Monday, January 31, 2011

jom balik kampung

Cuti datang lagi...kali ni cuti tahun baru cina.Tapi yang bestnya cuti raya cina ni lagi lama dr cuti raya puasa..Kawan aku si rozilen tu siap mengeluh,katanya cuti raya cina tahun ni lama sangat. tak tahu nak buat apa..Alahai...cuti sekejap masalah,cuti lama pun masalah ke beb...Xper aku cadangkan ko pergi umah aku tolon aku buat muffin kalo xder benda nak buat erkk...Huhuhu.Mak kat kampung ader call tanya aku balik kampung ke tak...Sorry mak,tak dapat nak balikla...En hubby kerja ngan company melayu,so cuti pun cuma 2 hari.Tak sempatlah nak berfoya2 kat kampungku yang indah tu.Kalau balik kampung takat sehari je..penat rasanya.Tak balik modal..Nak jalan2 kat bandar Kuantan pun tak sempat.Satu nak pesan pada saper2 yang balik ke kampung tu hati2 bawak kenderaan ye..nak2 time hujan2 ni,jalan licin,sejuk pulak..Kalau mata mengantuk dan perut berkeroncong tu ,berhentilah rehat jap.Kalau yang bawak anak ramai2 dalam kereta pastikan semua keperluan anak cukup dan sempurna,make sure anak cukup makan,dah buang air,cukup cool untuk memulakan perjalanan jauh.Pasal bebudak ni kalau dia datang hangin dia,ngamuk dalam kereta,nak drive pun tak selesakan...Jangan jadi cam member aku pulak,dia ada anak lima,anak2 dia mmg agresif tahap mask Rider.Kalau dalam kereta tu memang haru biru.Nak2 memandu dari klang ke kedah..jauh tu...Jawabnya sebelum naik kereta dia bagi anak2 dia makan kenyang2 pastu kasi ubat batuk sorang 5ml...Adoi!!!! sampai tahap tu...Pastu dia kata  tak sampai 30km drive..anak2 dia pun tidur lena...Sedar2 jer dah ada umah tok diaorang kat kedah...Tapi boleh praktikalkan ke idea ni...cam x patut pulak kan....huhuhuhu...Oh sebelum terlupa, pada pemandu yang suka drive malam2 buta tu hati2 tau...gelap!!..Bukan pasal ada hantu atau makhluk asing tapi malam2 ni kalau sesuatu terjadi pada kenderaan korang,susah sikit nak mintak bantuan...(berdasarkan pengalaman sendiri)...OKlah semoga selamat tiba kedestinasi anda yer...peluk cium dari aku...sebelum tu..silalah tengok video kat bawah ni...sekadar mnguji iman..hahaha...Jangan marah!!!

Sunday, January 30, 2011

Sunday Family..


Bila ahad datang..inilah masanya yg boleh berhappy2 dengan ank2 n bapak dia..huhuhu..SI abang yang separuh happy,separuh lagi sedih..pasal berjaya mencabut gigi dia..nampaknya petang ni terpaksalah bawak dia pegi jalan2,pasal dah janji kalau dia bjaya cabut gigi dia...aku n en hubby nak bawak kua jalan...haru...anyway..tahniah abg Danish coz bjaya jd anak lelaki yg kuat..wakakaka!!!eeeiii takut tengok gigi dia!! uwekkk....

Menu tengahari ahad..mee rebus..faveret ank2 dan en.hubby..Harini pun lemau pasal ujan,bangun lambat,no sarapan,terus make mee rebus untuk my family..seronok tengok ank2 makan bertambah..huhu..en.hubby pun sama!!makan2 jugak langsung tak ingat kat aku...uwa...kena goreng ayam lagi...nasib baik aku mama yang baik..hahah
 dalam pada nak bermalas- malasan,sempat jugak mnyiapkan order muffin coklat mini ni...tak banyak pun 3 bekas jer..huhu..kalau korang nak cuba buat muffin ni bolehlah rujuk resepi dia kat catatan aku yang sebelum ni..cuma beza dia yang ni versi mini,yang tu hari versi kek beso..huhuhu..dah siap packing bolehlah anta....Mana pulak budak danish ni nak suruh dia anto jap...oklah...nanti kita borak lagi yer..kalau nak mintak resepi tu jangan malu2 tau....hehehe

Saturday, January 29, 2011

Kalau ada cinta


 harini..emm..sunyi!! yang ada cuma anak2.En hubby manjang keluar..Aku doa yang baik-baik sajer.Malas nak pening2 nanti darah tinggi yang dah sedia ada ni naik pulak.Bila rasa emo ni mulalah cepat sangat nak teringat kisah2 lalu..Fuhh..Dah stanbay kotak tisu ni..Tapi x pasti nak wat lap airmata happy or sad...Sadisnya ayat..Teringat masa mula2 bercinta dulu..Umpama mimpi dalam mimpi...Sehari tak jumpa mabuk rindu bagai..Hahaha! hakikatnya bila dah kawen....Kalau boleh malas nak tengok muka masing2.Sampai tahap tu ke?.Harap tidaklah macam tu kan..Mintak jauh..Orang lelaki ni mudah lupa.Hari2 nak bgth,nak kena ingatkan..Kalau dia cakap tolong ingat kan aku xper jugak..ini dia buat muka tenok..Ampehhh!!!Tapi kita orang pompuan ni jgn tunjuk kita ni lemah sangat(biar pun dah lemah lutut segala).Tunjuk jer kita ni gagah,tanpa dia kita tak kan mati beragan!!!Tapi tak semua lelaki cam tu..ada yang masih sama sebelom khawin sampailah selepas kawen..contohnya:sebelom kawen suka tengking2 tunang,dah kawen,bg penyepak terus...Hahaha..tu yg negatif.Yang positif pulak,walaupun dah ada anak 5 orang, tapi masih jeling2 bini bila nampak bini berkemban..huhuhu..Apa ni nafsu jer yang tak berubah!! yang lain smua element lari..wakaka!!!Jadi pada en.Hubby tu tolon manja2 kan sy tau.....tak romantik pun tak per..sekurang2nya adalah jugak ucapan2 manis...bukan bermanis2 bila nak suruh buat air jer..huhuhu...Dan pada kawan2 di luar sana,yang masih belum berkahwen atau sudah beranak pinak...satu nasihat aku,terus terang! kalau tak puas hati CAKAP!!!! jangan simpan2,buang karen....sakit hati sendiri..Kadang2 kalau kita tak cakap mn orang nak th kan...kita pikir lain,org fikir lain...kan susah..so ringan2 kan mulut yer..tapi jangan dah dapat can bercakap tu,lupa diri pulak...cakap tanpa henti(membebel)..huhuhu..karang smua yang nak kita sampaikan tu larik masuk ke laut....huhuhu...!!!

Friday, January 28, 2011

winter sonata

harap tahun ni plan aku n my bestfriend sis reen menjadi...Ya ALLAH...tak sabar rasanya nak berguling2 atas salji..



















 tetiba aku teringat pulak cerita winter sonata.Memang layan cerita tu.Sampai sekarang pun tak boleh lupa.Pada kawan2 lain yang nak joint trip aku n sis reen ke korea bulehlah contex aku..kalau pegi ramai2 lagi best kan...........huhuhu

        
nanti bolehlah kita kayuh basikal macam ni..hahaha...macamlah kat msia takder basikal nak naik.NYampah!!!!

















Back to the jungle

Rasanya dah bertahun aku x masuk hutan,berkhemah,buat unggun api...yang paling best masak sardin atau maggie...Rindunya zaman bujang2 dulu.Masa belum kawin dulu,aktiviti masa lapang yang paling aku suka ialah masuk hutan,mendaki,berkhemah dengan kawan2...Syahdu pulak,bila ingat balik.Ada sekali tu en.hubby bertanya pada aku,"ma teringin x nak pegi mana2?".Aku pun jawab,"ma teringin sangat nak berkhemah,masuk hutan,memancing..mesti best kan!".Mulut en.hubby ternganga luas.Rupanya banyak yang en.hubby belum tahu pasal aku biarpun sudah hampir 9 thn kami berkahwin.Tapi aku berjanji pada diri aku,apabila anak2 aku dah besar sikit,aku akan tukar tempat2 percutian kami.Dari acapkali ke pantai dan pusat2 peranginan kepada hutan hijau yang indah,dan sungai atau tasek yang damai...huhuhu...Dan ingatlah tidak kira apa yang korang semua suka,apa yang korang teringin,buatlah!!!Asalkan tidak mendatangkan kemudaratan pada diri kita..kerana sebagai manusia,kita sepatutnya memberikan diri kita ruang dan peluang sebagai hadiah untuk diri sendiri...Jadi apa lagi sila ambil diari anda dan catatkan bugget,time dan tempat yang teringin untuk anda kunjungi....happy holiday!!!...huhuhu..mood cuti dah melanda...heheehe

Thursday, January 27, 2011

lebih sexy dari fasha sandha

Hari ni mood aku cam mendung sikit.Sama cam cuaca kat luar tu.Baru bergaduh manja dengan anak dara aku.Puncanya pasal Fasha Sandha!!.Tak logik betul..Memang betul kata Wardina Syafiah..Artis adalah paling tidak sesuai/tidak layak untuk dijadikan sebagai icon!!!Setuju 100%..Tadi masa aku tengah layan lipat kain yang dah nak jadi gunung kinabalu tu,anak dara aku sebuk berposing depan cermin.Aku pun buat bodo jerlah,sambil tu aku jeling2 jugak kat dia.Maklumlah budak baru berumur 3 tahun 3 bulan.Bila posing tu macam cute sangat...Tiba2 dia boleh cakap kat aku.'mama adik sexy tak?'.Adoi!!! Apa punya soalan anak dara aku ni...Aku pun jawab,'emmm..sexylah jugak!'Pastu dia boleh cakap,'adik lagi sexy dari Fasha sandha kan".Hampeh!!!Pengsan jap aku dengar.Manalah budak kecik cam anak aku tu kenal Fasha sandha tu pun aku x tahu.Aku pun tanya dia,'Fasha Sandha tu saper?mana adik kenal'
Anak aku dengan muka selamba terus jawab,'yang sexy tulah..yang pakai bra aje tu..yang mama tengok kat laptop semalam'.Adoi!!! Bedebuk atas kepala aku!Hah padan muka,saper suruh skodeng gambar2 separuh lucah tu..Kan dah mendapat.Aku pun terus peluk anak dara aku,aku cakap aku nak dia jadi budak baik,tak payah sexy pun mama tetap sayang adik..Tapi budak kecil...bila aku cakap camni,dia cakap camtu pulak.macam2 soalan yg dia tanya aku.Tak terjawab dibuatnya.Yang paling x tahan tu,bila aku cakap kalau adik sexy nanti ALLAH marah.Nanti semua orang tak suka.Semua orang benci!!Sekali dia boleh jawab..'orang sukalah mama...mama pun selalu tengok fasha tu kat laptop,kat melodi..kat paper!!!Adoi terkena sudah!!!!!!..Sendiri mahu ingat!!!!...

Wednesday, January 26, 2011

Tolong ingatkan aku

Masa zaman sekolah dulu...Aku paling suka dengan puisi.Aku suka tulis puisi,baca puisi.Itulah kerja aku.Dok ngadap cermin hafal puisi.Sekarang aku terus lupakan Puisi.Usahkan nak mendeklamasikan,nak mendengar dan membacanya pun aku malas.Aku fikir benda2 mengarut tu semua hanya ayat2 kosong yg melalut2 yang mesejnya belom tentu dapat difahami.kenapa tidak cakap terus terang sahaja.Contoh= kalau kita benci pada peperangan.Kenapa tidak kita bilang 'aku benci pada peperangan'.Tapi bila kita puisikan ia akan menjadi..'perang itu adalah hantu'.Menjadikan darah sebagai airmata...derita itu ubat hatiku'.adoi!!!Tapi bila aku fikir2 balik,sebenarnya puisi itu ubat jiwa.Macam lagu2 indah yang kita dengar bermain diradio.Asalnya adalah nukilan seseorang yang menceritakan sesuatu secara melankolic...wakaka...Macam lagu2 yuna,Ana rafali-semuanya bermula dr sebuah kisah dan diterjemahkan menjadi bait2 ayat yang indah...Hasilnya kita menghafal lagu2 itu yang kadangkalanya sikit pun tidak ada kena mengena dengan kita...

Tuesday, January 25, 2011

Mimpi basah

...Mimpi basah!!! Oh No!!Malam tadi aku tidur punyalah syok.cuaca sejuk.Memang layan.Nak2 sebelum tu aku kepenatan siapkan order cupcake dr my jiran..Fuh syahdu!!Malam tadi mimpi pun punyalah indah..aku mimpi sedang menari-nari ala pelakon hindustan kat sebuah taman yg punyalah best.Siap ader air terjun,burung2 berkicau.bunga2berkembang...Wah kelas gitu..Tetiba tengah aku lelayan tu,macam ader sesuatu jer yang tak kena..loh!!! Anak aku terkencing da....Adoi...Banyak tu..abis semua basah.Baru jer aku nak syok.Akhirnya pukul 3 pagi aku menukar cadar segala..Malam tadi aku tidur dengan anak2 jer.si ayah kerja luar..huhuh..Tu yang aku angkut anak2 tidur sekali.Nak wat camner dah nasib badan.Kesian anak aku,kena mandi subuh2,tukar baju segala..huhuhu..Rasanya kalo aku tido tengahari karang..boleh tak aku sambung mimpi indah aku balik..hehehe

Monday, January 24, 2011

bawal masak 1001 rasa(lunch time).

TARA....sekejap jer aku masak..pung pang,pung pang,kebumm!!terus siap bawal masak 1001 rasa ni..Haaahaha...Sebenarnya ni resepi orang malas.Aku main selongkar jer apa yang ader dalam peti ais tu..pastu campak2 jerlah apa yang patut..kalo korang nak try resepi org malas tp sedap ni aku dengan murah hatinya selitkan sekali resepi aku kat sini ok...enjoy!!!

@carilah ikan apa2 yg ader dlm peti ais tu(kebetulan dalam peti ais aku ader ikan bawal)hehe..siang,basuh dan goreng mcm biasa..sementara menggoreng tu bolehlah siapkan bahan kuah dia.
@2 biji bawang besar potong kiub(potong 4segi),tomato 2biji potong kiub,carrot sebatang(potonglah ikut suka)bawang puteh(ketok2 je)serai sebatang(ketok2 jugak)halia(potonglah ikut suka)dan yg paling senang 3 sudu besar sos chili,2 sudu besar blackpepper sos-gaul sebati tambah air 1 cawan....apalagi tumiskan bawang putih.kalo suka pedas boh lah chili api or chili merah...tumis...tumis....bila dah naik bau,masukkan sos yg di satukan td..pastu campakkan segala bender yang di potong2 tadi..kalo cair tambahkan air tepung jagung sikit ok...pastu pandai2 lah letak garam,gula.n mak aji(kalo sukalah)..tp aku letak kiub pati ayam...hehe..pastu bolehlah curahkan atas ikan yg dah siap goreng tu...huhuhu,nak kasi lawa tepekkan daun sup ke,daun bawang ke...jgn letak bedak sudah!!! N siap untuk di cekek...selamat makan2...huhuhu

Honey vs kopi pahit

Yuhuuu...Pagi semua.Tp macam dah tengahari je kan.Bermalas-malasan mmg best.Bangun tido terus buat air madu..Emm..memang superb!Sebenarnya tekak aku ni perit hari ni.Rasa cam nak selsema pun ada.Tu yang segera menyelongkar maduku.Bila tengah menghirup air madu yang segar dan nyummy ni tetiba jer aku teringatkan sesuatu...Apa khabarlah sahabatku(nama tpaksa di rahsiakan)si R.Aku harap dia dapat menemui kebahagiaan sekarang.tapi entahlah!.Cuma aku selalu doakan yang baik2 untuk dia.Kenapa bila aku minum madu aku teringat pada si R.Pasal dia sekarang sedang bermadu,cuma yang x bestnya dia no2.Adoi!!Bunyinya mcm ngeri.Tapi ini fakta beb!Dulu aku anti madu..Aku selalu tfikir kenapalah ada perempuan yang sanggup merampas kebahagiaan perempuan lain!Tapi bila sahabatku si R bagitahu dia nak berkahwin dengan suami orang,aku terdiam!!!First..aku fikir si R pernah berkahwin dahulu dan punca perpisahannya adalah bekas en.suami ada perempuan lain.SAKIT kan!! Tapi tub2 si R nak kawin pulak dengan suami orang.ADOI!!Sebagai kawan aku say NO!! tapi....perlahan2 aku fikir..Mengapa ada tentangan untuk orang yang mahu melakukan kebaikan.Kalau aku seharian dok memikir,apatah lagi sahabatku itu.Perlukah kita mengambil hak orang lain untuk membuat kita bahagia.Jawapannya tentulah TIDAK PERLU!!Tetapi sesuatu yang baik adalah wajar dikongsi bersama.YA!! lelaki itu mungkin terlalu baik dan sempurna sebab itu si R sanggup untuk berkongsi.Tapi bagaimana yang pertama memilikinya! TENTU PEDIH kan.Bagaimana jika kita yang menjadi no1.Kalau aku mesti meroyan!!Tp aku sayang pada R.Dia seorang sahabat yang baik.Aku juga tahu dia perempuan yang baik.Aku yakin dia punya hati yang belas..Sahabatku..sebagai seorang yang amat menyayangimu...sebenarnya pertama aku KAGUM.Kau hanya mengambil dan bukan merampas!!(sila fahami itu).Percayalah hidup ini memang begini.Yang manis itu jika diambil berlebihan akan menjadi racun dan yang pahit itu kadangkala ubat yg paling mujarab.Sahabat.. aku sentiasa ada di sisimu.Aku sewakan bahu ini khas untuk mu...Tidak kira kau no1 atau no2.kau adalah sahabatku!Berbahagialah...kerana kau layak menikmatinya..I luv u...

Sunday, January 23, 2011

Jamingan family

Jamingan family...Bunyi cam ngeri je kan.Mula2 nak sesuaikan diri dalam keluarga Jamingan ni agak haru biru juga.Tapi bila dah hampir 9 tahun bersama mereka, rasa best pulak.Terdiri drpd abang Mat,kak ani,makngah,pak ngah,makyah,abg adi,abg zul,kak menah,abg salleh,kak erin,shikin,zaki,Rudy,ita,Farid,dayah,mak usu n pak usu..Dan ank2 buah yg x terkira ramainya.Meriah beb!Macam2 ragam!!!Tapi yg paling best pasal keluarga Jamingan ni ialah pasal MAKAN..Wah!!! jangan marah yer...mintak ampun dulu yer..huhu.Kalo pasal makan memang superb! pasal Family jamingan mmg suka tang rewang2 masak memasak ni..huhu...If ader jer kenduri kendara atau projek makan2, walauwey!! Meriah habis..Sebenarnya aku ni pun terjangkit dengan diaorg..dulu masa mula2 kawen haram nak siang ikan pun aku x reti.Tapi bila dah bersama mereka kalau nak malas2 tu sendiri mahu ingatlah,maka kerana sikap yg x mahu mengalah ni aku gagahkan diri untuk belajar memasak...Nah!! Lihat hasilnya En Harun pun sudah membuncit..huhahaha...Satu lagi nak cerita,dalam keluarga Jamingan ni mereka adalah terlalu rapat antara satu dgn yang lain,maklomlah umah pon dokat2 ajer..bak kata orang jawa..ngarep cungor!!!Kalau makcik pakcik tu mmglah melampau kalo x kenal..wak zaidon,nenek ipah,nenek mar,arwah atok baser,nenek ju,wak othman,nenek jak,atok suhail,paksu n maksu di phg nun..wah satu kampung tu..hehe.Itu belom sebut nama2 cucu keluarga jamingan lagi...sakan lah nak

the gift

Keluarga,teman2 adalah anugerah tuhan yang tidak terhingga pada kita.Bayangkan hidup ini sekiranya bersendirian,tanpa sesiapa.Aku tidak mampu membayangkan kalau sehari aku tidak bercakap.Kaku!Aduh bosannya.Tiada sesiapa yang mahu menghibur hati.Alhamdullillah aku punya keluarga yang bahagia.InsyaAllah!Teman2 yang membahagiakan.biarpun teman waktu suka dan duka...Melalui hari2 bersama mereka menjadikan diri ini bahagia..Hargailah mereka yg berada di keliling kita.Biar apa watak dan perwatakan mereka tetapi merekalah warna-warni dalam kehidupan kita.Jadilah ibu yg baik,isteri yg penyayang,teman yg setia dan anak yang soleh.Ingatlah untuk membuat diri kita di hargai,belajarlah menghargai orang lain...
I love U...ucaplah selalu ayat keramat itu.Biar pun bunyinya basi,tetapi sementara kita masih boleh menyebut,sebutlah!Usah lokek untuk menyatakannya.Gembirakanlah hati insan di sekeliling kita.Supaya kita juga berasa gembira.Hati ini akan sentiasa beroleh ketenangan jika kita belajar untuk menghargai diri kita dan insan di sekitar kita.Tidak percaya?..Cuba senyum sekarang..senyum lagi..lagi lebar..lagi...lagi...sehingga nampak gigi..wah ader sinar terpancar dimatamu..Itulah namanya menikmati diri..Rasa bahagia bukan..Walau hanya dengan sebuah senyuman..apakata mulakan dengan senyuman dahulu,kemudian pujian,jelingan manja,mungkin juga usapan lembut...huhuhu..tp awas bukan pada mereka yg tidak sepatutnya...nanti lain pula jadinya...Dan ingatlah pada pesan org2 tua..kalau didepan kita api..biarlah kita menjadi air...fuhh...sejuk bunyinya...

Friday, January 21, 2011

dont worry darling

Aku suka melihat.Thank ALLAH,berikan aku sepasang mata.Aku suka melihat segala yg ada disekelilingku.Ada yang indah,penuh warna dan kadangkala suram.Begitulah nasib manusia.Ada yang kaya raya,miskin,yang sedang2 aje malah yg papa kedana pun masih ada biar pun ramai x percaya.Dalam blog aku ni,aku akan kongsikan segala benda yg aku nampak dr pandangan mataku.Segalanya yang terkini,tulen tanpa berselindung..yg sudi menerimanya thank you.Yang tak suka dont worry darling,mungkin ada yang lebih indah buatmu diluar sana...Dan aku nak pesan kat korang satu perkara,kadang2 mata juga boleh menipu kita tau..so jgn yakin sangat dengan apa yg kita nampak.Aku cakap dr pengalaman tau.Kisah benar gitu.Rasanya cukuplah setakat hari ini korang semua mengenali aku.Nanti aku sambung kisah pasal pandangan mata yang menipu ok..pelok cium dari aku..muahhh

dari kerana mata..

hi darling...tengah malas2 pun sempat aku menapak kat sini kan.Bukannya apa,sajer nak berkongsi sesuatu dgn korang.Apalagi kalau bukan sesuatu yg sedap di pandang mata..Kek coklat kukus.Rasanya memang superb! kalo tidak percaya,cubalah mencemar duli kat dapur tu.Kat sini aku ada bubuh resepi nak membuatnya.Apa kata korang try..Mana tahu lepas ni boleh jual..huhuhu
             
                 bahan A
           
                 1 cawan serbuk koko
                 1 cawan gula pasir
                 1 cawan susu cair
                 1 cawan minyak masak/butter yg dicairkan
                 1/2 cawan susu pekat manis
                 (semua bahan A ni hendaklah di masukkan dalam periuk dan dimasak sampai larut.Pastu biarkan suam tau)
                 
               

                 bahan B
                 
                1 1/4 tepung gandum
                1 tsp baking powder
                1 tsp soda bikarbonat

                bahan C
                3 biji telor



cara2 buat:pukul telor sampai kembang,pastu masukkan bahan A yang dah suam tu,pukul lagi dalam 2 minit n last sekali masukkan bahan B tp pastikan tepung tu dah diayak dgn soda n baking powder yer...gaul lagi,bila dah sebati bolehlah kukus...Senangkan..huhuhu.selamat mengetes!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...