Thursday, July 14, 2011

makan buah percuma di dusun boss en.suami...


pagi hari minggu yang lampau...en boss kepada en suami aku col suruh pergi lihat2 dusunnya dan bawak balik buah2 yg ada kat dusun yg terbiar kesepian itu..Oleh kerana en.suami kesian melihat aku yg tak kemana2 sepanjang bulan,maka dia pun mengajaklah aku sekali....yahoooo!!!! apa lagi cepat2 siap sedia untuk ke luar negeri..(pergi perak jer pun kat kg jerlun) tapi....mcm nak pergi korea gamaknya!!!!...huhu...sepanjang perjalanan dr KLang ke perak....cuaca damai sekali....





selepas 4 jam perjalanan menuruni lurah,gunung ganang dan lembah...maka sampailah aku kat dusun tu..Terbeliaklah bijik mata aku apabila melihat dusun yg tak berpenghuni di tengah hutan belantara tu mempunyai buah2han yg masak ranum bergayutan di atas pokok.....Wahhhh...apalagi,macam lupa diri yang dusun tu adalah milik boss kepada en suami, aku dgn rakusnya memanjat,memetik malah menggoncang pokok durian sehingga buahnya jatuh bertaburan diatas semak(acah jer...buah2 tu mmg dah sedia jatuh atas tanah pun)heee...



tara......inilah hasilnya apabila aku,en.suami dan wak koyyo yang berdidikasi menjalankan misi penyeludupan buah dorian....dan sepanjang misi pengutipan itu juga telepon tangan wak koyyo tak henti2 berbunyi menandakan yg begitu ramai sudah menanti di klang untuk meratah secara mentah buah2han ini....sabar yer...kasi kami makan dulu...hehehe...




dan ini merupakan spider yg amat dasat telah aku temui di bawah pokok manggis..nyaris2 aku pijak sampai lumat..sebab x nampak spider ni coz bijik mata dah fokus kat buah2 manggis yg ranum menggila di atas pokok....superb!!!!..mintak maaplah en spider yer.....lain kali kalau nampak org2 yg rakus ni, sila larikan diri jauh2...huuuuuu




dan taktik meletakkan buai gayut ni amat berkesan sekali..kerana ketika ibubapa sebuk merakuskan diri memetik buah2..anak2 pula sebuk bermain(jd x sempatlah nak ngacau kita org...)pandai tak...terima kasih pada org yg memasang buaian ini...



selepas itu..jgn lupa, buat2 lupa diri yg sebenarnya aku ni tengah berada di dusun org..jadi buat2lah amik gambo konon2nya yg buah ini aku yg punya..hahaha!!!!




lihat ni.....sebenarnya ada banyak lagi...sajer taknak tunjuk.....nanti korang jelez pulak..hohoho



dan inilah rupanya setelah siap sedia untuk di usung pulang ke KLang...terima kaseh daun keladi pada en boss kepada en.suami krn telah memberikan aku merasa pengalaman super hebat...hehehe...



dan.......Akhirnya kami pun tiba di klang jam 10 malam....biarpun badan penat dan kaki lenguh2..tapi pengalaman berada di dusun di tengah hutan ini amat menyeronokkan.....yey.....






...

3 comments:

anez zamri said...

wau best2..durian tu paling syok..suke gile durian.. :D

perjalanan pulang said...

oh durian

Lee said...

Hello Lady Zamea, I really enjoyed looking thru your this posting pics. Nice pics, well taken.
I remember that limestone hill, dekat Ipoh, I think.
We here get frozen durians, in packets or fruit, from Thailand.

You not afraid of spiders? Ha ha.
And you got great looking kids there.
Have a great week and keep a song in your heart.
Best regards.
Lee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...