Tuesday, March 8, 2011

gara2 tokek

Siapa yg x kenal binatang yg namanya tokek
Semua org tahu,binatang spesis cicak ni harganya serupa emas..
semua orang cuba untuk memilikinya..


Berbalik pada cerita aku sebelumnya..
Hari ni aku pergi rumah bapak mertua,nak antarkan lauk tengahari.
Biasanya aku malas..tp hari ni rasa cam rajin pulak.
Sebab yg paling kukuh,kat umah ada kenderaan so senanglah aku nak ke rumah mentua aku.

Masa aku datang abah(pak mentua)tengah solat zohor.so aku ngan damea(anak aku) tunggu jap kat luar.
Kesian atok dok umah sorang2...bila dah dekat sejam lebih kat situ aku pun nak gerak balik pasal kejap lagi
anak lelaki aku balik dr sekolah.masa aku jalan kat garaj tu tetiba....

Aku nampak kotek tokek...
macam cicak tapi besar sikit..pastu badan dia ada sikit dot..dot
Oleh krn aku ni spesis takut ngan haiwan ala2 cicak tu..aku pun jerit..
"atok2.....ada tokek!"..
Pak mentua aku pn suruh tangkap.tp aku takut.Pak mentua aku tu dok kat kerusi roda
pasal dia tak larat dah nak jln...tp oleh krn semangat ke tokek an...huhu
Sanggup pak mentua aku tu dok berdengkot2 jalan..sampai ke garaj...
sekali tahu apa dia cakap...
"la........itu sumpah2...bukan tokek!"
apa lagi aku ngan bapak mentua aku pun gelak sakan...huhuhu...

inilah pak mentua aku..ni gambar masa raya 2 thn lepas..hehee

Korang th kenapa aku rakus sngat bila nmpak binatang tu..
pasal itu hari anak jiran aku umur 8 tahun jual tokek dekat rm2500 dia dapat.
mak ngan bapak dia yg amik duit tu..budak tu dapat beli jajan jer...huhuhu!!
kesian pak mentua aku....bersusah payah berdengkot nak tangkap tokek yg sbnarnya sumpah2..heee


OK...untuk info pada yg nak tahu pasal tokek silalah baca disini.aku copypaste jer..huhu

Kajian Sains Yang Menarik Tentang Tokek
Salah satu contoh,daging tokek di gunapakai dalam bentuk makanan atau serbuk dipercayai menyembuhkan pelbagai penyakit seperti penyakit kulit, asma dan juga meningkatkan stamina lelaki. Tapi sampai sekarang tidak ada kajian yang pasti mampu menunjukkan keberkesanan perubatan menggunakan tokek.

Sebuah pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Prof Wang dari Universiti Henan China telah melaporkan Penemuan ini dan diterbitkan dalam World Journal of Gastroenterology. Tapi ada noresearch pada kajian farmakologi (kajian tentang interaksi antara ubat-ubatan, sistem dan proses kehidupan) dari tokek, bahawa mekanisme kerjanya sebagai anti-tumor masih belum dikenal pasti sehingga ke hari ini.

Dari hasil laporan amalan klinikal yang diterbitkan oleh Medicalnewstoday, Tokek tidak hanya memperkuat sistem kekebalan organisma, tetapi juga boleh menginduksi sel tumor opoptosis sel tumor iaitu yang boleh merosakkan dirinya sendiri. Dalam amalan klinikal, pasukan penyelidik menggunakan tikus betina dalam proses kajian. Selain itu,tokek juga dipercayai menurunkan tindak aktif aktiviti VEGF dan protein bFGF. Protein ini akan menjejaskan pertumbuhan sel kanser. Kesan peningkatan sistem kekebalan dikesan berdasarkan kelenjar timus yang dapat menghasilkan sel-sel kekebalan di leher, pagosit dan sel limpa. Dikenali penurunan ekspresi VEGF dan bFGF protein, dan perbaikan sel apoptotik yang dapat membunuh sel tumor.
 



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...