Sunday, October 16, 2011

sambutan birthday yg TERlampau

bergembira ria bersama maskot tawas iaitu si 'manis' yg tak berapa nak manis sbb yg duduk dlm tu ialah abang bulat..heee



hari Sabtu yg lalu,satu panggilan super dasyat telah aku terima dr Pn Norleen.Rupa2nya pn.Norleen ajak aku dan anak2 utk meraikan birthday boy si NAZMAN. Yang paling best party tu telah disponser secara total oleh TAWAS,nak th apa itu TAWAS klik sini....Sangatlah beruntung itu pn Norleen krn dalam ramai2 manusia di bumi selangor,family mereka telah terpilih...


Tanpa berlenggang kangkong,aku pun seperti biasa telah merajinkan diri membaking sedikit muffin untuk di telan beramai2....hehe..sangatlah bahagia kerana dato'Tawas(lupa nama dato' tu)telah turun padang menjengok program yg mereka anjurkan....



Makan KFC secara percuma mmg terasa hebat,Dan satu lg kejutan yg menyentap jantung ialah,TAWAS telah menjemput YB kawasan MERU iaitu DR RANI untuk sama2 hadir di teratak batu pn NORLEEN.Maka aku pun dgn seronoknya tumpang posing..mnlah th gambar aku boleh tertempek dalam SINAR ke,kosmo ke,kalau UTUSAN tu tak mungkinlah..hehehe



rasa bangga sehingga lubang idung aku membesar sbb Dr.Rani telah memakan muffin aku bio pun cuma seketul..DR Rani yg pakai songkok hitam,yg pakai baju batik2 tu Dato'Tawas...heheh





kesimpulannya..aku tumpang seronok for Pn norleen atas kebertuahannya kerana terpilih untuk program sambutan hari lahir anak2 TAWAS sELANGOR.Pada nazman yg cute tu,Happy birthday darling,kamu sangat cute macam auntie jugakkkk!!!!...heehe



dan kalau pergi party birthday kat umah org jgn lupa amik pic sendiri..konon2 cam party sendiri pulak..heheh..si damea yg happy,aku yg +++happy dan en.suami yg tumpang happy...



lalalalala.............berdoa agar TAWAS col utuk dapat tender buat kek..hahah,sentiasa mencari peluang,terima kasih pn.norleen,jasamu di kenang!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...