|
nampak tak apa yg bergantung kat tiang tu...ha, itulah tempat sangkut daging, agar senang nak di lapah...macam kat pasar kan..hee.. |
Hi semua... Pertama sekali nak ucapkan selamat Hari Raya Haji pada semua org islam di muka bumi ni.
So,apa aktiviti korang semua time raya ni..Selain dari makan2 dan berguling2 depan TV...?
Mesti boringkan kalau bergolek2 jer kat umah..apa kata ikut aku tengok orang semeleh lembu..jom!!!
|
kalau dulu org potong tulang belulang lembu pakai kapak,skrg hah,amik kau...baik punya mesin,,ntah apa nama mesin ni aku pun tak th..yg pasti kerja jadi lebih mudah dan pantas...hee |
Seronok bila dapat kumpul ramai2 di pagi raya....Pakai baju pun ala2 nak pergi pasar gitu..Maklumlah bukan nak pergi kutip duit raya,cuma nak tolong2 masak dan potong2 daging jer...Tapi bab nak tengok lembu kena sembelih mmg aku tak mampu nak lakukan..aku ni spesis kecut perut sikit...
Lagi pun aku kalau tengok darah segar2 ni macam loya pulak..takut pulak nanti aku yg terkorban di pagi raya..
jadi aku tengok dr jauh jer..
Kali ni ada 5 ekor lembu yg nak di korbankan...Wah,seronok betul bila tengok org2 lelaki yg gagah perkasa mengerjakan daging2 lembu tu..macam profesional jer dan yg menunggu utk di bawa pulang pun profesional jugak...sepantas kilat jer licin.....heee
|
yg paling sedap dlm dunia sup tulang lembu segar dr ladang....terbaik bila di hirup dgn sambal kicap..dan jgn lupa sebagai langkah keselamatan tuangkan sedikit jus limau agar mengurangkan kadar kolestrol....hee(bak kata kak idah@mama,kalau x sempat tuang jus limau nipis dlm sup,tuang jer dlm mulut terus..huhu) |
.
|
mak ai....cer tengok kaki apa yg ada kat bawah meja tu....tempat yg paling selamat menyimpan kaki lembu..bawah meja dapur!!!!huhu |
Inilah geng rewang kat dapur..Kak faridah sebagai ketua masakan dan kawan2 lain juga...Seronok amat dapat berborak2 sambil mengunyah,,,rasa bahagia gitu....
|
dan jgn lupa tepek gambar sendiri ok..huhu..si damea ni asik merengek jer nak balik umah...otak dia dok fokus nak main games jer...budak kecik ni....!!!(gambar atas sumbangan dr pn.Ardinawati yg cun)hehe..
|
Kesimpulannya mmg seronok dapat bergotong royong mengerjakan ibadah korban kali ini.Disamping kita bergembira kita juga sebenarnya telah melakukan ibadah yg amat dituntut oleh agama kita.Dan untuk lebih kefahaman tentang ibadah korban,ada sedikit info yg aku copypaste untuk korang semua..hehe
PENGERTIAN KORBAN
Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.
Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.
Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.
Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.
******kesian kat en.suami yg bengkak kakinya sebab kena tanduk dgn lembu..abis seluar koyak...*****