Saturday, March 5, 2011

Surat buat emak

Emak...

Semalam anak emak iaitu suami saya ajak saya teman mak pergi hospital.
Pada mulanya sy keberatan sbb tak mahu tinggalkan anak sy dirumah.
Tapi suami beritahu sy bahawa sy harus melakukannya demi menunjukkan contoh dan teladan 
yang baik pada anak2 saya.Jika sy selalu culas menjaga emak yg sakit,nnti anak2 sy juga
akan melakukan itu pada sy.Suami kata,ALLAH sentiasa membalas perbuatan baik buruk kita.
Terima kasih mak,
kerana lahirkan anak yg baik.Anak yg banyak menjadi pembimbing saya.

Pagi tadi..Sy dan suami bangun awal.
Kami bersiap untuk bawa mak berjumpa doktor.Sy lihat mak sudah banyak berubah.
Mulut mak yg sering mengomel itu ini,sudah tidak kedengaran lagi.
Tubuh sasa mak juga sudah berubah.Mak kelihatan pucat.Sudah banyak kali mak kena bedah.
Dari satu, kesatu masalah yg mak hadapi.Saya tahu mak kuat semangat.
Mak cuba melawan rasa sakit.Saya tahu itu.
Perjalanan ke hospital SRI KOTA,terasa lambat.
sepanjang perjalanan emak hanya membisu.Tidak seperti dahulu.

Jika dahulu,Suara emak hampir membuatkan saya menutup telinga.
..Sesampai kita di hospital,suami menolak mak menggunakan kerusi roda krn mak tdk boleh bjalan.
Tulang pinggul mak retak.Darah beku mula menjalar keseluruh kaki kiri mak.
Dan yg terkini,sudah 2 hari mak x lalu makan.Darah hitam keluar laju bila mak buang air besar.
Mak...
sy tahu mak tak ingin semua itu.Tapi ini dugaan buat mak.Sy harap mak mampu hadapinya.

Sekali lagi mak kena tahan di wad.Sementara tunggu urusan kemasukan wad,mak duduk di kerusi roda.
Mak kata kepala mak lenguh sebab tak boleh bersandar..
Tiba2 anak lelaki mak berdiri dibelakang mak.Anak mak suruh mak letak kepala mak di perutnya.
Sy sangat terharu mak...
Terima kasih sekali lagi pada mak kerana melahirkan lelaki itu buat saya..
Anak mak sungguh lembut melayan mak.hampir setengah jam dia berdiri menjadi dinding tempat mak
bersandar.....
emak,tadi bila sy teman mak kat wad,sy tengok mak lelap.Nafaz mak turun naik.
sy suruh mak makan,tp mak tak mahu,sy pujuk mak baik2.
sy kata mak mesti makan kalau mahu cepat jumpa abah(bapa mertua).
Bila sy kata begitu mak laju suruh sy sudukan bihun sup di atas meja.Mak makan juga
biar pun tak banyak.Sy beri mak minum milo.Laju mak meneguk air.
Terima kasih mak sebab sudi mendengar kata sy.
Emak..
Biarpun emak bukan ibu kandung sy.
Sy sayang pada emak.Kerana tanpa emak,sy takkan ada anak lelaki emak.
Cuma kdg2 sy jarang2 dapat bersama emak,bukan sy sengaja mak..
tp sy cepat tersentuh,sy malu bila airmata sy gugur didepan emak.Sy cepat sebak bila lihat emak.
Sy tahu sebagai seorang menantu mungkin sy ada buat silap pada emak..
Emak ampunkanlah dosa2 sy..
Saya doakan mak agar cepat sembuh.Cepat berjalan mcm dulu2..(selalu curi2 jln kerumah sy).
Emak...
di kesempatan yg ada ini..sy mohon beribu2 keampunan,halalkan mkn minum sy dan anak lelaki mak. 
Halalkan setiap titis susu yg mak berikan pada suami sy.Doakan sy dan keluarga kita akan terus bersama yer mak!!!
Sy sayang mak sangat2.
tak kira walau apa keadaan mak sekali pun...Dan pada semua anak2 mak,menantu2 mak,cucu2 dan keluarga mak...doakanlah agar dipermudahkan segala urusan mak di dunia dan akhirat kelak...akhir sekali,i love u mak!!!




aku dan emak....kenangan kita bersama di sri kota...
emak tengah tido lena....sian mak!



mak ngah,mak usu,aku n emak....smua sengih kecuali mak..mak takut sengih pasal xder gigi..huhu





Friday, March 4, 2011

malam yang sentimental

Biasanya..
apa yg nak kita buat bila mata sukar lena.

...Dah hampir sebulan mata aku susah nak pejam,kadang2 sampai ke subuh!
Adakah ini penangan berblog..maklumlah org baru mcm aku..
Seronok bila singgah kemerata blog org lain.
ada mcm2 cerita,ada suka,ada yg emo,ada yg sedih giler.. ada jugak yg mengarut!

Tak Kisah..korang nak mengarut pun aku tetap layan.
bagi aku dah blog sendiri..jd suka hatilah..Cuma kalau yg tahap terlampau tu,
ngeri jugak nak FOLLOW..heeee


Tapi ..yg paling aku musykil(pasal aku org baru)aku jumpa satu blog ni..
Dalam blog dia,asik merayu merayan suruh klik iklanlah,suruh klik bnyak2 pulak tu..
dah tu siap taip..'tolonglah klik iklan sy..sy nak pakai duit ni..tolonglah!!!
Adoi..boleh pulak macam tu..pelik...setakat suruh follow memollow tu oklah...
takyahlah merayu merayan...lg pun kita nak cari duit poket pun kenalah IKHLAS...




eh..membebel pulak aku ni....sorry!!!
Dan..dalam banyak2 blog yg aku baca mlm ni ialah blog sedih ni...
sedih habislah..meleleh airmata aku bila membacanya..Fuhh

Kerinduan seorang ibu terhadap anaknya yg dibawa lari keluar negara..

Bagaimanalah agaknya kalau kita dipaksa untuk berjauhan dgn insan yg paling kita sayang
iaitu ANAK.
anak yg kita kandung selama 9 bulan,berkongsi darah,berkongsi makanan.
Bagaimana mahu di bendung rasa rindu yg mencengkam kalbu.
kerinduan yg tiada bertepi.Yg tinggal hanya kenangan.Secebis ingatan..
Oh tuhan!!! tak dapat ku gambarkan derita rindu itu...Kalaulah aku di tempatnya,

adakah aku setabah dia..

 
ellis n ferris!!emm...

semoga satu hari nnti ferris akan bertemu dengan ibu yg amat merinduinya..air dicincang takkan putus.percayalah!!






 

Wednesday, March 2, 2011

Alangkah indahnya jika....

BINGIT!!!!

Itulah yg aku rasakan sekarang.Cuba untuk tarik napaz dalam2 n hembus!
Tapi still angin meroyan aku taknak hilang.
Orang kata surirumah ni relex memanjang..
Saper kata...
Cubalah sendiri kalau nak tahu...Kalau yg dah biasa kerja tu,
baru cuti seminggu dah berasap ketiak nak pergi kerja balik...


Bukan tak puas hati sbb kena jg anak2,kemas rumah n memasak tapi..
Kadang2 tu rs nak terkangkang jer...huhuhu...



Tiba2 kepala otak aku boleh terfikir...oh!!!
Alangkah indahnya kalau dapat bersantai2 sambil minum air coconut.
Bukak2 mata jer nampak pantai..nampak Laut.....fuh..layan!!!


Jom kita cuci mata dan otak..
tengok2 permandangan indah ciptaan tuhan......



syoknya...tengok matahari terbenam,dgn org tersayang..ohhh!!



bayangkan korang tengah duduk kat kusi tu..layan abiss..




wah...clear water..huhuhu




lepak bawah pokok coconut sambil minum air coconut..huhu





subhanaullah...chanteknya!!!!




mak penyu...saya nak ikut boleh tak....heeee










nampak tak aku tengah baring dalam bot tu...huhuhu!!!
InsyaAllah..Ader rezki kita semua sampailah kat sini.  

Aku sangatlah suka laut,suka pantai..
kalau balik kampung mesti singgah kat cherating,balok,batu hitam...dll
Patutlah aku dah meroyan rupanya dah hampir 2 bulan tak jengok family kat kg..
haha...baru 2 bulan dah mcm 2 thn pulak...huhu.....aku suka pantai...hehehe



     

Tuesday, March 1, 2011

duit ku terbang melayang

Semalam adalah last day untuk bayar SAMAN..Hari ni kalau tak bayar lagi dah kena 
senarai HITAM.

Dari hari tu lagi aku mmbebel dekat en.suami suruh bayo saman yg menimbun tu..
Tapi dia mmg suka bayar last minute..Jadi padanlah muka dia!!!
pasal kena merata cari tempat yg x ramai orang..huhuhu...


Nah kau,berapa ramai org kat pejabat pos!!
lagi nak hangin semua sistem jem..hahaha!!!tahniah!!!
Mula2 dia pergi pejabat pos klang,sistem pancit!
pastu pegi pejabat pos bukit raja...pancit jugak!!
sekali...rupanya yg dekat depan umah jer yg ok...Pejabat pos TESCO-setia alam!!  




Ituhari pergi semak ada 5 saman jer,
sekali semalam cek..jd 7 saman..hambik kau!!!
itulah ciri2 pemandu berhemah..
Tara!!!!



lima keping ni-ada yg 2 kesalahan,3 kesalahan..
em...yg paling x tahan ada 2 saman pasal lampu ke3 tak menyala...
kalau xder diskaun kena bayar dalam rm2100,




selapas di diskaunkan jadilah rm1000 lebih..hahaha!!!



Tahniah pada en suami..kerana tolong bayo saman aku sekali,
kesalahan:cuba teka apadia...nak tahu ke..
kesalahan aku senang jer,yang biasa korang pun buat..tak pakai tali pinggang!!
Lepas ni jgn sampai kena saman lg...pasal bayaran saman dah mcm utang kat ALONG



lambat bayar..bunga naik..huhuu!!!bagus betul kan...
selamat memandu dengan tanpa di SAMAN.. 


Kat sini ader sikit maklumat pasal kadar kompaun baru-mulai mac 2011


Kerajaan hari ini mengumumkan penyelarasan kadar kompaun dan penyusunan semula kategori kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan polis, Jabatan Pangangkutan Jalan (JPJ) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2010), berkuatkuasa 1 Mac ini.

Penyelarasan kadar tersebut dibahagikan kepada empat kategori yang membabitkan kadar yang berbeza bagi motosikal 250cc ke bawah dan kelas kenderaan lain (lebih 250cc). Kadar kompaun baru itu hanya dilaksana terhadap saman yang dikeluarkan mulai 1 Mac ini mengikut prinsip "lebih lambat membayar, lebih tinggi kadar kompaun".

Sistem baru juga akan mengenakan kompaun berganda kepada pesalah trafik yang melakukan kesalahan berulang dalam tempoh dua bulan dari tarikh kesalahan pertama dilakukan.

Sistem kompaun baru itu turut menawarkan lebih banyak pengurangan kadar kompaun sekiranya pesalah lalu lintas melunaskan bayaran lebih cepat iaitu dalam tempoh 15 hari pertama, 15 hari kedua dan 30 hari berikutnya kecuali bagi kesalahan serius dalam kategori pertama.

Saman lalu lintas yang tidak dibayar selepas hari ke-60 ia dikeluarkan akan terus didaftarkan sebagai kes di mahkamah dan tidak ada kompaun dikenakan sebaliknya hukuman akan dijatuhkan oleh mahkamah mengikut akta berkenaan.       

Sunday, February 27, 2011

dah tak meleleh lagi..yummy!!

Wakaka...
      Tajuk tak hingat!!! apa yg dah tak meleleh lagi tu?..
Apa lagi..Air liur akulah...cam gini ceritanya..Pada suatu hari..bla..bla..bla..

Aku selalu dengar kat dlm blog,kat Fb,kat tv..malah adik ipar aku tu dok sebut2..
Kek red velvet..Bunyi dia cam gigil satu badan..Mula2 aku pun dok skodeng kat google 
apa jenis kek ni..Mak ai..cantiknya!!!

Aku pun tengoklah harga dia..Amboi..sampai rm100 lebih sebijik!!!Wah!!
Ni kek kelas atasan lah ni...mesti sedap giler..

Oleh kerana aku ni mmg suka membaking..Aku pun trylah! daripada nak membeli,
baik buat sendiri...Dan hasilnya..TARA!!!!!



 

Cantik tak kek red velvet aku ni...

Buat kek ni mmg leceh sikit,banyak step.kalau yg dah biasa membaking tu..kacang jerlah!
Tapi kalau yg baru nak cuba kedapur tu...alamatnya berseleraklah dapur kau nyah!!!


Lepas ni x yahlah nak terliur2 lagi..dah boleh buat  pun...huhu..jgn jeolous erk!!!
Kalau korang nak cuba buat sendiri  pun boleh...makan puas2...hukhukhuk!!
cheese....oh..mmg tak tahan...!!!nak resepi ke...sangat malas nak taip..korang skodeng jerlah kat 
member2 blog aku yg mmg buat blog for resepi..hahaha..!!(ini org mmg pemalas)...





sebenarnya yg ni dah siap potong,nak anto kat umah adik ipar aku...dr ari tu dia dok sebut2..

rasa dia mmg sedap giler..aku buat marble chese kat atas velvet kek tu..mmg layan abis!

kat sini aku ader sikit info pasal cake red velvet ni...copy n paste jer..huhu...

Popularity and Prominence of Red Velvet Cakes

By the 1960's, recipes for red velvet cake were appearing across the nation in newspapers such as The Washington Post and Spokesman-Review with names such as "Red Carpet Cake." Red food coloring now featured as a prominent, and essential, ingredient along such other basics as buttermilk, cocoa powder and vinegar.
While red velvet cake has always been popular throughout the southern United States, it enjoyed renewed popularity across the nation in 1989, following an appearance in the popular movie Steel Magnolia's where it was shaped like an armadillo groom's cake. More recently, in 2002, it was selected by singer Jessica Simpson to serve as the flavor of her five-tiered cake served at her wedding to Nick Lachey. Since then it has been featured in cupcake form topped with mountainous dollops of cream-cheese frosting at bakeries nationwide.



Rasanya..korang mesti kena rasa kek ni biar pun cuma sekali!!

memang fantastic...nyummy...Selamat menjamu Mata.....layan!!!






 

Saturday, February 26, 2011

jangan tiru perangai ini...

Tadi,bila bukak peti ais banyak barang dah abis!Adoi..Aku kalau peti ais dah kurus,mulalah aku pening!
maklumlah,buatnya tetiba ada yg call nak mengoder kek/muffin dan sebagainya,baru nak terhegeh2 cari barang.
Nak tak nak,aku gagahkan diri bawak keta gi shoping jap.Alah,bukan jauh pun,tesco setia alam tu dr umah aku dlm 5 minit jer kalau tak jem..huhuhu!!!ok.... jom shoping!!!



ni bangunan cantik bdekatan ngan tesco setia alam....warna warni...sangat suka!



Bila sampai jer...aku pun tercarik2lah parking....Yang buat ketiak aku berasap tu bukan pasal parking full..
Tapi semua petak parking dipenuhi Troly....Apa punya hangitlah manusia ni semua.Kot yer pun nak 
cepat,janganlah main letak merata jer...itupun nak kena ajar ke...pemalas!!!





Tengok ni...apa punya perangai ni....Sampaikan tempat parking OKU pun diaorang sesah..


cuba tengok kereta tu park kat mn...adoi!!



yang ni bukan setakat troly,basikal pun ada!!Siap di mangganya kat tiang tu..memang TERLAMPAU!!




adakah ini basikal en.bangla,atau en.sudarman..cuba teka...?




Si damea ni pun satu aku sebuk nak cepat balik,dia sebuk merengek nak naik bender alah ni...dahlah syiling pun kureng....adoi..dah kena beli air dulu...baru dapat syiling..budak ni kang!!! grrrr.......



Lihatlah daku.huhuhu...inilah contoh2 rakyat berhati mulia.wakakaka...dah siap masukkan barang2 dlm kereta,silalah tolak troly tu kat tempat yg sepatutnya..Lalalalala....


Lalalala....masih menyanyi..tiba2...Wah..yg ni lg hebat landingnya..hahah..memang tak hingat!!

cuba beliakkan mata anda....hahaha...!!!.sedap betul ,dalam hati tuan punya troly,nah amik kau!!!
janji aku senang nak lalu sudah...Memang tak patut!!Lempang kang baru tahu...



Kalau korang juga pernah melakukan perlakuan sumbang ini,silalah ubah ok...Sebab kalau kita buat baik,nanti kita pun dapat balasan baik...Tak caya cuba buat jahat..mesti dapat balasan yg tak baik kan....Bak kata org2 dahulu kala,buat baik di balas baik,buat jahat jangan sekali...2x boley tak...
huhuhu..

Disebabkan masalah2 kecil yg aku lalui kat parking lot tu...aku pulang agak lewat.Nak wat camner,dah aku baik hati pergi tolak smua troly2 tu kat tempat yg sepatutnya.Bila aku cerita kat en.suami..ada ke patut
dia kata..."tu bukan salah org letak merata,tu budak yg kerja tolak troly tu curik tulang!"..emmmm
Agaknya lah kan....tapi...dalam hati tetap jawab..itukan tanggungjwb diri sendiri..dah pandai guna,
pandailah letak balik...Babab montot tu kang!!!!...








   

Wednesday, February 23, 2011

makan luar lagi

Huhuhu.....

Malas betul harini nak masak untuk makan malam.Letih!!!
Agaknya bila dah hari2 ke Dapur,mulalah angin malas tu pun melanda.Nasib baik bila aku ajak anak2 pergi makan luar.Diaorang kata OK...Kalau tak, kenalah bukak peti ais jugak.
Tapi...En.suami kata,aku kena belanja...huhu..No problem!!
Oleh kerana aku yg belanja...aku cari warong makan paling murah yg ader kat Meru.huhuhu.
Pandai x aku..hehehe!!



Ingat nak makan simple2 jer...Huuuhuhu...Simplelah sangat!!



Kalau dah tekak shrek tu...mn ader simplenya...haha



Alamak!!! Makcik oi.....org lepas makan joging....Yang aku pas makan posing...huhuhu
Jangan marah erkkk...sajer jer...layan perasaan kenyang...Menu mkn malam
nasik goreng paprik + roti canai rangup + tea o ais limau...nyummy!!
Bilalah nak pakai jeans saiz 27 mcm ni...haha!! pakai jerlah saiz 29 ni sampai bila2..silap2 haribulan,esok jadi saiz 30 pulak....Tolong!!!...lepas ni nak joget ladyGaga lah..Kasi bakar lemak yg degil mcm tuannya ni...
jom ladygaga sama2....ngengenge!!!
 

aku suka bunga...tapi

aku suka bunga...tapi
bunga tak suka aku.Pasal aku malas tanam bunga.Rumah aku penuh rumput ngan lalang jer..huhuhu
Kalau aku tanam pun dalam seminggu dua hidup segar..pastu layu dan mati..Pokok bunga tu kalau tak mati pun kompom dia bunuh diri.Pasal tuan dia pemalas..hehe

Jadi untuk layan kesukaan aku tu,aku gi amik gambo2 bunga yg bersepah kat umah pak mentua aku.
kat umah mentua aku ada bnyak bunga pasal makngah ngan atok rajin siram n bubuh baja.
If atok tak larat nak care kat bebunga tu,ramai ceCUCU yang rajin nak menolong..(kecuali aku)huuuu..




ni bunga orked...tp jenis dia aku tak th pulak...harap maap.Aku selalu curik peluang nak rembat bunga ni bawak balik buh dalam pasu..tapi....selalu kantoi!!!heheheh...





Yg ni pun spesis orked jugak..tapi bunga dia kecik2..tomei tau....bunga dia bnyak..purple calor gitu..




orked ni paling aku suka..pasal warna ni garang gitu...agaknya nama dia orked harimau bintang!!!pada persatuan orked sedunia jgn saman aku kalau silap erkk.....huhu


Cantik tak bunga2 ni...
Paham2 jerlah aku bukan potografer popesional..main klik2 jer...
en.suami pun nyebuk jer..bila aku ngah sedap nak snap pic,dia pun snap jugak....cibuk!!


Yang ni...pic yg en.suami amik...x lah secantik pic aku amik kan...huhuhu




Cuba teka ni gambar pokok bunga ke,pokok buah ke or pokok sayur...wakaka....!!! inilah pokok rosselle..sedap tau kalau buat air...selalu en.suami yg rajin buat..dia basuh.potong2 n buang bijik dlm tu,pastu rebus...air dia terus jd merah...buh gula n simpan peti ais..emmm..segar dr halaman rumah pak mentua aku..huhuhu




Ni bunga kertas.. selalu kita boleh lihat kan...kat tepi jln2 raya pun banyak.bunga kertas ni turut di kenali sebagai Bougenvilla.. 



Jadi..inilah bebunga yg sempat aku amik pic dia petang semalam....Bunga2 cinta gitu..
Nanti kalau ada masa aku snap pic lain pulak yer...huhuhu!!!Tunggu....  

Monday, February 21, 2011

kita kawan x mahu lawan

Aku sayang kawan2 aku.Aku selalu rindu bila lama tak berjumpa,jadi haru bila x dengar kabar berita.Aku jadi pelik kalau ada yg berkata tanpa kawan juga boleh bahagia.Boleh gembira.Memang mungkin ada yg seronok berkawan dengan diri sendiri.Tapi mesti lagi meriah kalau punya kawan kan.Sebenarnya bukan aku tidak pernah dilukai oleh kawan.Pernah!! Mungkin lebih dari sekali.Tapi aku juga mungkin pernah melukai mereka.Luka dan melukai memang biasa dalam persahabatan.Jadi kita haruslah bijak melebel/mengelafikasikan kawan2 kita.

Contoh:- Kawan2 waktu happy2 ajer
             - Kawan2 waktu teman shoping ajer
             - Kawan2 waktu susah senang
             - Kawan2 yg selalu mintak tolong tp paling susah nak menolong

Mungkin ada yg kata aku tak patut,bila melabel kawan2 begini.Tapi pada zaman skrg ni amatlah susah tahap cipan nak carik kawan susah senang@sehidup semati.Jadi kalau yg dah ada kawan yg mcm tu tolonglah hargainya...
Sebelum kita terluka kerana percaya, dialah sahabat sehati sejiwa kita,jadi lebih baiklah kita senaraikan terlebih dahulu.Jadi sekiranya kawan kita tu buat perangai,tidaklah kita frust sangat.. pasal dah th dia ni jenis kawan yg mcmmana kan...



biar apa2 pun,kalau kita nak punya kawan baik,wajiblah kita juga menjadi sahabat yg baik...Kawan2 tak mahu lawan...huhuhu

 




>ini antara kawan2 aku yg ada disekitar kawasan berdekatan(meru,klang).Sebenarnya kawan2 aku ramai kat kampung halaman(pahang)..Kiranya kawan2 masa zaman kanak2 dan alam remaja.Aku seronok masa sekolah2 dulu..kita berkawan tanpa sempadan..semua kawan kita.Kita bebas berkongsi segala cerita suka duka.Ingat lagi kalau kat sekolah ada aktiviti petang,aku akan tompang makan dan mandi kat rumah member2 lepar hilir satu.Antaranya rumah favarot aku(sbb dapat mkn percuma yg sedap2(rumah Yati,rumah zack,rumah izan afizah,rumah sabrina,rumah mawarni dan ramai lagi..Rumah rabitah..jarang2 sikit dapat singgah,pasal takut kat pengetua...huhu.....Seronok pulak bila di ingat kembali....Aku ada soalan cepu mas nak tanya kat korang...kenapa kawan2 masa sekolah dulu tak sama dgn kawan2 masa sekarang...????tolong jawap sikit Kawan-kawan ku.....


Tak kita anda semua kawan kategori mana...aku ttp sayang korang semua...Muahhhh!!!
Manusiakan berbeza2....hargailah mereka disekeliling kita...

* mintak maap pada kawan2 yg tak aku sebut namanya...terlalu ramai...nnti ada masa kita cerita lagi ok...hehehe..


Thursday, February 17, 2011

habis licin kena cukur,kesian!

baru kau tahu....perempuan tu kaki cukur....huhuhu!!!sorry,dah terlambat bro....dari hari tu aku dah agak,nak bagitahu macam x patut pulak..Nanti kau kata akuni busybody..lagi haru kalau kau tuduh aku jelez kat kau pasal kau dapat awek cun tahap model pakaian dalam.Bila dah jadi macamni baru kau cari aku.Setakat nak mengadu ok lah.Tapi aku cuma boleh dengar jer.Apa?????Duit dalam bank kering..Adoi...kau kan banyak duit...beratus2 ribu!!Itulah dulu masa kau belum dapat duit jual tanah tu..kau cuma kawan aku yg biasa2 jer..kita makan roti canai kat mamak.Kita jalan2 window shoping kat pasar malam...tapi bila kau dah kaya,jual tanah arwah mak kau...terus jadi jutawan segera.dekat sejuta kau dapat...Kau tek pernah call aku lagi.Aku pun takut nak call kau.Takut kau ingat aku nak pow kau pulak.Takper....aku biarkan kau menikmati kemewahan sepenuhnya....happy kan.Satu hari kau kenalkan aku dengan awek baru kau.Bukan aku nak cakap...tapi kalau nak buat perbandingan dgn kau macam beauty n the beast...tapi aku harap sangat kau jumpa pompuan yg mmg ikhlas nak kawan ngan kau.Dari penglihatan mata hati aku,macam ada something jer pompuan tu...kau ajak dia dok borak kat mamak pun muka dia cam cacing kepanasan,nak minum kopi pun kat hotel 5 bintang...nak gi beli kasut pun ajak gi kat shoping complex yg mahal2...x mainlah takat jusco atau pakson...adoi...Aku tengok kau layan semua kehendak dia.Kau belikan dia bb baru,kau belikan macam2 untuk dia.Hari2 kau berkepit.Kau x ingat nak bekerja lagi.Bro...gunung kinabalu pun kalau hari2 kau tarah...rata beb....halusss gitu....Akhirnya,bila kau dah jadi lelaki 'biasa'.Perempuan cantik tu pun tinggalkan kau...bye2..tinggallah kau terkontang kanting...sikit duit pun xder.konon nak buat modal meniaga...tapi duitnya ntah kemana....biar apa pun,aku harap kau jadikanlah kejadian ini sebahagian dari pengajaran...Lain kali kalau kau jual tanah lagi...jgn lupakan aku tau....kalau x nak belikan aku bb baru pun...belikan aku beg LV jadilah...huhuhu..
(kisah benar..yang diceritakan oleh kawan kepada kawan aku..terpaksa ditokok tambah untuk menyedapkan lagi jalan ceritanya..hehe)



kat sini aku ader sikit tip yang nak aku kongsikan dgn korang..macammana korang nak tahu yg pompuan tu pisau cukur...
a)Pompuan tu x suka dgn kawan2 kau
b)nak lepak tempat best2 jer
c)mengada2/gewdik lebih dr biasa(merengek2 mintak belikan sesuatu)
d)asik tanya kat kau...U sayang kat I tak????(sajer nak mengenalah tu)
e)dah teranglah dia asik pow kau jer..mintak beli macam2 benda...

Sebenarnya ada bnyak lagi tip how to know yg awek tu kaki kikis..tapi percayalah!! x selamat pun kalau dia buat macam tu,hari ni dia dapat sesuatu,esok lusa dia akan kehilangan lebih banyak dari apa yg dia ambik....DAN......ini lagi hebat,tapi lain kali aku cerita ok..pasal lelaki yg suka pow pompuan...jgn tak percaya!!!! pernah terjadi pada aku...dalam diam,dalam x sedar...duit aku terbang kat poket dia....hangit!!!!..hati2 tau...jgn jadi mangsa ok....Salam sayang...muahhhhhh!!!!!!   

Monday, February 14, 2011

all about cinta

Cinta......
semua tentang cinta.Aku pun kadang2 terfikir jugak pentingkah cinta ni.Tentulah!!!Cinta itu kan keperluan hidup.Kita harus ada rasa cinta.Cinta pada ALLAH,cinta pada keluarga,cinta pada diri sendiri.Apa jadi kalau tiada rasa cinta dalam diri kita.Maknanya mati jiwalah tu...huhuhu!! Kenapa bicara soal cinta ni...pasal valentine ke...No lah!!Valentine bukan untuk orang islam ok...Haram tau!!!Kita cerita tentang cinta pada bila2 masa sahaja.tiap saat dan ketika,kita memberi dan menerima cinta bukan dibatasi oleh masa...Hari2 ada cinta antara kita.Malam tadi...huhu..aku merajuk..konon2lah..pasal en.hubby balik lewat malam.Dia janji nak balik awal.Bila dia sampai rumah aku tarik muka.Buat muka masam.Dia senyum konon tahu yg dia bersalah.Aku masuk bilik,terus tutup pintu..Tiba2 dia pegang aku.Dia cakap ada meeting kat surau.Tak dapat nak balik awal.Aku diam.Bila dia tengok aku diam seribu bahasa dia keluar.Lepas sejam berlalu,aku keluar dari bilik,aku tengok dia tidur kat sofa.Kesian dia.Kenapa aku nak merajuk pasal hubby aku pergi surau.Memang tak patut.Kalau merajuk dia pergi dangdut tu lainlah ceritanya..huhuhu.Aku perhati dia tengah tidur.Oh...timbul rasa belas dan sayang dr lubuk hati aku.Tiba2 aku terfikir nak buat sesuatu,ituhari aku ada beli detox foot..aku pun ambik dan tampal pada kakinya.Dia tak perasan pun.tidur mati.Selepas aku selimutkan dia,aku sambung tidur dalam bilik....Dan...pagi tadi masa bangun tidur ada sarapan atas meja.Nasi lemak sotong kegemaran aku,huhu..ada jugak jasmen green tea untuk aku(tapi dah sejuk)dia buat dr subuh kot...aku x solat pasal bendera jepun..huhu..terharu aku....pastu tetiba hp berbunyi...dia tanya aku ok tak,batuk lagi tak...dah sarapan ke belum...dan yg buat paling aku terharu dia cakap...badan dia rasa segar bangun pagi sbb ada puteri bunian datang dalam mimpi dia.Tolong selimutkan dia dan tampalkan detox foot kat tapak kaki dia...huhuhu!!!!..Terima kasih pada en hubby yg tak pernah jemu melayan kerenah aku..Maafkan aku kerana kadang2 selalu buat en hubby pening kepala..heheh..maklomlah kanak2 riang!!!! Biarpun en.hubby tak romantik,jarang mngucap kata cinta...tapi segala yang en hubby lakukan adalah tentang CINTA......muahhhhh!!!!

Saturday, February 12, 2011

sini ada hantu

Sini ada hantu....Tajuk dia memang terus terang.Aku teruja jugak nak tengok cerita ni,pasal mmg suka tengok cerita hantu kelakar.tu hari dah tengok hantu kak limah balik rumah 2x,ngangkong pun aku tengok 2x..bukan apa tengok cerita kelakar ni best....lagi pun buat apa masuk wayang tengok cerita yg buat pening2 kepala nak memikir.....baik tengok yg boleh gelak2...x logik pun x per janji enjoy....jom kita tengok sama2 nak tak...huhuhu...!!!
"Sini Ada Hantu", dibarisi pelakon seperti Fasha Sandha, Pete Teo,  Baki Zainal, Alvin Wong dan Eira Syazira.





Tuesday, February 8, 2011

bersedekahlah walau hanya sekeping roti

Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)


Entah kenapa hari ni nak bercerita pasal "sedekah".Sebab utama ialah melihat dengan mata sendiri betapa kedekutnya manusia untuk bersedekah biarpun cuma sekeping roti.Begini kisahnya.Suatu petang:masa tu aku rajinkan diri berkumpul dgn jejiran aku kat depan umah(sebenarnya akulah mnusia yg paling malas nak lepak2 ni,pasal malas nak tambah dosa..sampai jejiran aku melabel aku ni sombong)huhuhu.Masa tengah sedap diaorg berborak tu,anak jiran aku si A,sedang makan sekeping roti potong..tiba2 anak jiran aku si B(ibunya tiada ketika itu).merengek minta roti pada budak yg makan roti tu...Budak tu pun dengan selamba cakap kat mak dia.."ibu..adik ambik roti kat dalam rumah ye,ada bnyak lagikan.."Masya ALLAH!! nak pengsan aku dengar jiran aku si A jawab,"tak yah nak ngada2.simpan roti tu...sebuk nak bg org,kalau dia nak,suruh mak dia beli."Adoi!!! macam tu ke dia ajar anak dia...Kalau dia x nak bg roti yg kat dalam rumah tu pun, apalah salahnya dia potongkan sikit roti kat tangan anak dia tu dan kasi pada budak tu..Manusia oh manusia.Rasanya lebih baik aku tak payah berkawan dengan orang macam ni...Belajarlah untuk bermurah hati...kalaupun kita x mampu untuk memberi intan berlian cukuplah hanya dengan segelas air..Tidakkah dia tahu bahawa bersedekah itu mampu membersihkan hati kita...ingatlah...kalau x mampu nak beri wang ringgit,berilah kudrat kita,kalau itu pun kita tak mampu...antarlah sepinggan mee goreng...huhu..itupun dah kira bersedekah juga...jgn kedekot sangat tau...harta didunia hanya pinjaman semata...belajarlah untuk memberi,kerana tangan yg mberi lebih baik dr yg mnenerima!!!!!!...

Sunday, February 6, 2011

mak buaya di tasek shah Alam

Cuaca hari ini memang hot..the very2 hot.Huhuhu....Rasa macam nak berbaring2 ajer kat umah...Tp tadi kawan aku rozilen ada call ajak bersantai kat tasek..Agaknya best jugakkan, sesekali layan lepak tepi tasek..Rasanya dah bertahun, x kesitu..Apa kata kalau aku joint jer si Len  pegi sana....Tasek shah alam,im coming.....!!!!


huhuhu...sampai ajer kat tasek shah alam tu..mmg ramai org..maklomlah cuti..Aku pun berhappy2lah,borak2 ngan posinglah sikit mana yg patut..hehe..nak2 pulak,mr.hubby sukarela nak jaga anak2..huhu..single lah aku..merdeka!!!Dah macam mak buaya bila berborak sambil mngunyah..ngap..ngap..!!!
huhu...org datang sini nak berjoging..aku ngan len pulak datang cuma nak layan kepala...hahah!! apa lagi tambah kalorilah,tapau makanan..OLeh kerana kita datang pun dah lewat petang so dapatlah lepak dalam 40 minit jer...tp yg penting dapat jugak cuci mata n hirup udara segar...(segarlah sangat)huhu....

Sebenarnya...banyak benda kita boleh buat untuk rawat jiwa kita,selain mendekatkan diri dengan ALLAH,kita juga boleh melakukan banyak aktiviti lain..X perlu banyak modal,yang penting keinginan.Macam aku..aku sebenarnya penghidap darah tinggi tegar..huhu..Aku kena control makan..tapi yg paling aku kena control emosi.Kalau kepala otak aku serabut,aku akan cepat pening n loya..kesian aku kan..huhuh!! Sebab tu bila aku rasa macam dah tension tahap badak jer..aku akan cepat2 menghibur hati aku sendiri..(konon2 nak bagi happylah) pasal itu ubat aku yg paling murah dan bkesan...(selain minum air tea misai kucing...)So kawan2,layanlah diri anda sebaik2nya..kalau xder saper nak melayan korang...tak apa!!.layan jer diri sendiri ok..buat apa yg korang suka...jgn buat kerana terpaksa...Apa kata lepas ni, kita gi jalan2,nak x?tak perlu sampai ke landon segala...pegi tempat dekat2 pun dah ok..jgn bebankan diri dgn kos perjalanan yg tinggi pulak..nanti sendiri yg pening...Keluar dr zon selamat anda dan nikmatilah hidup ini seindahnya...layannnnnn!!!(nak solat isyak jap....jumpa lagi nanti ok...muahhhh!!!)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...