Sunday, April 24, 2011

apa yg harus kita tahu tapi tak pernah ambik tahu part 2


BERAS FAIZA

Pada tahun 1982, Syarikat Faiza secara rasminya ditubuhkan. Beliau mengembangkan perniagaan dengan memohon lessen pemborong beras kerana mendapati pemborong beras ramai terdiri daripada kaum lain.


pada thn 1992,syarikat faiza bertukar entiti perniagaan mnjadi Sdn.Bhd.
pada tahun 1997,syarikat Faiza menjalankan usahasama dgn BERNAS dan mnjadi ahli kumpulan bernas.kini,kilang Faiza beroperasi di tapak seluas 40 000 kaki persegi dan menggunakan peralatan teknologi tinggi.

 
***hari2 makan nasik kan....kalau sehari x makan,boleh pengsan tau..huhu***












KOPI HANG TUAH

Allahyarham Haji Zainal B. Haji Said telah mengasaskan syarikat yang diberi nama TUAH STORE pada tahun 1957. Menjelang Hari Kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos 1957, Serbuk Kopi Campuran yang pertama telah dikeluarkan oleh beliau dengan jenama HANG TUAH. Perusahaan Desa secara kecil-kecilan itu dijalankan bersama-sama ahli keluarga beliau. Tapak perusahaan itu sehingga kini masih digunakan iaitu di Sungai Lokan, Sungai Dua, Seberang Perai. Kawasan pasaran ketika itu tertumpu di sekitar daerah Seberang Perai dan Pulau Pinang sahaja. Allahyarham dengan gigih meneruskan perusahaan walaupun mengalami banyak halangan dan masalah ketika itu.

Setelah perusahaan kecil-kecilan berjaya diuruskan selama lebih kurang 17 tahun, perniagaan semakin berkembang dan maju, maka keputusan telah diambil supaya TUAH STORE digantikan dengan penubuhan SYARIKAT HANG TUAH SDN. BHD. Ianya ditubuhkan dengan rasminya pada 20 Julai 1974. Segala operasi termasuk harta TUAH STORE telah diambil alih oleh syarikat yang baru ini. Bagi mengembangkan pasaran di luar kawasan, Serbuk Kopi Campuran HANG TUAH telah mula memasuki pasaran Kuala Lumpur dan Selangor pada tahun 1969. Perniagaan Serbuk Kopi Campuran terus mendapat sambutan masyarakat dengan peningkatan penjualan. Maka pada tahun 1995 sebuah bangunan baru telah didirikan di tapak yang sama iaitu di Sungai Lokan. Bangunan yang berharga RM400,000.00 ini digunakan sebagai pejabat dan gudang simpanan biji-biji kopi..


***fuh memang layan...minum kopi cicah biskut kering!!!***





 AJINOMOTO


Ajinomoto Co., Inc. (味の素株式会社 Aijinomoto Kabushiki-gaisha?) (TYO: 2802 ) ialah sebuah syarikat Jepun yang mengeluarkan perasa makanan, minyak masak, makanan, dan bahan farmaseutik. Terjemahan harfiah untuk Aji no Moto ialah "Intipati Rasa". Nama ini telah dipergunakan sebagai cap dagangan untuk keluaran monosodium glutamat (MSG) syarikat.
Ajinomoto kini mengeluarkan sekitar 33% daripada MSG di dunia, dengan hasil tahunan sebanyak AS$9.84 bilion. Syarikat ini aktif di 23 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dan menggaji sekitar 24,861 orang pada tahun 2004.

Pada awal tahun 2001, Ajinomoto terbabit dalam sebuah skandal di Indonesia yang mempunyai sebahagian besar orang Islam apabila syarikat itu didapati menggunakan sejenis enzim berasaskan daging babi untuk pengeluaran MSG. Ini memberikan keertian yang ironik kepada cogan kata pengiklanan syarikat di sesetengah negara yang berbunyi: "Daripada bahan apakah Ajinomoto diperbuat?" Pada tahun 1917, sebuah khabar angin mengatakan bahawa Ajinomoto diperbuat daripada ular, tetapi ini ternyata tidak benar. Kini syarikat itu telah menukar menggunakan enzim yang dihasilkan dari kacang soya.


 *** manalah tak sedap kalau makan kat kedai...sebungkus mak aji di letaknya..huhuhu!!!..***








NOKIA

ialah pengeluar telefon bimbit yang terbesar di dunia (pada Jun 2006), dengan bahagian pasaran sejagat sebanyak lebih kurang 33% pada tahun 2006. Syarikat ini mengeluarkan telefon bimbit untuk setiap pasaran dan protokol utama, termasuk GSM, CDMA, dan WCDMA (UMTS).

Nokia ialah syarikat Finland yang terbesar, dengan lebih kurang separuh daripada pemodalan pasaran Bursa Saham Helsinki. Ini adalah satu keadaan yang amat unik bagi sebuah negara perindustrian. Nokia juga memainkan peranan yang amat besar dalam ekonomi Finland, dan penduduk-penduduk Finland telah banyak kali menempatkan syarikat ini sebagai jenama dan majikan yang terbaik.


***ramai org suka pakai nokia kan...senang nak guna!!***





PROTON


PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.
Pemegang saham terdiri daripada:
  • Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
  • Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
  • Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

Kilang PROTON terletak di:


*** kalau harga proton lebih kurang sama ngan kereta nissan,honda,toyota..korang rasa still nak pakai proton tak..hehehe***








PIZZA HUT

Pizza Hut diasas pada tahun 1958 oleh dua orang penuntut kolej, Dan dan Frank Carney di Wichita, Kansas. Syarikat itu memperoleh kesedaran seluruh negara dalam kempen pengiklanannya yang sulung, iaitu "Putt Putt ke Pizza Hut," yang diperkenalkan dalam televisyen Amerika Syarikat pada tahun 1965. Syarikat itu dibeli oleh PepsiCo pada tahun 1977.
Pizza Hut dijadikan sebagai sebuah syarikat sampingan "Restoran-restoran Sejagat Tricon" ("Tricon Global Restaurants") pada Oktober 1997 dan syarikat induknya kemudian dinamakan Yum! Brands, Inc.. Lambang Pizza Hut yang paling nyata ialah reka bentuk tanda dagangnya yang menonjolkan bumbung restoran berwarna merah yang mencerun ke atas; reka bentuk terkini digunakan mulai dari tahun 1969, dengan pindaan pada tahun 1999.
Peliknya, walaupun Pizza Hut beroperasi di seluruh dunia, ia tidak pernah memasuki pasaran Itali.



 *** tetiba cam lapa lah pulak...nak pizza satu..tolon anta yer...***






 ADABI

BERMULA dengan dua produk kegunaan harian pada awal 1970-an, siapa sangka ia terus menjadi titik tolak kepada pengasasnya untuk mula mempelbagaikan produk bagi memenuhi pasaran semasa.
Nama Datuk Syed Manshor Syed Mahmood mungkin jarang didengar tetapi sumbangan dan peranannya dalam memajukan produk rempah ratus jenama Adabi tidak dapat dipertikaikan lagi.

Pada tahun 1984, kumpulan pertama produk-produk ADABI dihasilkan di sebuah kilang kecil bertempat di Kawasan Perindustrian Ringan Batu Caves. Semenjak itu, usaha kami telah berkembang dengan pesat. Dari Batu Caves, ADABI telah berpindah ke kilang-kilang yang lebih besar di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Kepong pada tahun 1986 dan membina kilang pemprosesan tambahan di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Ehsan pada tahun 1990 dan 1992.


***rempah kari daging dia mmg best...***


ha!!!...penat aku dok mncari info pasal brg2 yg selalu kita guna,pakai dan lihat...sebagai panduan diri sendiri dan kamu juga..harap kamu smua suka ok..enjoy!

6 comments:

IdaNurFieyda said...

ok..enjoy..nsb baik pakai keta proton..gune beras faiza..lapa lah tgk pizza tu..nak ajak sape ye kuar mkn mlm ni..

ladyzamea said...

antar pizza kat umah akak yer..
cheese lebehhh!!!huhuu

HazIQAH iKkI hAZiq said...

betul..kat kedai2 makan skang akak letak aji no moto nie segenggam..huhu bagi2 yg tk gemar makan ajinomoto memang kureng sikit nak makan kedai..

mcm mak sya..kalau makan jerk ajinomoto mesti pening kepala..mabuk2 muntah2..alergik hehehe

ladyzamea said...

betul tu HAZIQAH...
ada org yg lgsung tak boleh tmakan mak aji ni...

tp kalau kat kedai2 tu,
mmg tipulah kalo x letak aji..kan..kan..kan..

aizamia3 said...

dah dkt thari ni.. semalam dah dapat mcD, tadi berangan nak makan KFC, skrg nampak pizza nak pizza pulak.. jap lagi tak tau nak makan ape pulak..

masalahnya malas nak keluar jadi ada harapan makan menu yang biasa depan mata ni je..

Anonymous said...

akak...lapor la tgk piza 2..tp chenta xsuka piza...huhu

meh kite minum kopi sesame dengan biskut kering...sedap 2..hikhik

enjoy kak..thankz kongsi infO..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...