Saturday, June 18, 2011

aku,pak Ali dan durian(memori yg tak dapat dilupakan masa kecil).






Inilah pertama kali dalam sejarah aku berblog, aku menjoint contez mengontez ni..Itupun atas sokongan,dorongan dan paksaan tahap terlampau dari cik ida yg tomey..Lagi pun contez dari Dr.Siti Hamidah ni memang seronok.Maklomlah siapa yg takder kenangan masa zaman kecil kan..?...dah tentulah banyak.Dan dalam banyak2 kenangan masa kecil-kecil dulu..yg ni memang susah aku nak lupa..tapi time ni nak kata kecil tidaklah berapa nak kecil.Sebab kalau kecil sangat mana nak ingat cerita2 lama kan..kan..kan




Al-kisah masa zaman jepon dulu(tipu jer..zaman sekolah2)Aku ada seorang kawan baik,nama dia Sazali tapi aku panggil dia Pak Ali.dia ni kira sahabat jahat akulah..huhuhu..Walaupun dia budak laki2 dan aku budak pompuan tapi kita orang memang sehati berdansa sejiwa!!




Nak dijadikan cerita sebenarnya aku ni anak peneroka.Jadi tempat bermain kitaorang ialah kebun getah.

kat sinilah tempat kami bermain,berguling,menyorok dari mak bila kena marah.Dan kat sini jugaklah tempat aku dan Pak Ali melakukan jenayah juvana.jeng3x...




Siapa yang bolen tahan nafsu bila tengok buah durian bergayut2 atas pokok.Sudah lah tu, tuan punya pokok durian tu pulak kedekot taik hidung masin(biarpun aku belom pernah  lagi merasa taik hidung).Dah jadi kebiasaan kat tempat aku...Kat tengah2 kebun getah diaorang suka tanam pokok buah-buahan termasuk pokok durian.Dan durian pakcik kemut ni amatlah mengghairahkan....

ini sekadar gambar hiasan dan ini bukanlah pakcik yg kedekut itu..harap maklom!

Saperlah yg boleh tahan bila nampak buah durian yg bergayut2.Sudahlah banyak buahnya,besar-besar pulak tu.Naik meroyan aku dan Pak Ali tiap kali bermain disekitar kawasan tu.Dan amatlah menyakitkan hati apabila tiap petang pakcik kemut tu akan datang mengutip buah durian dia.Pastu dia dengan selambanya akan mengupas buah durian itu dan telan hidup2 didepan kami tanpa mengajak aku dan Pak Ali joint sekali.(mmg hampeh tul pakcik tu)..





Dan ...Dek kerana tahap terlalu ingin merasa buah durian itu maka,aku dan Pak ALi telah merancang satu plan yg kami namakan 'Plan mencurik dan memakan buah durian pakcik kemut'.hehehe....Maka, petang pada hari kejadian aku dan Pak Ali datang awal.Kami datang sebelom pakcik kemut tu datang.Pak Ali siap bawak beg sekolah lagi..katanya nak buat isi buah durian..hahaha...tapi setelah puas aku dan Pak Ali menyelongkar isi semak dan samun,sejibik sebijik buah pun tak ada!!!! HAMPA betul!!!





Tapi Pak Ali tetap tak putus asa.Maka dengan penuh semangat waja..Dia pergi panjat pokok durian tu.Dia pulas2 buah tu bagai nak rak..Gedebuk!!! jatuh kat tanah.Akulah jadi tukang kutip.Kami dapat 3 bijik je.Pastu kita orang pun cepat-cepat larik meninggalkan tempat kejadian...Bila dah survey line clear,Pak Ali pun trylah nak kupas...kah..kah..kah!!!!





Punyalah payah nak bukak kulit dia.Kemut cam tuan nya jugak.Dari menggunakan parang,kami guna batu,dari batu kami guna spanar bapak Pak Ali,dari spanar kami guna pulak kayu..last2 Pak Ali campak kat batu kasi pecah...Hampeh....Hancur lumat buah durian tu kami kerjakan..tapi isinya keras...MENTAH..heheheeh.....





masuk durian yg ketiga,aku beria nak kupas pulak...Oleh kerana tahap kerakusan dan kemarahan sebab misi nak merasa buah durian puaka tu gagal, maka aku terlukakan tangan aku,banyak darah keluar!!!masa tu aku dengan tak malunya meraung macam pompuan meroyan...aku nangis kuat2...sebab sebenarnya bukan sakit tangan tapi sakit hati....(kempunan pun ada).





Balik rumah mak pulak soal siasat aku..kenapa tangan berdarah?.kenapa aku comot cam anak orang asli kat rompin?kenapa muka aku sedih macam tak dapat makan nasik seminggu?...Dan disebabkan mak aku memang terror bab soal siasat secara psiko..maka aku tertewas jugak...aku menceritakan segala2nya kat mak..





pastu....mak aku ketawa berdekah2....memang tak patut....aku punyalah patah hati,mak boleh bantai gelak macam tengok rajalawak!!! dan sampai skrg aku teringat lagi ayat mak..'yang ko pergi jadi pencurik kurang bijak tu kenapa?..buah belom masak kat atas pokok yg korang pergi curik..memanglah susah nak kupas..Muda lagi...kot yer pun nak curik,carik jerlah yg dah jatuh atas tanah!!!(pada ibu2 diluar sana tolong jgn tiru ayat mak aku.sbb mak aku ni mmg suka melawak ok...)




Dan itulah kisah panjang berjela yg masih aku ingat sampai skrg...Pak Ali sekarang masih lagi solo..Padan muka dia.aku suruh dia kawen dengan anak pakcik durian kemut tu, dia x mahu..
Ehhhh..korang nak tengok muka pak Ali tak???..hensom tau...

nampak sangat nak menipu,ni bukan Pak Ali tapi abang Aoran aziz@ mr.seth Tan..huhuhu






Sebenarnya..bila dah besar2 ni hubungan aku dan Pak Ali pun dah renggang.Pak Ali pun macam nak elak2 je bila jumpa aku.Kalau aku balik kampung dan jumpa dia,dia cuma sengih2 jer.nak dengar suara pun susah.Dia tak ada FB,apatah lagi blog..kalau ada mesti aku dah tag kat dia...hehehe...





apa2 pun...inilah antara kenangan aku masa kecil yg tak berapa nak kecil tu...Bila ingat balik,mulalah aku nak tergelak..Durian oh durian....Lupa nak bgth kat korang,Pakcik kemut tu
masih wujud lagi.Mak aku kata semenjak tua terlampau ni, dia makin kemut..heheh..tapi dalam tahun ni dia nak naik haji...Aku doakan pakcik kemut tu bertukar jadi pemurah bila dah balik dari mekah!!!....





sebelom korang tertido baca n3 aku ni baik aku cau dulu....Sebelom tu aku nak tag 3 orang,mengikut syarat2 pertandingan...hehe..mereka ialah..saudara fikri rais.saudari aizamia dan saudari Alia..harap kamu bertiga sudi membebel macam aku..heheh....





p/s:jgn sesekali meniru aksi ganas aku dan Pak ALi....harap maklom




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...