Saturday, April 23, 2011

apa yg harus kita tahu tapi tak pernah ambik tahu..huhuhu!


susu dutch lady

Dutch Lady Milk Industries Berhad (“Dutch Lady Malaysia”), peneraju industri tenusu berkualiti Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1963. Ianya juga syarikat tenusu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968. Pemilik utamanya adalah Royal FrieslandCampina NV, suatu syarikat multinasional Belanda dan antara syarikat tenusu terbesar di dunia. Permodalan Nasional Berhad pula adalah pemegang saham kedua terbesar.


 ***hari2 kita bg anak kita minum susu kan...jd kenalah th sikit mengenainya...***







 KFC

Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc.
KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad.

restorant KFC pertama di malaysia dibuka pada tahun 1973.


***inilah makanan yg rakyat m'sia dok gemar sangat...bahan2nya pun rahsia..kalo letak *%$#** pun kita tak th kan...dah namanya pun rahsia!!..huhu..***







 petronas

PETRONAS Dagangan Berhad, yang tersenarai di Bursa Malaysia,  merupakan pengedar barangan petroleum terbesar di negara ini dengan penguasaan pasaran keseluruhan melebihi 40 peratus untuk tahun kewangan berakhir Mac 2006.
Petronas merupakan agensi tunggal yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengawal pengeluaran petroleum di Malaysia Aktiviti huluan dan hiliran yang dilakukan oleh syarikat Shell, Exxon, BP, Esso dan lain-lain di luar pantai Malaysia mestilah dikawal oleh Petronas. Petronas merupakan antara firma terbesar di dunia dalam senarai 500 Fortune Global. Petronas mempunyai 4 anak syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan telah meneroka di peringkat global di lebih 33 negara seluruh dunia terutama di Iran, Sudan, Thailand dan Indonesia.



***hari2 isi minyak.....tapi tak pernah nak ambik tahu..kihkihkih!!!***








HONDA


Honda ialah sebuah syarikat pengeluaran yang ditubuhkan oleh Soichiro Honda pada tahun 1946. Pada awalnya, syarikat ini dikenali sebagai "Institut Penyelidikan Teknik Honda" di Hamamatsu, Jepun, dan dua tahun kemudian nama syarikat bertukar kepada Syarikat Honda Motor.
Pada peringkat awal, Honda menumpukan perhatian kepada penyelidikan dan pengeluaran motosikal. Produk awal Honda ialah motosikal 50 cc, dengan setengah kuasa kuda yang dikenali sebagai 'Jenis-A'. Pada waktu itu, penyelidikan Honda sangat dipengaruhi oleh Perang Dunia II di mana petrol sukar diperolehi dan pengangkutan awam sangat tidak efisien akibat peperangan. Honda pernah mengeluarkan bahan bakar sendiri yang diperbuat daripada pokok pinus. Kereta pertama Honda dikeluarkan pada tahun 1963, iaitu kereta dua tempat duduk. Pada masa kini, kenderaan buatan Honda telah menjadi ikon dunia.




***jenama ni lah paling top sejak zaman jepon dulu...ingat kat moto honda cup bapak aku..heeee***









 Gula

Pengeluaran gula negara kini dikuasai oleh empat kilang iaitu:-
  1. Malayan Sugar Manufacturing (MSM),Prai, Pulau Pinang
  2. Central Sugar Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor
  3. Gula Padang Terap (GPT), Padang Terap, Kedah
  4. Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), Chuping, Perlis.

Gula merupakan sejenis pemanis yang telah digunakan oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu untuk mengubah rasa dan sifat makanan dan minuman. Dalam kegunaan am, orang-orang yang bukan ahli sains menggunakan perkataan "gula" untuk bermaksud sukrosa atau sakarosa yang merupakan disakarida berhablur yang berwarna putih

***yang ni pulak...hari2 kita guna ... bak kata P.Ramlie..bagaikan irama dan lagu...kalau terlebih~bagai gula dan kencing manis..huhuhu****




cukuplah setakat ini..lain kali kita selidik lagi latar belakang benda2 yg ada disekeliling kita..



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...