Saturday, October 22, 2011

dia cuba buat aku lupakan 'benda' tu.

aku,damea n danish.......sempat posing sementara tunggu en.suami buat kerja..hehe


Dah seminggu mood aku masuk laut.Jap aku rasa cam nak sasau,jap lagi pulak cam nak hangin jer,bila aku pikir semula apa penyebab aku jd meroyan ni,baru aku th...rupa2nya aku ni sawan pasal menunggu BB aku yg rosak,Bayangkan dr raya puasa dah nak masuk raya haji hantar repair tak siap2....logik ke????

bila aku cakap banyak nanti org kata aku 'ter'lebih pulak.Tapi yg paling best en.suami aku.Dia diam 1000 bahasa.Dia th aku serabut dok ingat BB yg entah ada entah tidak kat kuantan NUN.Cuma dia kata kalau dah masuk 2 bulan tu,dah arwah lah jawabnya....Menyesal????

ntahlah....tak th nak kata apa....Benda dah nak jadi,sapa nak duga jadi macam ni...Cuma aku rasa macam teraniaya,tertipu dan segala TER lagi.....


Dan kerana mood aku yg mendung serta kadangkala hujan petir,en suami ajak aku jalan2.Bukan pergi Landon pun,sekadar pusing2 sekitar klang.Dan yg paling best dia kata "ma,pergilah beli apa2 ma nak,Di belanja,amiklah baju sehelai dua,tudung ke,kasut ke,yang penting jgn buat muka tenuk tu lagi."
Lor...aku ingat dia nak belikan aku BB baru.....tapi seperti katanya,dia nak aku settle kan dulu kes aku tu,bila dah betul2 arwah,baru dia akan beli HP baru utk aku.....Sayang dia!!!!



en.suami yg semakin membesar sbb isteri dia suka masak..jom kita membesar sama2..heee



Oleh kerana aku bukanlah spesis yg pandai amik kesempatan maka aku cuma beli sehelai baju baru....Dan yg paling best si Damea anak dara aku telah memBAKO aku dgn meminta en.suami membelikan dia BB baru...kelas kau maria...warna pink lagi BB budak ni..kes perli lah ni..hangin jer...


sakit jiwa jer aku pandang BB budak kecik ni...uwaaa!!!





p/s:aku tak salahkan sesiapa pasal BB aku yg tak kunjung tiba,sebaliknya salahkan diri sendiri sebab tak pikir panjang...padan muka..jawabnya SABO jerlah!!!!!!!



Monday, October 17, 2011

sorry sy x dtg rewang tp dtg makan je...

damea yg kepenatan di siang hari..riuh rendah pun dia boleh laya tidooo..hehe.dan lauk pauk yg sedap....layannn...




malam minggu tu hari,keluarga mentua aku buat sikit kenduri doa selamat untuk abah yg baru kua sepital dan emak yg tak berapa nak sihat lagi.Kebetulan hari sabtu tu ada bnyak pulak kerja part time yg nak dibuat jd x dpatlah menghadirkan diri untuk rewang2...


Walaubagaimana pun adik ipar aku sdh memberi tugasan kpd aku untuk mensponser apam pol kadot,maka adalah sikit pengecualiaan untuk ketidak hadiran pada waktu merewang2 itu(rewang is gotongroyong memasak)....hehe



selepas pulang dr sambutan birhday  boy si Nazman(anak pn.Norleen).aku terus duduk bertafakur kat dapur bg menyiapkan apam pokadot utk di mkn2 time kenduri selepas maghrib nanti.



aku dan nenek Ju,yg kat kerusi roda tu mak mentua aku,sian mak,mak dah kurus...pastu yg buat peace no war tu si ain dan nenek jak.





Alhamdulillah lauk semua sedap2 hasil airtangan iparduai ku yg pandai memasak dan rajin(bkn mcm aku).
Tima kasih sbb x membebel di atas ketidak hadiran aku di siang harinya..Pd makmentua,semoga mak terus kuat dan jgn nakal2,heeee....  Pada abah,semoga abah terus gagah macam dulu-dulu.Saya sayang kamu semua.Cuma mungkin tak berapa pandai nak ucap kat mulut....heheh



yg cantik manis mcm anak dara sunti ni nama dia apam pol kadot aku..sedap!!!!




Dan tak lupa apam aku yg comel dan menjadi rebutan anak buah,mak buah dan buah2han..huhu




P/s:mintak maap pada kak ani,kak erin,maksu,kak edah,makyah,syikin sbb x hadirkan diri membantu....insyaALLAH panjang umur kita rewang lagi ye....





Sunday, October 16, 2011

sambutan birthday yg TERlampau

bergembira ria bersama maskot tawas iaitu si 'manis' yg tak berapa nak manis sbb yg duduk dlm tu ialah abang bulat..heee



hari Sabtu yg lalu,satu panggilan super dasyat telah aku terima dr Pn Norleen.Rupa2nya pn.Norleen ajak aku dan anak2 utk meraikan birthday boy si NAZMAN. Yang paling best party tu telah disponser secara total oleh TAWAS,nak th apa itu TAWAS klik sini....Sangatlah beruntung itu pn Norleen krn dalam ramai2 manusia di bumi selangor,family mereka telah terpilih...


Tanpa berlenggang kangkong,aku pun seperti biasa telah merajinkan diri membaking sedikit muffin untuk di telan beramai2....hehe..sangatlah bahagia kerana dato'Tawas(lupa nama dato' tu)telah turun padang menjengok program yg mereka anjurkan....



Makan KFC secara percuma mmg terasa hebat,Dan satu lg kejutan yg menyentap jantung ialah,TAWAS telah menjemput YB kawasan MERU iaitu DR RANI untuk sama2 hadir di teratak batu pn NORLEEN.Maka aku pun dgn seronoknya tumpang posing..mnlah th gambar aku boleh tertempek dalam SINAR ke,kosmo ke,kalau UTUSAN tu tak mungkinlah..hehehe



rasa bangga sehingga lubang idung aku membesar sbb Dr.Rani telah memakan muffin aku bio pun cuma seketul..DR Rani yg pakai songkok hitam,yg pakai baju batik2 tu Dato'Tawas...heheh





kesimpulannya..aku tumpang seronok for Pn norleen atas kebertuahannya kerana terpilih untuk program sambutan hari lahir anak2 TAWAS sELANGOR.Pada nazman yg cute tu,Happy birthday darling,kamu sangat cute macam auntie jugakkkk!!!!...heehe



dan kalau pergi party birthday kat umah org jgn lupa amik pic sendiri..konon2 cam party sendiri pulak..heheh..si damea yg happy,aku yg +++happy dan en.suami yg tumpang happy...



lalalalala.............berdoa agar TAWAS col utuk dapat tender buat kek..hahah,sentiasa mencari peluang,terima kasih pn.norleen,jasamu di kenang!!!



Friday, October 14, 2011

sedih giler bila period



mula2 sekali aku nak nangis dulu...UWAAAAaaaaaa......
Pastu baru nak cerita knapa sedih sangat rasa hati ni.....Sedih bila aku datang period.Nak th kenapa,sebenarnya dah setahun aku merancang nak tambah baby...tp tiap2 bulan hampa.Nak2 bila dah excited sbb period lambat dtg..kat hati dah berbunga2..sekali....Uwaaaa!!!
period datang mencurah2..sama macam rasa hati yg sedih tahap gaban ni...



Tapi bila pikir balik,sangatlah bersyukur sbb aku dah ada 2 org anak..Kalau nak dibandingkan dgn org yg belum pun ada anak lagi...Macammana sedihnya aku,mcm tulah yg diaorg rasa...tiap kali waktu period nak dtg ,mesti penuh debaran..lewat jer sehari,mulalah mcm nak bgth satu kg..tp lepas tu HAMPA....




Sekarang baru aku tahu perasaan kakak aku yg dah kawen 20 thn tu tp belom ada anak...Memang muka dia nampak cam redha,tp dalam hati saper yg tahu kan....






Nasihat aku pada yg dah ada anak tu jagalah anak baik2,sayangi mereka,dakap dan berilah mereka kasih sayang sepenuhnya.Jalankan tanggungjawab kita sebaik2nya.Dan pada mereka yg masih ternanti2 macam aku,jgn putus asa.Berusaha lagi...mungkin bukan thn ini,tp tahun hadapan...Bersabarlah dgn ujian ALLAH,biar pun peritnya hanya kita yg tahu...
Dan selamat menunggu period pada bulan depan.......hehehe(mood suspen tiap kali time period)..hehe


Kat sini ada sikit panduan untuk ibu2 yg menanti cahaya mata seperti aku.....



Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


sama2lah kita berusaha okey.......!!!!



Tuesday, October 11, 2011

nak manja-manja

happy bila aku sikat rambut dia ala2 barbie doll...mia...mia....



Semalam Anak dara aku si MIA merajuk...Dia cakap semenjak dua menjak aku busy membaking ni,aku jarang nak layan dia..alalala........cian dia,Oleh kerana aku mama yg baik,aku pun ambik keputusan nak bermanja2 dgn dia.Aku mandikan dia....gosok2 badan dia dgn sabun,main2 buih kat bilik air sampai kecut jari jemari..


pastu aku keringkan badan dia,sapu bedak,pakaikan baju.....Dia nampak happy sangat.Kemudian dia berlari masuk bilik,rupa2nya ambik sikat,dia suruh aku sikatkan rambut dia..selalu dia tak suka aku sikatkan rambut dia,sbb dia kata kalau aku sikat sakit...heee


bila aku sikat rambut dia..baru aku perasan dah panjang rupanya rambut anak dara aku ni..kejap je masa berlalu.Thn 2012 ni dia dah masuk 5 thn pun....Sayang kat dia....


abg pun amik kesempatan nak posing ngan adik..heee




kat sini ada info sikit kat ibu2 pasal menyikat rambut anak,jadi jgn lupa baca jadikan pedoman dan panduan..sama2 kita menambah ilmu didada okeh...muahhhhh


"Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyak rambut, menyikat mencuci pakaian, mencuci dan membersihkan anak-anaknya, maka Allah akan membalaskan perbuatan kebajikannya itu dengan pahala mengikut jumlah rambut anaknya itu dan menghapuskan pula dosa-dosanya dan menjadikan ia berseri-seri (di akhirat) di mata orang yang melihatnya".

-Hadis Riwayat Abu Hurairah-





Friday, October 7, 2011

aku,masyarakat dan MAKAN..suka hati

yg pakai tudung biru ni kak milah,dia otai kawasan batu 5...sampai2 jer terus kena potong tembikai,,,sambil potong sambil suap mulut..glurp!!!



Minggu lepas,iaitu minggu akhir syawal aku telah mencemar duli untuk mengacau masyarakat di kawasan surau tempat tinggal aku untuk bergotong royong bagi menjayakan program makan2 di surau kesayangan kami.(surau sirajuddin).Setelah puas seminggu aku,suami dan anak2 makan2 dirumah kawan2,kini tibalah masanya untuk MAKAN BESAR pulak..heeee


Oleh kerana taknak nampak sangat muka tak malu dan kaki makan,maka macam biasa ringan2kanlah tulang yg hampir merepot ni untuk bergotong royong.Tolong kupas bawang ke,tolong goreng ayam ke,paling hampeh pun tolong habiskan sarapan yg org wakaf kat situ..hehee


Tapi pagi tu aku agak rajin apabila tolong Kak milah(otai kawasan batu 5)untuk menggoreng kacang tanah(nak msk sambal kuah kacang),masak sup ayam dan masak kurma yg sedappppp sekali.(yg sedap tu akulah yg masakkk)heeeee.


Lepas zohor,aku pun cepat2 membawa diri untuk pulang ke rumah dgn alasan badan sudah busuk,sebenarnya nak siapkan kak Najah punya order(kek coklat bertoping).Ingat lepas siap kak Najah punya kek cepat2 nak sambung REWANG balik...tapi sekali tengok jam dah pukul 5.30 petang.Apalagi rehatlah jap sambil telentang atas bantal..


Lepas maghrib kat rumah,aku pun siap2 nak pergi ke SURAU utk rewang2 dan makan2..Sangat happy bila tengok dah ramai kwn2 ada kat situ,seperti biasa ada kak milah,kak Ardina,kakyan,kak idah,wife en.yazid(lupa nama isteri,nama laki ingat pulak..heee),kak yan,wife hj Ali(lupa lagi nama isteri dia,pada hal dok bergelak ketawa sama2..adoi mmg tak patut betul ini pompuan..huhu...kak najah, dan bermacam2 kakak lagi...sebab kalau nak th akulah yg terMUDA..ahahhaha...(ayat perasan)


Malam tu majlis makan2 dan berqatam berlangsung dgn jayanya....tapi hatiku sangatlah sedih sbb dok sebuk layan tetamu,bila nak mencedok nasik minyak ujan panaz  tu tetiba jer dah jadi kemarau sbb dah kering...UWAAAAA...... kempunan aku....(tapi sebenarnya sempat jugak aku dok sumbat sesuap kat mulut hasil dr terjumpanya periuk nasik tu kat dlm stor...kerak pun keraklah kak jenap oi..janji tak meleleh air liur ni....(jgn tiru perangai ini)..heeee



hehe..aku yg sedang bermasyarakat...yg nak gigit buah watermelon tu kak Ardina,dan yg sedang menapau utk dibawa pulang tu kak bee,kak yan,kak najah....enjoy!!!



P/s: Sangat seronok bila dapat kumpul ramai2...Lagi seronok lepas masak2,kita makan2..hoyehhh...!!!





Sunday, October 2, 2011

shopping2 yg PENING

 duduk rumah asik kebosanan,kelemauan dan kelebamman...baring,FB,blog.makan...tu jerlah kerjanya. Rasa cam nak ajak en.suami yg sedang membeso kan perut tu kua window shopping ..tp cam tahu jer dia nak jwp apa...Mesti dia jawab,"hari minggu nak shopping2 lecehlah,ramai org..." tak suka ayat tu...Nak tunggu takder org bila gamaknya..heeeee...


tetiba teringat masa kami anak beranak shopping masa bulan puasa hari tu..memang hapPENING habis.Dgn bebudak yg meragam,dgn iman yg tergugat akibat jualan murah,dgn wang yg cukup2 buat beli langsir raya..AHA....memang serba serbi serabutlah...


Tapi yg bestnya masa tu en.suami takleh cakap banyak pasal bulan puasa,kena sabar lebih.Termasuklah aku...SABO.sabO...dalam hati nak jer masukkan budak2 ni dalam troly pastu sumbat kat dlm toilet(kejam sungguh ini MAMA)....


akhirnya aku bawak budak2 kat sudut ujung dunia,aku bg damea minum puas2.pastu posing2 amik gambar...dah dapat minum n makan...baiklah sikit perangai diaorg....heee..kesian abg,dia puasa,kenalah tahan nafsu tengok si adik mkn n minum..heee




cer tengok muka damea yg mengganaz tu..dan muka aku yg tengah tahan marah..grrrrr....aku siap pesan ngan bebudak ni,thn depan kalau shopping raya,mama tak mahu bawak korang..mama nak pergi sorang2 jer..barulah puas mama menyoping...heeee(pada hal,bukan beli apa pun,cuma beli baju bebudak dan kasut bapak budak..emak budak???? uwaaaa dapat penat jer...)






Rasanya itulah kali terakhir aku shoping untuk thn ni....Rasanya tunggu cuti sekolah nnti baru kua shopping lagi..tapi kalau setakat kua beli lauk.sayur,ikan,bawang,gula,tepung..setiap hari pun shopping..heeee
kerana bg aku erti shoping ialah berjalan selama 4 jam tanpa henti dalam shoping complek biarpun cuma beli lipstik sebatang..(hahaha...org mcm ni pun ada-mestilah ada...akulah tu..)heee

Thursday, September 29, 2011

inilah harta dunia dan akhiratku



Bila jiwa tak tenteram,atau serabut,atau datang angin meroyan...Aku selalu bersyukur,sbb ALLAH beri aku penawar yg tiada tandingannya.ANAK2....Senyum tawa mereka selalu buat hati goyah..biar pun masa tu tanduk amarah dah keluar..heee..Adik suka buat lawak selamba.Abang pulak suka buat memek muka yg pelik tapi benar..budak2..seronok betul bila ada mereka....Rumah tak pernah sunyi dengan jerit pekik dan lolongan mak serigala(gelaran mereka pd aku)..heee





tadi adik tanya aku,kenapa didi(en.suami) dah 2 hari tak balik...

Adik: Mama knapa didi tak balik2 rumah lagi
Aku: didi pergi kerjalah..esok didi baliklah..
Adik: mama tipu,ituhari adik nampak didi lari dr rumah
aku:??? apa sal adik cakap mcm tu?
adik: sebab didi bungkus kain baju masuk dalam beg macam cerita drama kat TV tu...
aku: wak'alah,,,didi pack baju sbb nanti nak mandi xder baju lah...
adik:ooooo....takper nanti adik suruh didi cari mama baru kat sana,x payah nak bawak baju..kan.kan...
aku:grrrrrrrrrr.......








Yang paling best sekali bila en.suami kerja kat luar,2 beradik nilah peneman aku..Walaupun aku ni spesis penakut tp bila tengok budak2 ni..kuatlah sikit jiwa ni.....heee


abang: mama,kenapa tidur tak tutup lampu?
Aku: sajer biar terang....(ayat cover)
abang :selalu kalau ada didi mama asik nak gelap2 jer ngan didi.......
aku: Ishk..budak ni......!





Tapi bila abang dah 8 thn,adik pulak 4 thn..aku rasa macam nak dodoi2 baby kecik pulak...huhu..Mulanya aku ingat nak 2 orang jer,tp bila pikir balik....anak2lah harta dunia akhirat aku...Merekalah buah hati pengarang jantung aku.....Merekalah sumber kekuatan aku...
I love u abang dan adik..dan berdoalah moga2 thn depan kita bakal ada adik baru..hikhikhik(ketawa miang)..







Monday, September 26, 2011

hobi yg tiba2 jd rezki

aku jual masa ramadhan tu hari..bila aku kira2 balik dekat 35 ketul aku jual.Tidaklah banyak mn tapi bg org yg saja2 layan hobi mcm aku kira dasatlah jugak....heeee
  
tidak pulak aku sangka,hobi aku mengotorkan periuk belanga tetiba menjadi rezki buat aku.Sebenarnya aku ni tersangatlah bosan duduk dirumah,lepas kemas2 apa yg patut terus kejang otot tak th nak buat apa.Nak2 kalau dah letih seharian main FB atau segala jenis games kat fb....mulalah otak beku.

Oleh kerana tak th nak buat apa,aku pun start amik kelas memBAKING(pun sajer suka2).Balik dr kelas tu semangat pun berkobar2 nak membaking dgn niat nak bg anak dan suami makan kek buatan sendiri.SUCI,MURNI lagi HALAL..huhu

tempaan dr masjid untuk sambutan anak2 yatim dan ibu tunggal-



Dan apabila anak2 suka apatah lagi en.suami pun suka juga,sehingga pembesaran perotnya naik mendadak,maka.....aku pun sajer2lah mengupload gambo2 kek aku kat FB(sajer nak tunjuk kehebatan aku)heee.Dan apabila sedara mara,kengkawan dah start bertanya dan merasa,mereka mula suka lalu mengorder.....Apa lagi aku pun makin suka membaking..Dan yg paling best bila en.suami belikan aku oven baru yang BESO punya..TQ en.suami....(saja nak minta 10% dr akulah tu)heeee


apam pun aku jual jugak..yg paling hangat dipasaran ialah apam pokodot aku yg berinti peanut strawberry...kdg2 tu org order sampai 500 bijik..terbeliak bijik mata aku nak menyiapkan seorg diri..tp happy...heeee


ni pulak antara cupcakes yg aku buat...selalu tu aku buat ikut  tema dan permintaan dr pelanggan..heee


Tapi buat masa ni belom lagi terfikir nak buat blog baking membaking ni..sebab aku masih lagi anggap membaking ni hobi yg paling istimewa dlm hidup aku...heeeee



antara kek yg aku hasilkan.paling spesel kek yg aku buat selalu aku akan deco lain dr yg lain..dah namanya home made jadi suka hatilah nak buat mcmmana ikut permintaan sbb kalau kat kedai tu sama jer deco dia kan....


Aku harap aku akan terus gembira dgn hobi aku..dan aku akan terus bertenaga membaking biarpun kadang2 tu sampai pagi buta dok menyiapkan tempahan org....Dan yg paling BAHAGIA dalam hidup aku tiap kali aku siap membaking,segala pinggan mangkuk yg terkotor kat sinki akan dibersihkan oleh suami tercinta..
ALHAMDULILLAH...


antara tempahan yg aku terima...heee


Dan pada anak2 yg memahami hobi aku terima kasih kerana jarang2 kacau mama kalau mama dah membeku kat dapur seharian.Dan pada en.suami yg sangat rajin tolong aku cuci pinggan mangkok serta jd peon menghantar tempahan..jgn risau,sbb mama selalu kasi 10-30% kat sayang...lastly pada kengkawan,sedaramara dan pelanggan yg pernah merasa hasil bakingan aku terima kaseh krn sudi mengORDER,jgn segan2 untuk terus mengORDER dr aku okey.....muahmuahmuah....





Saturday, September 24, 2011

jalan2 lagi-kali ini ke melaka


aku plan sebenarnya dah lama,nak jalan2 ke melaka dgn 2 org BFF aku.Akhirnya dapat jugak aku meninggalkan en.suami dan anak2 untuk bergumbira ria bersama kengkawan tercinta.Yg cun melecun tak ingat ni, nama dia pn.RINA ISAHAK(siap nama penuh aku bg).huhu.Yang bestnya 2 org BFF aku bertolak dr kuantan ke melaka,dan aku dr klang ke melaka,dan pertemuan kami di melaka sentral.YAHOOO..


gambar dr luar bilik hotel...damai sekali biar pun di tengah2 kesibukan bandar melaka.


lepas amik teksi dr melaka sentral,aku,husna n rina sepakat carik hotel dulu..round2 punya round semua hotel dah penuh.last2 dapatlah satu hotel tak berbintang..jadiklah,janji dapat mandi dan tido malam ni...


tempat pertama yg kita org tuju ialah muzium samudera..seronok!! mcm rombongan budak sekolah tadika..hehe





sempatlah aku n pn.rina posing kat muzium samudera tu..kesian husna,dia dok ambik gambar we all sampai gambor dia takder pulak..huhuhu




menyelusuri sg melaka..seronok dapat naik bot bersama rombongan cik kiah dr pulau pinang..huhu

Lepas sakan jalan2 kat muzium samudera tu,kita org minum2 jap..sempatlah mkn kuewtioy kungfu,pastu terus beratur naik bot menyelusuri sg melaka..mmg best.nak2 bila malam.cahaya lampu sungguh dramatik..

bila kaki dah tak larat nak menapak.Kami pun sepakat balik hotel untuk tidoooo..Dan aku pun menghiburkan mereka dgn bunyi ju-on..hahha


dan hari kedua di bumi melaka kami mulakan dgn naik menara tamingsari.cer lihat muka aku yg pucat lesi sbb gayat yg melampau..huhu

sempat posing kat clock tower...pastu pergi makan cendol..sedaplah jugak dari takder..hehe



masa kat depan menara taming sari tu sempatlah nampak chef wan buat rakaman memasak.Apa lagi tumpang glemerlah kejap.huhu



haha..tak sangka sempat pulak tengok show bebudak student kat situ..mereka dok nyanyi kat area clock tower..kalau nak nyanyi sekali pun boleh tapi reti2 lah nak salam kauk ngan mereka okeh..sian kat diorg dok nyanyi bawah terik mentari tu...sempatlah pn rina nyanyi lagu 'kalau berpacaran jgn tunggu lama-lama'..huhu
penatnya lutut dok mendaki bukit ke kota a famosa..apalg posing2 mautlah


jgn sesekali terlupa asam pedas melaka yg paling sedap..steamboot asam pedas.PN arbakyah dan suami yg bawak kami ber3 makan2 kat sini..mmg 5 bintang..sedap! siap tapau lagi..huhu

akhirnya ada juga pic si husna.arbakyah dan rina...sayang kamu!!!

lepas makan2,shoping kat uptown,we all pun balik bilik hotel..packing2 untuk bertolak pulang esok pagi..

ini jerlah ole2 yg sempat aku beli utk mereka2 di kampung halaman..huhu

 sebenarnya ada bnyak lagi pic yg aku ambik,tapi tak larat nak meng uploadnya..huhuYang penting motip bersuka ria bersama kawan2 sekolah dahulu kala tercapai..sangat suka n happy gila kentang..

harap,lain kali kita jalan2 lagi..heee



Thursday, July 14, 2011

makan buah percuma di dusun boss en.suami...


pagi hari minggu yang lampau...en boss kepada en suami aku col suruh pergi lihat2 dusunnya dan bawak balik buah2 yg ada kat dusun yg terbiar kesepian itu..Oleh kerana en.suami kesian melihat aku yg tak kemana2 sepanjang bulan,maka dia pun mengajaklah aku sekali....yahoooo!!!! apa lagi cepat2 siap sedia untuk ke luar negeri..(pergi perak jer pun kat kg jerlun) tapi....mcm nak pergi korea gamaknya!!!!...huhu...sepanjang perjalanan dr KLang ke perak....cuaca damai sekali....





selepas 4 jam perjalanan menuruni lurah,gunung ganang dan lembah...maka sampailah aku kat dusun tu..Terbeliaklah bijik mata aku apabila melihat dusun yg tak berpenghuni di tengah hutan belantara tu mempunyai buah2han yg masak ranum bergayutan di atas pokok.....Wahhhh...apalagi,macam lupa diri yang dusun tu adalah milik boss kepada en suami, aku dgn rakusnya memanjat,memetik malah menggoncang pokok durian sehingga buahnya jatuh bertaburan diatas semak(acah jer...buah2 tu mmg dah sedia jatuh atas tanah pun)heee...



tara......inilah hasilnya apabila aku,en.suami dan wak koyyo yang berdidikasi menjalankan misi penyeludupan buah dorian....dan sepanjang misi pengutipan itu juga telepon tangan wak koyyo tak henti2 berbunyi menandakan yg begitu ramai sudah menanti di klang untuk meratah secara mentah buah2han ini....sabar yer...kasi kami makan dulu...hehehe...




dan ini merupakan spider yg amat dasat telah aku temui di bawah pokok manggis..nyaris2 aku pijak sampai lumat..sebab x nampak spider ni coz bijik mata dah fokus kat buah2 manggis yg ranum menggila di atas pokok....superb!!!!..mintak maaplah en spider yer.....lain kali kalau nampak org2 yg rakus ni, sila larikan diri jauh2...huuuuuu




dan taktik meletakkan buai gayut ni amat berkesan sekali..kerana ketika ibubapa sebuk merakuskan diri memetik buah2..anak2 pula sebuk bermain(jd x sempatlah nak ngacau kita org...)pandai tak...terima kasih pada org yg memasang buaian ini...



selepas itu..jgn lupa, buat2 lupa diri yg sebenarnya aku ni tengah berada di dusun org..jadi buat2lah amik gambo konon2nya yg buah ini aku yg punya..hahaha!!!!




lihat ni.....sebenarnya ada banyak lagi...sajer taknak tunjuk.....nanti korang jelez pulak..hohoho



dan inilah rupanya setelah siap sedia untuk di usung pulang ke KLang...terima kaseh daun keladi pada en boss kepada en.suami krn telah memberikan aku merasa pengalaman super hebat...hehehe...



dan.......Akhirnya kami pun tiba di klang jam 10 malam....biarpun badan penat dan kaki lenguh2..tapi pengalaman berada di dusun di tengah hutan ini amat menyeronokkan.....yey.....






...

Wednesday, July 13, 2011

lap sawang dan kutip cendawan yg banyak kat my blog...







bukan sengaja nak biar cendawan dan sawang melekat kat blog tercinta ni...Tapi disebabkan masalah teknikal mental membuatkan jejari seolah kejang untuk membuka blog sendiri....Namun hari ini dalam sejarah,ku gagahkan diri dgn menampalkan wajah x sedar diri yang besar gedabak.....nah!!! hambik kau....Macamlah ada orang yang rindu kat muka x sedar diri aku ni....hehehe...




Apapun..tunggu n3 aku seterusnya...Banyak cerita nak di kongsi ni..hehehe....Sebelom tu aku tinggalkan korang dgn wajah tak hingat aku tu..layan sampai muntah!!!!...





P/s:tetap sewel macam dulu.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...