Thursday, March 31, 2011
jgn asik tengok atas
Sedih rasa hati apabila mendengar kisah seorang kawan pagi td.
Nak buat mcmmana...Nampaknya aku tak dptlah bjumpa dia lg lepas ni...
Dia terpaksa pindah kat selatan tanah air mengikut suami.
Bisnes suami dia dh bungkus!!!!...Nak bg anak duit sekolah pun tak kecukupan.
Macammana nak sara hidup kat tempat serba serbi mahal ni....tiba2 aku teringat kisah pd 3 thn yg lalu.
Sapa tak kenal dia.
Dialah paling hebat antara kwn2 kami.Duit berkepuk2..kalau pergi shoping mmg takut.
Semua benda dia boleh beli tanpa berfikir dulu mcm aku...huhuhu
Dia suka ajak aku dan teman2 lain kua mkn2 n lepak2...tapi.....
ada satu perangai dia dan suami yg kami tak berapa nak suka...kalau bercerita pasal harta dunia,
dia akan bermegah2..percaya bahawa dia mendapat segalanya krn usaha yg gigih...tanpa bantuan sesiapa!
kadang2 kami mnjadi takut mndengar ketakburan ayat2nya memuja kehebatan diri...
DAN KINI....bukan mengata tapi lihatlah...hidup tidak selalu indah...hidup juga tidak boleh
terlalu memandang ke atas...sesekali lihatlah kebawah..tempat kaki berpijak!!!!
aku simpati.....tapi.....sekurang2nya dia akan mjadikan segala yg terjadi sebagai pengajaran dlm hidup!
Dan sebagai panduan utk sahabat sekalian bacalah kisah ini:
....Pada suatu hari,ketika sepasang suami isteri duduk mkn di ruang tamu,dtg seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.Pengemis itu minta sedikit makanan tp lelaki kaya itu begitu marah dan menghalau pengemis itu pergi.dalam hati lelaki kaya itu berkata:'aku mmbina perniagaan hingga bjaya bukan utk org lain,tetapi utk keluarga dan diriku sndiri.'Si isteri yg cantik itu terasa sngat sedih,dia ingin bersedekah tp takut pd suaminya.
Beberapa thn kemudian,perniagaan lelaki kaya itu jatuh muflis dan mnjadi miskin.Dia mnceraikan isterinya krn tak mh isterinya susah bersamanya.Setahun kemudian isteri yg cantik itu berkahwin lain.
pada suatu hari,sdg isteri dan suami barunya mengadap mkanan,tiba2 seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.Mendengar rayuan pengemis itu,si suami yg baru mnyuruh isterinya menyediakan makanan yg sama seperti mereka makan kpd pengemis itu.
Selepas memberikan mknan isteri cantik itu menekup muka sambil menangis...Dia mengadu bahawa pengemis itu adalah bekas suaminya.Maka suami baru yg tenang itu terus memandang wajah isterinya dan berkata,'demi ALLAH,sebenarnya akulah pengemis yg pernah dtg ke rumah kamu dahulu.'
Cerita ini mberi pengajaran bahawa hidup seperti putaran roda.Ada masanya kita tidak selalu diatas...
RASULULLAH s.a.w bersabda: sedekah itu dpt menutup tujuh puluh kejahatan.
ANAS MALIK pula meriwayatkan bhw NABI MUHAMMAD s.a.w ada bersabda yg bermaksud:
.....barang siapa yg mmpunyai harta,maka bersedekahlah dgn kekayaanmu,barang siapa yg mpunyai ilmu,bersedekahlah dgn ilmumu.Dan barang siapa yg ada tenaga,bersedekahlah dgn tenagamu.....
ingat tau kawan2.....hidup tak selamanya indah..
jadi sentiasalah REDHA dgn ketentuanNYA...belajarlah bersyukur..berusaha dan berdoa....
nasihat ini utk diri sendiri juga!!!hehehe....
......dah lapa...nak masaklah!!!...huhuhu.....
Subscribe to:
Posts (Atom)