Monday, January 24, 2011
Honey vs kopi pahit
Yuhuuu...Pagi semua.Tp macam dah tengahari je kan.Bermalas-malasan mmg best.Bangun tido terus buat air madu..Emm..memang superb!Sebenarnya tekak aku ni perit hari ni.Rasa cam nak selsema pun ada.Tu yang segera menyelongkar maduku.Bila tengah menghirup air madu yang segar dan nyummy ni tetiba jer aku teringatkan sesuatu...Apa khabarlah sahabatku(nama tpaksa di rahsiakan)si R.Aku harap dia dapat menemui kebahagiaan sekarang.tapi entahlah!.Cuma aku selalu doakan yang baik2 untuk dia.Kenapa bila aku minum madu aku teringat pada si R.Pasal dia sekarang sedang bermadu,cuma yang x bestnya dia no2.Adoi!!Bunyinya mcm ngeri.Tapi ini fakta beb!Dulu aku anti madu..Aku selalu tfikir kenapalah ada perempuan yang sanggup merampas kebahagiaan perempuan lain!Tapi bila sahabatku si R bagitahu dia nak berkahwin dengan suami orang,aku terdiam!!!First..aku fikir si R pernah berkahwin dahulu dan punca perpisahannya adalah bekas en.suami ada perempuan lain.SAKIT kan!! Tapi tub2 si R nak kawin pulak dengan suami orang.ADOI!!Sebagai kawan aku say NO!! tapi....perlahan2 aku fikir..Mengapa ada tentangan untuk orang yang mahu melakukan kebaikan.Kalau aku seharian dok memikir,apatah lagi sahabatku itu.Perlukah kita mengambil hak orang lain untuk membuat kita bahagia.Jawapannya tentulah TIDAK PERLU!!Tetapi sesuatu yang baik adalah wajar dikongsi bersama.YA!! lelaki itu mungkin terlalu baik dan sempurna sebab itu si R sanggup untuk berkongsi.Tapi bagaimana yang pertama memilikinya! TENTU PEDIH kan.Bagaimana jika kita yang menjadi no1.Kalau aku mesti meroyan!!Tp aku sayang pada R.Dia seorang sahabat yang baik.Aku juga tahu dia perempuan yang baik.Aku yakin dia punya hati yang belas..Sahabatku..sebagai seorang yang amat menyayangimu...sebenarnya pertama aku KAGUM.Kau hanya mengambil dan bukan merampas!!(sila fahami itu).Percayalah hidup ini memang begini.Yang manis itu jika diambil berlebihan akan menjadi racun dan yang pahit itu kadangkala ubat yg paling mujarab.Sahabat.. aku sentiasa ada di sisimu.Aku sewakan bahu ini khas untuk mu...Tidak kira kau no1 atau no2.kau adalah sahabatku!Berbahagialah...kerana kau layak menikmatinya..I luv u...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kita merancang tapi ALLAH yang menentukan.....Siapalah yg th takdir kita kan...hari ni kita berduka,esok lusa kita ketawa...itulah kehidupan...barulah hidup ini adventure!!huhu
Post a Comment