Wednesday, May 11, 2011

mood> sedih amat!!!





aku mahu nangis....
puas2....
sangat sedih...
sangat terluka...
tapi sendiri sudah tahu
buat apa di tanya lagi..

jadi terimalah
jawapan yg merobek hati...

sedihnya!!!!!!
padan muka aku....


 

jgn jd kacang lupakan kulit




Malam tadi emak telepon aku.Seronoknya kami berbual2.dekat sejam borak.Macam2 cerita sampailah
ke petua rumahtangga mak ajar kat aku.Mak bodek suruh aku balik kampung cuti sekolah ni...Hahaha...
aku tahu mak mesti nak berjimba2 dgn aku dan anak2.
 masa aku kecik2 sampai alam remaja..mak sangat garang...jarang nak melayan aku !!!
nak mengada2 dan mermanja2 tu amatlah mustahil....tapi bila aku dah berkahwin dan mak makin
tua....hubungan kami makin rapat biar pun jauh...

tp aku pelik dngan bebudak sekarang....hidup senang lenang...
mintak apa2 pun smua dapat..kalau mak dan abah tak boleh belikan..kakak dan abang pasti menghulur..
tapi mereka tetap tidak tahu bersyukur....
....
....
....

pada mereka yg selalu mengikut nafsu amarah melebihi segalanya...dan terlupa pada kasih sayang
dan belai manja ibu pada kita ketika kecil, sila baca ini...

....
....
....
Sebagai seorang anak, mengeluarkan kata-kata kesat, memaki, mencaci, meninggikan suara atau mengherdik terhadap ibu bapa adalah ditegah sama sekali. Ini jelas sebagaimana firman Allah,


yang bermaksud: �...Janganlah kamu mengatakan kepada kedua-duanya (ibu bapa) dengan perkataan ah, dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.� (Surah al-Isra�, ayat 23).



Balasan terhadap kesalahan menderhaka terhadap ibu bapa akan dirasakan ketika di dunia lagi.

Sabda Nabi, yang bermaksud: �Semua dosa ditangguhkan oleh Allah (seksaannya) mana-mana yang dikehendaki-Nya sehingga ke hari kiamat, melainkan dosa kerana menderhaka dua ibu bapa. Maka sesungguhnya, Allah akan segerakan seksaan dan  azab ke atas pelakunya ketika hidupnya, sebelum mati.� Hadis riwayat Tabrani dan Hakim)


Seksa dan azabnya derita yang ditanggung oleh anak derhaka di dunia ini begitu banyak. Di antaranya ialah hidup tidak dilindungi keberkatan atau sering risau dan gelisah. Rumah tangga pula sentiasa berada dalam keadaan kucar-kacir dan selalu dicemuh orang. Kekayaan habis dibelanjakan kepada perkara tidak berfaedah. Anak itu juga tidak dapat merasakan kenikmatan hidup. Kerana itu,berbuat baik kepada ibu bapa sangat dituntut dalam Islam.





tidak terniat dihati untuk mengata sesiapa...sekadar memperingati diri sendiri agar berada di garisan yg lurus.
semoga kita dapt memohon keampunan dari ibu
sebelom ibu pergi buat selama2nya....sekali ibu tersenyum kerana perbuatan kita, sejuta kebaikan
akan kita terima dari ALLAH..
dan sekelumit marah dari hati ibu..segunung dosa tak tertanggung diatas bahu kita..

jadi renung2kan...selamat beramal...huhuhu....dah macam pakar motibasi pulak...



peace no war......!!!




 



Tuesday, May 10, 2011

mimpi itu datang lagi


P/s:cuba baca dengan mengeluarkan nada suara,bukan baca dlm hati...
(baru rasa maksudnya)...pastikan org sebelah x cakap anda sdg meroyan..huhu



melewati amarahmu umpama melontar pedang
pada si bongkok
menjadi nanah dalam membusuk didasar sekeping hati
menzahir wangi dan indah
yang kau tidak sedar sedang 
mengumpul segunung dosa berkawat duri



aku jadi mati
apabila suara itu jadi tinggi 
aku jadi buta apabila tongkat padamu
tidak kau beri pada dia...
aku jadi bisu apabila melihat kata nistamu
Dia itu insan amat besar dan gagah
biarpun dia pernah merobek jantungku
tapi usah kau parut jiwanya
hingga luruh hatiku jadi abu.........



kerana kau pasti tahu
mungkin akan lebih faham bila aku
berbahasa asing
bahawa
what you give is what you get..
mungkin bukan hari ini
tapi suatu hari nanti
masa itu pasti tiba buatmu.....


Sunday, May 8, 2011

alangkah bestnya hari ibu!



ini kek yg anak2 paksa aku buat sempena hari ibu...aku suruh diaorg beli untuk aku..tp en.suami x setuju...katanya nak MAMA buat jugak...apalah nasib,sudahlah hari ibu,ibu ni jugaklah 
kena baking....tak aci!!!!!!
tapi happy sangat bila anak2 ucap selamat hari ibu n kiss pipi aku...thank u.....!!!








dan tadi en.suami ajak aku kua dating...Wow!!!! sangat terperanjat,sampai nak lompat2 atas katil..
kalau nak th en.suami ni spesis yg sangat susah mahu tinggalkan anak2..kalau kita org keluar mesti bawak abang dan adik...tak pernah ader peluang nak berdua2 an...tapi hari ini..
sangat bahagia!!!!
nasib ada anak buah yg baik hati jagakan anak2 aku....en.suami belanja makan,past tu kita pergi tengok wayang..best jugak filem fast 5 ni...tp oleh krn ramai benar manusia...
kita org dapat tengok 2 baris dr depan....cer bayangkan...huhuhu...sampai skrg leher aku masih tegang!!
heee...heee..hee..tp berbaloi-baloi....







balik umah..anak2 dah terkam....tima kaseh pada en.suami dan cik epah
yg sudi merialisasikan hari ibu aku pada thn ini...yey!!!!


harap...ibu2 di luar sana turut bergembira pada hari ini...
terima kasih kerana kewujudan hari ibu..


dan.......selamat hari ibu pd semua ibu2 dan bakal ibu...i love u mom!!!!


   

Thursday, May 5, 2011

tidak setanding kasihmu



tadi masa aku jengok2 FB,aku jumpa sesuatu yg amat menarik...sampai airmata aku mencurah2 turun...
segala rasa ada dalam dada...aku harap korang sudi baca....sama2 kita menginsafi diri...sayangilah insan
disekeliling kita..untuk disayangi,belajarlah menyayangi terlebih dahulu...


*
*
*

Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi. Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang?
Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang sedang membedal emosi ku masa kini.
Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bertindak sebagai ayah dan mama kepada anak ku.

Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal. Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidur.. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku.
Berharap apabila dia bangun nanti dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan anak, aku terus bergegas ke pejabat. Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah.
Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam.
Mengharapkan tidur nenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil.
Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat.Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut!
Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya.
Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon belas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu. Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, “Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak.
Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu.
Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya
asyik bermain dengan alat permainan saya “maafkan saya ayah”
Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anak ku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan
air paip meninggalamkan tangisan ku itu.
Selepas itu aku mendapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.
Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi.
Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.
Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku.
Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika. Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.
Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekolah.
Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.
Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, “Maafkan saya ayah”.
Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan `Talent Show’ dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku ponteng sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.
Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di sudah belajar menulis dan membaca. Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis.
Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, saya pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga!
Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anak ku buat hal lagi.
Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukanku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu,mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.
Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar.Ada saja masalah yang anakku timbulkan.. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos.
Aku hilang sabar.
Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, “maafkan saya ayah” dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.
Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, “surat-surat itu khas untuk mama”, dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi.
Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, “tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?”
Kemudian anakku menjawab, “Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus”
Mendengar ini, saya hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata. Kemudian aku memberitahu anakku, “nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi”.
Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudia ia tertidur.
Saya membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku.
“Mama yang amat dikasihi, Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan `Talent Show’, dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara.
Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu dan menangis sekali lagi. Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana.
Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar.
Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mu dan setiap kali ayah teringatkan mu , dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu.
Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajah mu. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama?
Saya pernah dengar apabila kita mendakap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?”
Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangisan, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki.




p/s: aku belajar mencintaimu sepenuh hatiku..biarpun terpaksa berlari memaut tanganmu..

i love my family...muahhh!!!!


 

Wednesday, May 4, 2011

tudung ala hana tajima yg mengancam







siapa hana tajima ni....x kenal?....adoi...
meh nak tolong kasi kenal kat korang yg masih belom kenal...inilah orgnya yg memperkenalkan tudung ala2
libas kanan,libas kiri..tp sangat cantik....

hana tajima ni sangat comel tau....muda lagi...tpsangat berbakat...nak tahu lebih lanjut korang jengok kat
maysaa...hah!!! sangatlah menarik...jom shoping!!!




selalu nak try buat tudung ala2 hana tajima..tp selalu terbantut pasal...rasa cam kepala singa pulak...
lagi nak marah anak aku suka tarik2...elok2 comey jd cam org bungkus kepala ngan towel lepas mandi pulak...heee


cer tengok gaya tudung terkini
yg masih belom diubah suai.....tara....


 




ader saper2 berani mati nak buat pesen tudung mcm kat atas ni...hahaha!!!!
boleh kalo nak buat tp kasi inovasi sikit..heee

apa2 pun aku mmg suka sangat tengok ank2 dara n mak dara yg menggayakan tudung ala2 hana tajima...
sangat ciut miut gitu.....sesaper yg teringin nak buat gaya ala2 hana tajima sila lihat video ini okeh!!!









p/s: jgn terbelit2 sampai tercekek sudahlah...peace no war!!!



Tuesday, May 3, 2011

gaduh lagi...




Raya lama lagi...usahkan raya,puasa pun belom lagi..dah sebuk nak cari kain pasang buat baju kurung
n baju melayu untuk anak2 dan en.suami..
Cari punyalah cari,belek punyalah belek..satu pun x berkenan..buat letih badan jer..






Tapi sangatlah sedih....sebab masing2 x bersatu hati nak pilih warna sedondon..aku nak warna hijau muda tahun ni...en.suami pulak tak mahu,dia nak warna coklat muda.anak2 pulak, yg si damea nak pink,Danish pulak nak oren...adoi...!!!

akhirnya aku pun hilang mood...tarik tangan anak2 terus keluar dr kedai kain tu....oklah wahai anak2 dan en.suami..thn ni mama merajuk....kita beli baju, malam raya jerlah nanti..tunggu sale!!!!








balik dr kedai kain tu en.suami bgth kat aku..lain kali kalau nak cari kain pasang planlah awal2..
boleh bincang pasal warna apa nak...ini main terjah jer...x th nak pilih warna apa...tp betul jugak tu,kena plan betul2.kena tanya anak2 dulu apa warna yg diaorg nak...cari sepasang yg sedondon for satu family and sepasang lagi ikut sukahati nak warna apa..baru adil...
tapi nak warna apa tahun ni...

oh tidak.....harap2 bukan lagi cacamerba mcm thn2 sebelomnya...
mmg x bersatu hati betullah..ni nak kena guna kuasa veto ni..heehe..

p/s:  bg yg x bersatu hati time memilih warna baju raya,sila tunggu malam raya..beli jer apa yg ada..harga pun dah terang murah..huhuhu




Friday, April 29, 2011

antara sumpah dan sumpah-sumpah





sumpah..bersumpah..kena sumpah..jd sumpah2..terus menyampah,macam sampah!!!
apa benda yg aku merepek pasal sumpah segala ni...nak jd si tanggang yg kena sumpah jd batu tu ke..
kenapalah mak tanggang sumpah jadi batu,kenapa tak sumpah jer jd rumah batu..mesti gempak satu kampung pasal time tu belum ada lagi org buat rumah batu..heeee!!!




aku selalu sangat dengar org bersumpah ni...sumpah x buat lg...sumpah nak jd org baik2,sumpah nak kuruskan badan mcm Jlo..sumpah nak bayar hutang awal2,sumpah tak tengok pompuan lain...
sekadar cakap sumpah....apa barang!!! semua org boleh bersumpah kan..tapi berani ke korang bersumpah laknat....ngeri bunyinya....tapi kalau dah berani tu maknanya sangguplah tanggong risiko....heeeee..

oklah...buat pengetahuan kita bersama maka ada sikit info tentang sumpah LAKNAT,sila baca untuk tambah pengetahuan ok..huhu   


Sumpah menurut pengertian syara’ yaitu menahkikkan atau menguatkan sesuatu dengan menyebut nama Allah S WT, seperti; walLahi, bilLahi, talLahi. Secara etimologis sumpah adalah :

  • Pernyataan yang diucapkan secara resmi dengan bersaksi kepada Allah SWT untuk menguatkan kebenaran dan kesungguhan.
  • Pernyataan yang disertai tekad melakukan sesuatu menguatkan kebenarannya atau berani menerima sesuatu bila yang dinyatakan tidak benar.
  • Janji atau ikrar yang teguhakan menunaikan sesuatu.

Bersumpah untuk kepentingan sesuatu yang disyari’atkan dalam Islam. Allah SWT berfirman, ”Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja (untuk bersumpah) oleh hatimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun“. (QS. Al-Baqarah [2]: 225).

Oleh kerana itu bagi yang telah bersumpah atas nama Allah untuk sesuatu, al-Quran menyerukan agar memelihara sumpah itu
“Dan jagalah sumpahmu” (QS.Al-Maidah: 89).





 pernah tengok binatang sumpah2 ni tak...dia boleh tukar2 warna kan..mengikut situasi dan keadaan sekeliling.ada yg cerita binatang sumpah2 ni dulunya kena sumpah dgn mak dia,dr manusia jd binatang...kesian...tp kira oklah jd sumpah2 yg boleh tukar2 warna..dr jd biawak..huhu..
tp harus di ingat..kalau korang bersumpah, sila pegang pd sumpah itu..takut makan diri...


eh...sebelom korang cakap aku ni melalut atau berunsur politik...mintak maap ok!!!
sekadar mengingat diri sahaja....

manalah tahu sebelom ni pun aku ada bersumpah ke...tp terlupa pulak...


p/s: peace no war....

sumpah tak tipu....tau....huuuuu....

Monday, April 25, 2011

dalam hati ada taman



hari ni aku jengok sambil mengemas halaman rumah yg hampir nak jadi rumah kak LIMAH...basikal anak2 aku,moto en.suami,kasut2 yg berterabur....mainan anak aku yg entah 
cammana boleh berlonggok kat luar...ADOI.....!!!!
memang menyakitkan mata memandang,belom lagi besi penyidai kain baju yg menghalang pandangan...
SERABUT bijik mata ni...
Maklumlah dok umah teres sekangkang kera...halaman umah pun cuma ngam2 buat parking sebijik keta.
pastu semua benda nak bubuh..akhirnya tongganglanggang...

sambil mencabut2 rumput yg dah nak jd lalang tu ,aku pun berangan2...
bestnyalah....kalau halaman rumah aku luas mcm rumah org2 kaya tu...
bolehlah aku buat taman yg indah2...wahhhh....
kalau suruh berangan,nombor satu gitu!!!
(pedulik apa,angan2 tu kan free-jd layan jerlah)...
pastu keluarlah gambo2 taman kat dalam kepala otak aku.....
cer kita tengok....!!!








wah..alangkah bahgianya..bila tengah ponat2 tu,tetiba boleh pulak lepak2 sambil dengar bunyi air mengalir...nyaman gitu....cer bayangkan....wahhhh....





 
jangan lupa letak aksesori tambahan camni..heheh...jgn dlm tu dtg ular sawa bertelor sudahlah..huhu








cantiknya kalau kat luar rumah kita ada bunga2 berkembang macamni...sejuk bijik mata ni..
ini tak,bukak2 pintu jer nampak jiran sebelah sidai sepender warna pink kat pagar...terbako bijik mata aku!!








kalau rajin dan halaman rumah besar bolehlah buat kolam macamni...nak2 dapat pulak, laki kaki pancing,korang letak jerlah ikan jenahak ke,ikan lampam jawa ke,ikan kelah ke,kaloi ke,,suruh jer laki korang memancing kat situ....harussss bahagia....huhuhu...(jgn katak jer yg ramai kat dlm kolam tu udahlah)..







adui....indahnya kalau boleh tanam deretan bunga ni..baunya harum..warnanya cantik...berseri2 rumah kita kan....kan..kan...








Hah...ambik kau..kalau halaman rumah tu beso cam padang bola,bulehlah buat macam ni....main sorok2 pun boleh..nak menari2 ala hindustan pun ok...heheh...



tapi..apakan daya..impian belaka..ukur baju dibadan sendiri kan...
dah halaman tu sekangkang kera ada hati nak deco ala2 stadium bukit jalil....gigit jari jerlah!!!heeee..

tp xper,mn th tetiba ada rezki lebih, bolehlah kita memperindahkan halaman rumah kitakan....
rezki ayam nampak di kaki..rezki manusia siapa yg tahu..(betul ke peribahasa aku ni..)kalau salah tolon betulkan yer..huhu...



Sunday, April 24, 2011

apa yg harus kita tahu tapi tak pernah ambik tahu part 2


BERAS FAIZA

Pada tahun 1982, Syarikat Faiza secara rasminya ditubuhkan. Beliau mengembangkan perniagaan dengan memohon lessen pemborong beras kerana mendapati pemborong beras ramai terdiri daripada kaum lain.


pada thn 1992,syarikat faiza bertukar entiti perniagaan mnjadi Sdn.Bhd.
pada tahun 1997,syarikat Faiza menjalankan usahasama dgn BERNAS dan mnjadi ahli kumpulan bernas.kini,kilang Faiza beroperasi di tapak seluas 40 000 kaki persegi dan menggunakan peralatan teknologi tinggi.

 
***hari2 makan nasik kan....kalau sehari x makan,boleh pengsan tau..huhu***












KOPI HANG TUAH

Allahyarham Haji Zainal B. Haji Said telah mengasaskan syarikat yang diberi nama TUAH STORE pada tahun 1957. Menjelang Hari Kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos 1957, Serbuk Kopi Campuran yang pertama telah dikeluarkan oleh beliau dengan jenama HANG TUAH. Perusahaan Desa secara kecil-kecilan itu dijalankan bersama-sama ahli keluarga beliau. Tapak perusahaan itu sehingga kini masih digunakan iaitu di Sungai Lokan, Sungai Dua, Seberang Perai. Kawasan pasaran ketika itu tertumpu di sekitar daerah Seberang Perai dan Pulau Pinang sahaja. Allahyarham dengan gigih meneruskan perusahaan walaupun mengalami banyak halangan dan masalah ketika itu.

Setelah perusahaan kecil-kecilan berjaya diuruskan selama lebih kurang 17 tahun, perniagaan semakin berkembang dan maju, maka keputusan telah diambil supaya TUAH STORE digantikan dengan penubuhan SYARIKAT HANG TUAH SDN. BHD. Ianya ditubuhkan dengan rasminya pada 20 Julai 1974. Segala operasi termasuk harta TUAH STORE telah diambil alih oleh syarikat yang baru ini. Bagi mengembangkan pasaran di luar kawasan, Serbuk Kopi Campuran HANG TUAH telah mula memasuki pasaran Kuala Lumpur dan Selangor pada tahun 1969. Perniagaan Serbuk Kopi Campuran terus mendapat sambutan masyarakat dengan peningkatan penjualan. Maka pada tahun 1995 sebuah bangunan baru telah didirikan di tapak yang sama iaitu di Sungai Lokan. Bangunan yang berharga RM400,000.00 ini digunakan sebagai pejabat dan gudang simpanan biji-biji kopi..


***fuh memang layan...minum kopi cicah biskut kering!!!***





 AJINOMOTO


Ajinomoto Co., Inc. (味の素株式会社 Aijinomoto Kabushiki-gaisha?) (TYO: 2802 ) ialah sebuah syarikat Jepun yang mengeluarkan perasa makanan, minyak masak, makanan, dan bahan farmaseutik. Terjemahan harfiah untuk Aji no Moto ialah "Intipati Rasa". Nama ini telah dipergunakan sebagai cap dagangan untuk keluaran monosodium glutamat (MSG) syarikat.
Ajinomoto kini mengeluarkan sekitar 33% daripada MSG di dunia, dengan hasil tahunan sebanyak AS$9.84 bilion. Syarikat ini aktif di 23 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dan menggaji sekitar 24,861 orang pada tahun 2004.

Pada awal tahun 2001, Ajinomoto terbabit dalam sebuah skandal di Indonesia yang mempunyai sebahagian besar orang Islam apabila syarikat itu didapati menggunakan sejenis enzim berasaskan daging babi untuk pengeluaran MSG. Ini memberikan keertian yang ironik kepada cogan kata pengiklanan syarikat di sesetengah negara yang berbunyi: "Daripada bahan apakah Ajinomoto diperbuat?" Pada tahun 1917, sebuah khabar angin mengatakan bahawa Ajinomoto diperbuat daripada ular, tetapi ini ternyata tidak benar. Kini syarikat itu telah menukar menggunakan enzim yang dihasilkan dari kacang soya.


 *** manalah tak sedap kalau makan kat kedai...sebungkus mak aji di letaknya..huhuhu!!!..***








NOKIA

ialah pengeluar telefon bimbit yang terbesar di dunia (pada Jun 2006), dengan bahagian pasaran sejagat sebanyak lebih kurang 33% pada tahun 2006. Syarikat ini mengeluarkan telefon bimbit untuk setiap pasaran dan protokol utama, termasuk GSM, CDMA, dan WCDMA (UMTS).

Nokia ialah syarikat Finland yang terbesar, dengan lebih kurang separuh daripada pemodalan pasaran Bursa Saham Helsinki. Ini adalah satu keadaan yang amat unik bagi sebuah negara perindustrian. Nokia juga memainkan peranan yang amat besar dalam ekonomi Finland, dan penduduk-penduduk Finland telah banyak kali menempatkan syarikat ini sebagai jenama dan majikan yang terbaik.


***ramai org suka pakai nokia kan...senang nak guna!!***





PROTON


PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.
Pemegang saham terdiri daripada:
  • Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
  • Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
  • Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

Kilang PROTON terletak di:


*** kalau harga proton lebih kurang sama ngan kereta nissan,honda,toyota..korang rasa still nak pakai proton tak..hehehe***








PIZZA HUT

Pizza Hut diasas pada tahun 1958 oleh dua orang penuntut kolej, Dan dan Frank Carney di Wichita, Kansas. Syarikat itu memperoleh kesedaran seluruh negara dalam kempen pengiklanannya yang sulung, iaitu "Putt Putt ke Pizza Hut," yang diperkenalkan dalam televisyen Amerika Syarikat pada tahun 1965. Syarikat itu dibeli oleh PepsiCo pada tahun 1977.
Pizza Hut dijadikan sebagai sebuah syarikat sampingan "Restoran-restoran Sejagat Tricon" ("Tricon Global Restaurants") pada Oktober 1997 dan syarikat induknya kemudian dinamakan Yum! Brands, Inc.. Lambang Pizza Hut yang paling nyata ialah reka bentuk tanda dagangnya yang menonjolkan bumbung restoran berwarna merah yang mencerun ke atas; reka bentuk terkini digunakan mulai dari tahun 1969, dengan pindaan pada tahun 1999.
Peliknya, walaupun Pizza Hut beroperasi di seluruh dunia, ia tidak pernah memasuki pasaran Itali.



 *** tetiba cam lapa lah pulak...nak pizza satu..tolon anta yer...***






 ADABI

BERMULA dengan dua produk kegunaan harian pada awal 1970-an, siapa sangka ia terus menjadi titik tolak kepada pengasasnya untuk mula mempelbagaikan produk bagi memenuhi pasaran semasa.
Nama Datuk Syed Manshor Syed Mahmood mungkin jarang didengar tetapi sumbangan dan peranannya dalam memajukan produk rempah ratus jenama Adabi tidak dapat dipertikaikan lagi.

Pada tahun 1984, kumpulan pertama produk-produk ADABI dihasilkan di sebuah kilang kecil bertempat di Kawasan Perindustrian Ringan Batu Caves. Semenjak itu, usaha kami telah berkembang dengan pesat. Dari Batu Caves, ADABI telah berpindah ke kilang-kilang yang lebih besar di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Kepong pada tahun 1986 dan membina kilang pemprosesan tambahan di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Ehsan pada tahun 1990 dan 1992.


***rempah kari daging dia mmg best...***


ha!!!...penat aku dok mncari info pasal brg2 yg selalu kita guna,pakai dan lihat...sebagai panduan diri sendiri dan kamu juga..harap kamu smua suka ok..enjoy!

Saturday, April 23, 2011

apa yg harus kita tahu tapi tak pernah ambik tahu..huhuhu!


susu dutch lady

Dutch Lady Milk Industries Berhad (“Dutch Lady Malaysia”), peneraju industri tenusu berkualiti Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1963. Ianya juga syarikat tenusu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968. Pemilik utamanya adalah Royal FrieslandCampina NV, suatu syarikat multinasional Belanda dan antara syarikat tenusu terbesar di dunia. Permodalan Nasional Berhad pula adalah pemegang saham kedua terbesar.


 ***hari2 kita bg anak kita minum susu kan...jd kenalah th sikit mengenainya...***







 KFC

Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc.
KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad.

restorant KFC pertama di malaysia dibuka pada tahun 1973.


***inilah makanan yg rakyat m'sia dok gemar sangat...bahan2nya pun rahsia..kalo letak *%$#** pun kita tak th kan...dah namanya pun rahsia!!..huhu..***







 petronas

PETRONAS Dagangan Berhad, yang tersenarai di Bursa Malaysia,  merupakan pengedar barangan petroleum terbesar di negara ini dengan penguasaan pasaran keseluruhan melebihi 40 peratus untuk tahun kewangan berakhir Mac 2006.
Petronas merupakan agensi tunggal yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengawal pengeluaran petroleum di Malaysia Aktiviti huluan dan hiliran yang dilakukan oleh syarikat Shell, Exxon, BP, Esso dan lain-lain di luar pantai Malaysia mestilah dikawal oleh Petronas. Petronas merupakan antara firma terbesar di dunia dalam senarai 500 Fortune Global. Petronas mempunyai 4 anak syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan telah meneroka di peringkat global di lebih 33 negara seluruh dunia terutama di Iran, Sudan, Thailand dan Indonesia.



***hari2 isi minyak.....tapi tak pernah nak ambik tahu..kihkihkih!!!***








HONDA


Honda ialah sebuah syarikat pengeluaran yang ditubuhkan oleh Soichiro Honda pada tahun 1946. Pada awalnya, syarikat ini dikenali sebagai "Institut Penyelidikan Teknik Honda" di Hamamatsu, Jepun, dan dua tahun kemudian nama syarikat bertukar kepada Syarikat Honda Motor.
Pada peringkat awal, Honda menumpukan perhatian kepada penyelidikan dan pengeluaran motosikal. Produk awal Honda ialah motosikal 50 cc, dengan setengah kuasa kuda yang dikenali sebagai 'Jenis-A'. Pada waktu itu, penyelidikan Honda sangat dipengaruhi oleh Perang Dunia II di mana petrol sukar diperolehi dan pengangkutan awam sangat tidak efisien akibat peperangan. Honda pernah mengeluarkan bahan bakar sendiri yang diperbuat daripada pokok pinus. Kereta pertama Honda dikeluarkan pada tahun 1963, iaitu kereta dua tempat duduk. Pada masa kini, kenderaan buatan Honda telah menjadi ikon dunia.




***jenama ni lah paling top sejak zaman jepon dulu...ingat kat moto honda cup bapak aku..heeee***









 Gula

Pengeluaran gula negara kini dikuasai oleh empat kilang iaitu:-
  1. Malayan Sugar Manufacturing (MSM),Prai, Pulau Pinang
  2. Central Sugar Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor
  3. Gula Padang Terap (GPT), Padang Terap, Kedah
  4. Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), Chuping, Perlis.

Gula merupakan sejenis pemanis yang telah digunakan oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu untuk mengubah rasa dan sifat makanan dan minuman. Dalam kegunaan am, orang-orang yang bukan ahli sains menggunakan perkataan "gula" untuk bermaksud sukrosa atau sakarosa yang merupakan disakarida berhablur yang berwarna putih

***yang ni pulak...hari2 kita guna ... bak kata P.Ramlie..bagaikan irama dan lagu...kalau terlebih~bagai gula dan kencing manis..huhuhu****




cukuplah setakat ini..lain kali kita selidik lagi latar belakang benda2 yg ada disekeliling kita..



 

Thursday, April 21, 2011

semalam






semalam.....
ada malam yg ku tinggalkan
bersama mimpi kita
bersama suara lagu rindu...


mencarimu..
umpama malam2 tanpa semalam
menyintaimu ...
umpama membakar bulan..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...