Tuesday, March 1, 2011

duit ku terbang melayang

Semalam adalah last day untuk bayar SAMAN..Hari ni kalau tak bayar lagi dah kena 
senarai HITAM.

Dari hari tu lagi aku mmbebel dekat en.suami suruh bayo saman yg menimbun tu..
Tapi dia mmg suka bayar last minute..Jadi padanlah muka dia!!!
pasal kena merata cari tempat yg x ramai orang..huhuhu...


Nah kau,berapa ramai org kat pejabat pos!!
lagi nak hangin semua sistem jem..hahaha!!!tahniah!!!
Mula2 dia pergi pejabat pos klang,sistem pancit!
pastu pegi pejabat pos bukit raja...pancit jugak!!
sekali...rupanya yg dekat depan umah jer yg ok...Pejabat pos TESCO-setia alam!!  




Ituhari pergi semak ada 5 saman jer,
sekali semalam cek..jd 7 saman..hambik kau!!!
itulah ciri2 pemandu berhemah..
Tara!!!!



lima keping ni-ada yg 2 kesalahan,3 kesalahan..
em...yg paling x tahan ada 2 saman pasal lampu ke3 tak menyala...
kalau xder diskaun kena bayar dalam rm2100,




selapas di diskaunkan jadilah rm1000 lebih..hahaha!!!



Tahniah pada en suami..kerana tolong bayo saman aku sekali,
kesalahan:cuba teka apadia...nak tahu ke..
kesalahan aku senang jer,yang biasa korang pun buat..tak pakai tali pinggang!!
Lepas ni jgn sampai kena saman lg...pasal bayaran saman dah mcm utang kat ALONG



lambat bayar..bunga naik..huhuu!!!bagus betul kan...
selamat memandu dengan tanpa di SAMAN.. 


Kat sini ader sikit maklumat pasal kadar kompaun baru-mulai mac 2011


Kerajaan hari ini mengumumkan penyelarasan kadar kompaun dan penyusunan semula kategori kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan polis, Jabatan Pangangkutan Jalan (JPJ) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2010), berkuatkuasa 1 Mac ini.

Penyelarasan kadar tersebut dibahagikan kepada empat kategori yang membabitkan kadar yang berbeza bagi motosikal 250cc ke bawah dan kelas kenderaan lain (lebih 250cc). Kadar kompaun baru itu hanya dilaksana terhadap saman yang dikeluarkan mulai 1 Mac ini mengikut prinsip "lebih lambat membayar, lebih tinggi kadar kompaun".

Sistem baru juga akan mengenakan kompaun berganda kepada pesalah trafik yang melakukan kesalahan berulang dalam tempoh dua bulan dari tarikh kesalahan pertama dilakukan.

Sistem kompaun baru itu turut menawarkan lebih banyak pengurangan kadar kompaun sekiranya pesalah lalu lintas melunaskan bayaran lebih cepat iaitu dalam tempoh 15 hari pertama, 15 hari kedua dan 30 hari berikutnya kecuali bagi kesalahan serius dalam kategori pertama.

Saman lalu lintas yang tidak dibayar selepas hari ke-60 ia dikeluarkan akan terus didaftarkan sebagai kes di mahkamah dan tidak ada kompaun dikenakan sebaliknya hukuman akan dijatuhkan oleh mahkamah mengikut akta berkenaan.       

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Amboi banyaknya saman. Ini kes satu kenderaan atau 7 kenderaan? Hebat juga kalau dikira diskaun pun boleh beli sebentuk cincin. Heee....

ladyzamea said...

kakzakie:ialah kan kak..
bila pikir balik..oh duitku!
betol kata akak tu boleh
beli sbntuk cncin..uwaaaa!!

sekamar rindu said...

salam...

haha...tak pe....tak byr nanti..

kena waran tangkap pulak../

MrS KeNey said...

klu buat gi shopping duit tu...fuhhh...heaven nyah!

jasrine2 said...

untung JPJ....huhuhu

ladyzamea said...

sekmar Rindu:betul tu,nnti kena msk
penjara plak..huhu

mrs keney:th x per,aku mahu shoping!!


butique4u:masuk bulan 3 ni btambah2 untung!!jg2 jgn smpai kena smn lagi,
habis duit gaji bayo saman jer..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...