P/s:cuba baca dengan mengeluarkan nada suara,bukan baca dlm hati...
(baru rasa maksudnya)...pastikan org sebelah x cakap anda sdg meroyan..huhu
melewati amarahmu umpama melontar pedang
pada si bongkok
menjadi nanah dalam membusuk didasar sekeping hati
menzahir wangi dan indah
yang kau tidak sedar sedang
mengumpul segunung dosa berkawat duri
aku jadi mati
apabila suara itu jadi tinggi
aku jadi buta apabila tongkat padamu
tidak kau beri pada dia...
aku jadi bisu apabila melihat kata nistamu
Dia itu insan amat besar dan gagah
biarpun dia pernah merobek jantungku
tapi usah kau parut jiwanya
hingga luruh hatiku jadi abu.........
kerana kau pasti tahu
mungkin akan lebih faham bila aku
berbahasa asing
bahawa
what you give is what you get..
mungkin bukan hari ini
tapi suatu hari nanti
masa itu pasti tiba buatmu.....