yg pakai tudung biru ni kak milah,dia otai kawasan batu 5...sampai2 jer terus kena potong tembikai,,,sambil potong sambil suap mulut..glurp!!! |
Minggu lepas,iaitu minggu akhir syawal aku telah mencemar duli untuk mengacau masyarakat di kawasan surau tempat tinggal aku untuk bergotong royong bagi menjayakan program makan2 di surau kesayangan kami.(surau sirajuddin).Setelah puas seminggu aku,suami dan anak2 makan2 dirumah kawan2,kini tibalah masanya untuk MAKAN BESAR pulak..heeee
Oleh kerana taknak nampak sangat muka tak malu dan kaki makan,maka macam biasa ringan2kanlah tulang yg hampir merepot ni untuk bergotong royong.Tolong kupas bawang ke,tolong goreng ayam ke,paling hampeh pun tolong habiskan sarapan yg org wakaf kat situ..hehee
Tapi pagi tu aku agak rajin apabila tolong Kak milah(otai kawasan batu 5)untuk menggoreng kacang tanah(nak msk sambal kuah kacang),masak sup ayam dan masak kurma yg sedappppp sekali.(yg sedap tu akulah yg masakkk)heeeee.
Lepas zohor,aku pun cepat2 membawa diri untuk pulang ke rumah dgn alasan badan sudah busuk,sebenarnya nak siapkan kak Najah punya order(kek coklat bertoping).Ingat lepas siap kak Najah punya kek cepat2 nak sambung REWANG balik...tapi sekali tengok jam dah pukul 5.30 petang.Apalagi rehatlah jap sambil telentang atas bantal..
Lepas maghrib kat rumah,aku pun siap2 nak pergi ke SURAU utk rewang2 dan makan2..Sangat happy bila tengok dah ramai kwn2 ada kat situ,seperti biasa ada kak milah,kak Ardina,kakyan,kak idah,wife en.yazid(lupa nama isteri,nama laki ingat pulak..heee),kak yan,wife hj Ali(lupa lagi nama isteri dia,pada hal dok bergelak ketawa sama2..adoi mmg tak patut betul ini pompuan..huhu...kak najah, dan bermacam2 kakak lagi...sebab kalau nak th akulah yg terMUDA..ahahhaha...(ayat perasan)
Malam tu majlis makan2 dan berqatam berlangsung dgn jayanya....tapi hatiku sangatlah sedih sbb dok sebuk layan tetamu,bila nak mencedok nasik minyak ujan panaz tu tetiba jer dah jadi kemarau sbb dah kering...UWAAAAA...... kempunan aku....(tapi sebenarnya sempat jugak aku dok sumbat sesuap kat mulut hasil dr terjumpanya periuk nasik tu kat dlm stor...kerak pun keraklah kak jenap oi..janji tak meleleh air liur ni....(jgn tiru perangai ini)..heeee
hehe..aku yg sedang bermasyarakat...yg nak gigit buah watermelon tu kak Ardina,dan yg sedang menapau utk dibawa pulang tu kak bee,kak yan,kak najah....enjoy!!! |
P/s: Sangat seronok bila dapat kumpul ramai2...Lagi seronok lepas masak2,kita makan2..hoyehhh...!!!