Saturday, March 5, 2011

Surat buat emak

Emak...

Semalam anak emak iaitu suami saya ajak saya teman mak pergi hospital.
Pada mulanya sy keberatan sbb tak mahu tinggalkan anak sy dirumah.
Tapi suami beritahu sy bahawa sy harus melakukannya demi menunjukkan contoh dan teladan 
yang baik pada anak2 saya.Jika sy selalu culas menjaga emak yg sakit,nnti anak2 sy juga
akan melakukan itu pada sy.Suami kata,ALLAH sentiasa membalas perbuatan baik buruk kita.
Terima kasih mak,
kerana lahirkan anak yg baik.Anak yg banyak menjadi pembimbing saya.

Pagi tadi..Sy dan suami bangun awal.
Kami bersiap untuk bawa mak berjumpa doktor.Sy lihat mak sudah banyak berubah.
Mulut mak yg sering mengomel itu ini,sudah tidak kedengaran lagi.
Tubuh sasa mak juga sudah berubah.Mak kelihatan pucat.Sudah banyak kali mak kena bedah.
Dari satu, kesatu masalah yg mak hadapi.Saya tahu mak kuat semangat.
Mak cuba melawan rasa sakit.Saya tahu itu.
Perjalanan ke hospital SRI KOTA,terasa lambat.
sepanjang perjalanan emak hanya membisu.Tidak seperti dahulu.

Jika dahulu,Suara emak hampir membuatkan saya menutup telinga.
..Sesampai kita di hospital,suami menolak mak menggunakan kerusi roda krn mak tdk boleh bjalan.
Tulang pinggul mak retak.Darah beku mula menjalar keseluruh kaki kiri mak.
Dan yg terkini,sudah 2 hari mak x lalu makan.Darah hitam keluar laju bila mak buang air besar.
Mak...
sy tahu mak tak ingin semua itu.Tapi ini dugaan buat mak.Sy harap mak mampu hadapinya.

Sekali lagi mak kena tahan di wad.Sementara tunggu urusan kemasukan wad,mak duduk di kerusi roda.
Mak kata kepala mak lenguh sebab tak boleh bersandar..
Tiba2 anak lelaki mak berdiri dibelakang mak.Anak mak suruh mak letak kepala mak di perutnya.
Sy sangat terharu mak...
Terima kasih sekali lagi pada mak kerana melahirkan lelaki itu buat saya..
Anak mak sungguh lembut melayan mak.hampir setengah jam dia berdiri menjadi dinding tempat mak
bersandar.....
emak,tadi bila sy teman mak kat wad,sy tengok mak lelap.Nafaz mak turun naik.
sy suruh mak makan,tp mak tak mahu,sy pujuk mak baik2.
sy kata mak mesti makan kalau mahu cepat jumpa abah(bapa mertua).
Bila sy kata begitu mak laju suruh sy sudukan bihun sup di atas meja.Mak makan juga
biar pun tak banyak.Sy beri mak minum milo.Laju mak meneguk air.
Terima kasih mak sebab sudi mendengar kata sy.
Emak..
Biarpun emak bukan ibu kandung sy.
Sy sayang pada emak.Kerana tanpa emak,sy takkan ada anak lelaki emak.
Cuma kdg2 sy jarang2 dapat bersama emak,bukan sy sengaja mak..
tp sy cepat tersentuh,sy malu bila airmata sy gugur didepan emak.Sy cepat sebak bila lihat emak.
Sy tahu sebagai seorang menantu mungkin sy ada buat silap pada emak..
Emak ampunkanlah dosa2 sy..
Saya doakan mak agar cepat sembuh.Cepat berjalan mcm dulu2..(selalu curi2 jln kerumah sy).
Emak...
di kesempatan yg ada ini..sy mohon beribu2 keampunan,halalkan mkn minum sy dan anak lelaki mak. 
Halalkan setiap titis susu yg mak berikan pada suami sy.Doakan sy dan keluarga kita akan terus bersama yer mak!!!
Sy sayang mak sangat2.
tak kira walau apa keadaan mak sekali pun...Dan pada semua anak2 mak,menantu2 mak,cucu2 dan keluarga mak...doakanlah agar dipermudahkan segala urusan mak di dunia dan akhirat kelak...akhir sekali,i love u mak!!!




aku dan emak....kenangan kita bersama di sri kota...
emak tengah tido lena....sian mak!



mak ngah,mak usu,aku n emak....smua sengih kecuali mak..mak takut sengih pasal xder gigi..huhu





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...