 2011

nak manja-manja

happy bila aku sikat rambut dia ala2 barbie doll...mia...mia....



Semalam Anak dara aku si MIA merajuk...Dia cakap semenjak dua menjak aku busy membaking ni,aku jarang nak layan dia..alalala........cian dia,Oleh kerana aku mama yg baik,aku pun ambik keputusan nak bermanja2 dgn dia.Aku mandikan dia....gosok2 badan dia dgn sabun,main2 buih kat bilik air sampai kecut jari jemari..


pastu aku keringkan badan dia,sapu bedak,pakaikan baju.....Dia nampak happy sangat.Kemudian dia berlari masuk bilik,rupa2nya ambik sikat,dia suruh aku sikatkan rambut dia..selalu dia tak suka aku sikatkan rambut dia,sbb dia kata kalau aku sikat sakit...heee


bila aku sikat rambut dia..baru aku perasan dah panjang rupanya rambut anak dara aku ni..kejap je masa berlalu.Thn 2012 ni dia dah masuk 5 thn pun....Sayang kat dia....


abg pun amik kesempatan nak posing ngan adik..heee




kat sini ada info sikit kat ibu2 pasal menyikat rambut anak,jadi jgn lupa baca jadikan pedoman dan panduan..sama2 kita menambah ilmu didada okeh...muahhhhh


"Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyak rambut, menyikat mencuci pakaian, mencuci dan membersihkan anak-anaknya, maka Allah akan membalaskan perbuatan kebajikannya itu dengan pahala mengikut jumlah rambut anaknya itu dan menghapuskan pula dosa-dosanya dan menjadikan ia berseri-seri (di akhirat) di mata orang yang melihatnya".

-Hadis Riwayat Abu Hurairah-





Friday, October 7, 2011

aku,masyarakat dan MAKAN..suka hati

yg pakai tudung biru ni kak milah,dia otai kawasan batu 5...sampai2 jer terus kena potong tembikai,,,sambil potong sambil suap mulut..glurp!!!



Minggu lepas,iaitu minggu akhir syawal aku telah mencemar duli untuk mengacau masyarakat di kawasan surau tempat tinggal aku untuk bergotong royong bagi menjayakan program makan2 di surau kesayangan kami.(surau sirajuddin).Setelah puas seminggu aku,suami dan anak2 makan2 dirumah kawan2,kini tibalah masanya untuk MAKAN BESAR pulak..heeee


Oleh kerana taknak nampak sangat muka tak malu dan kaki makan,maka macam biasa ringan2kanlah tulang yg hampir merepot ni untuk bergotong royong.Tolong kupas bawang ke,tolong goreng ayam ke,paling hampeh pun tolong habiskan sarapan yg org wakaf kat situ..hehee


Tapi pagi tu aku agak rajin apabila tolong Kak milah(otai kawasan batu 5)untuk menggoreng kacang tanah(nak msk sambal kuah kacang),masak sup ayam dan masak kurma yg sedappppp sekali.(yg sedap tu akulah yg masakkk)heeeee.


Lepas zohor,aku pun cepat2 membawa diri untuk pulang ke rumah dgn alasan badan sudah busuk,sebenarnya nak siapkan kak Najah punya order(kek coklat bertoping).Ingat lepas siap kak Najah punya kek cepat2 nak sambung REWANG balik...tapi sekali tengok jam dah pukul 5.30 petang.Apalagi rehatlah jap sambil telentang atas bantal..


Lepas maghrib kat rumah,aku pun siap2 nak pergi ke SURAU utk rewang2 dan makan2..Sangat happy bila tengok dah ramai kwn2 ada kat situ,seperti biasa ada kak milah,kak Ardina,kakyan,kak idah,wife en.yazid(lupa nama isteri,nama laki ingat pulak..heee),kak yan,wife hj Ali(lupa lagi nama isteri dia,pada hal dok bergelak ketawa sama2..adoi mmg tak patut betul ini pompuan..huhu...kak najah, dan bermacam2 kakak lagi...sebab kalau nak th akulah yg terMUDA..ahahhaha...(ayat perasan)


Malam tu majlis makan2 dan berqatam berlangsung dgn jayanya....tapi hatiku sangatlah sedih sbb dok sebuk layan tetamu,bila nak mencedok nasik minyak ujan panaz  tu tetiba jer dah jadi kemarau sbb dah kering...UWAAAAA...... kempunan aku....(tapi sebenarnya sempat jugak aku dok sumbat sesuap kat mulut hasil dr terjumpanya periuk nasik tu kat dlm stor...kerak pun keraklah kak jenap oi..janji tak meleleh air liur ni....(jgn tiru perangai ini)..heeee



hehe..aku yg sedang bermasyarakat...yg nak gigit buah watermelon tu kak Ardina,dan yg sedang menapau utk dibawa pulang tu kak bee,kak yan,kak najah....enjoy!!!



P/s: Sangat seronok bila dapat kumpul ramai2...Lagi seronok lepas masak2,kita makan2..hoyehhh...!!!





Sunday, October 2, 2011

shopping2 yg PENING

 duduk rumah asik kebosanan,kelemauan dan kelebamman...baring,FB,blog.makan...tu jerlah kerjanya. Rasa cam nak ajak en.suami yg sedang membeso kan perut tu kua window shopping ..tp cam tahu jer dia nak jwp apa...Mesti dia jawab,"hari minggu nak shopping2 lecehlah,ramai org..." tak suka ayat tu...Nak tunggu takder org bila gamaknya..heeeee...


tetiba teringat masa kami anak beranak shopping masa bulan puasa hari tu..memang hapPENING habis.Dgn bebudak yg meragam,dgn iman yg tergugat akibat jualan murah,dgn wang yg cukup2 buat beli langsir raya..AHA....memang serba serbi serabutlah...


Tapi yg bestnya masa tu en.suami takleh cakap banyak pasal bulan puasa,kena sabar lebih.Termasuklah aku...SABO.sabO...dalam hati nak jer masukkan budak2 ni dalam troly pastu sumbat kat dlm toilet(kejam sungguh ini MAMA)....


akhirnya aku bawak budak2 kat sudut ujung dunia,aku bg damea minum puas2.pastu posing2 amik gambar...dah dapat minum n makan...baiklah sikit perangai diaorg....heee..kesian abg,dia puasa,kenalah tahan nafsu tengok si adik mkn n minum..heee




cer tengok muka damea yg mengganaz tu..dan muka aku yg tengah tahan marah..grrrrr....aku siap pesan ngan bebudak ni,thn depan kalau shopping raya,mama tak mahu bawak korang..mama nak pergi sorang2 jer..barulah puas mama menyoping...heeee(pada hal,bukan beli apa pun,cuma beli baju bebudak dan kasut bapak budak..emak budak???? uwaaaa dapat penat jer...)






Rasanya itulah kali terakhir aku shoping untuk thn ni....Rasanya tunggu cuti sekolah nnti baru kua shopping lagi..tapi kalau setakat kua beli lauk.sayur,ikan,bawang,gula,tepung..setiap hari pun shopping..heeee
kerana bg aku erti shoping ialah berjalan selama 4 jam tanpa henti dalam shoping complek biarpun cuma beli lipstik sebatang..(hahaha...org mcm ni pun ada-mestilah ada...akulah tu..)heee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...