Friday, April 29, 2011

antara sumpah dan sumpah-sumpah





sumpah..bersumpah..kena sumpah..jd sumpah2..terus menyampah,macam sampah!!!
apa benda yg aku merepek pasal sumpah segala ni...nak jd si tanggang yg kena sumpah jd batu tu ke..
kenapalah mak tanggang sumpah jadi batu,kenapa tak sumpah jer jd rumah batu..mesti gempak satu kampung pasal time tu belum ada lagi org buat rumah batu..heeee!!!




aku selalu sangat dengar org bersumpah ni...sumpah x buat lg...sumpah nak jd org baik2,sumpah nak kuruskan badan mcm Jlo..sumpah nak bayar hutang awal2,sumpah tak tengok pompuan lain...
sekadar cakap sumpah....apa barang!!! semua org boleh bersumpah kan..tapi berani ke korang bersumpah laknat....ngeri bunyinya....tapi kalau dah berani tu maknanya sangguplah tanggong risiko....heeeee..

oklah...buat pengetahuan kita bersama maka ada sikit info tentang sumpah LAKNAT,sila baca untuk tambah pengetahuan ok..huhu   


Sumpah menurut pengertian syara’ yaitu menahkikkan atau menguatkan sesuatu dengan menyebut nama Allah S WT, seperti; walLahi, bilLahi, talLahi. Secara etimologis sumpah adalah :

  • Pernyataan yang diucapkan secara resmi dengan bersaksi kepada Allah SWT untuk menguatkan kebenaran dan kesungguhan.
  • Pernyataan yang disertai tekad melakukan sesuatu menguatkan kebenarannya atau berani menerima sesuatu bila yang dinyatakan tidak benar.
  • Janji atau ikrar yang teguhakan menunaikan sesuatu.

Bersumpah untuk kepentingan sesuatu yang disyari’atkan dalam Islam. Allah SWT berfirman, ”Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja (untuk bersumpah) oleh hatimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun“. (QS. Al-Baqarah [2]: 225).

Oleh kerana itu bagi yang telah bersumpah atas nama Allah untuk sesuatu, al-Quran menyerukan agar memelihara sumpah itu
“Dan jagalah sumpahmu” (QS.Al-Maidah: 89).





 pernah tengok binatang sumpah2 ni tak...dia boleh tukar2 warna kan..mengikut situasi dan keadaan sekeliling.ada yg cerita binatang sumpah2 ni dulunya kena sumpah dgn mak dia,dr manusia jd binatang...kesian...tp kira oklah jd sumpah2 yg boleh tukar2 warna..dr jd biawak..huhu..
tp harus di ingat..kalau korang bersumpah, sila pegang pd sumpah itu..takut makan diri...


eh...sebelom korang cakap aku ni melalut atau berunsur politik...mintak maap ok!!!
sekadar mengingat diri sahaja....

manalah tahu sebelom ni pun aku ada bersumpah ke...tp terlupa pulak...


p/s: peace no war....

sumpah tak tipu....tau....huuuuu....

Monday, April 25, 2011

dalam hati ada taman



hari ni aku jengok sambil mengemas halaman rumah yg hampir nak jadi rumah kak LIMAH...basikal anak2 aku,moto en.suami,kasut2 yg berterabur....mainan anak aku yg entah 
cammana boleh berlonggok kat luar...ADOI.....!!!!
memang menyakitkan mata memandang,belom lagi besi penyidai kain baju yg menghalang pandangan...
SERABUT bijik mata ni...
Maklumlah dok umah teres sekangkang kera...halaman umah pun cuma ngam2 buat parking sebijik keta.
pastu semua benda nak bubuh..akhirnya tongganglanggang...

sambil mencabut2 rumput yg dah nak jd lalang tu ,aku pun berangan2...
bestnyalah....kalau halaman rumah aku luas mcm rumah org2 kaya tu...
bolehlah aku buat taman yg indah2...wahhhh....
kalau suruh berangan,nombor satu gitu!!!
(pedulik apa,angan2 tu kan free-jd layan jerlah)...
pastu keluarlah gambo2 taman kat dalam kepala otak aku.....
cer kita tengok....!!!








wah..alangkah bahgianya..bila tengah ponat2 tu,tetiba boleh pulak lepak2 sambil dengar bunyi air mengalir...nyaman gitu....cer bayangkan....wahhhh....





 
jangan lupa letak aksesori tambahan camni..heheh...jgn dlm tu dtg ular sawa bertelor sudahlah..huhu








cantiknya kalau kat luar rumah kita ada bunga2 berkembang macamni...sejuk bijik mata ni..
ini tak,bukak2 pintu jer nampak jiran sebelah sidai sepender warna pink kat pagar...terbako bijik mata aku!!








kalau rajin dan halaman rumah besar bolehlah buat kolam macamni...nak2 dapat pulak, laki kaki pancing,korang letak jerlah ikan jenahak ke,ikan lampam jawa ke,ikan kelah ke,kaloi ke,,suruh jer laki korang memancing kat situ....harussss bahagia....huhuhu...(jgn katak jer yg ramai kat dlm kolam tu udahlah)..







adui....indahnya kalau boleh tanam deretan bunga ni..baunya harum..warnanya cantik...berseri2 rumah kita kan....kan..kan...








Hah...ambik kau..kalau halaman rumah tu beso cam padang bola,bulehlah buat macam ni....main sorok2 pun boleh..nak menari2 ala hindustan pun ok...heheh...



tapi..apakan daya..impian belaka..ukur baju dibadan sendiri kan...
dah halaman tu sekangkang kera ada hati nak deco ala2 stadium bukit jalil....gigit jari jerlah!!!heeee..

tp xper,mn th tetiba ada rezki lebih, bolehlah kita memperindahkan halaman rumah kitakan....
rezki ayam nampak di kaki..rezki manusia siapa yg tahu..(betul ke peribahasa aku ni..)kalau salah tolon betulkan yer..huhu...



Sunday, April 24, 2011

apa yg harus kita tahu tapi tak pernah ambik tahu part 2


BERAS FAIZA

Pada tahun 1982, Syarikat Faiza secara rasminya ditubuhkan. Beliau mengembangkan perniagaan dengan memohon lessen pemborong beras kerana mendapati pemborong beras ramai terdiri daripada kaum lain.


pada thn 1992,syarikat faiza bertukar entiti perniagaan mnjadi Sdn.Bhd.
pada tahun 1997,syarikat Faiza menjalankan usahasama dgn BERNAS dan mnjadi ahli kumpulan bernas.kini,kilang Faiza beroperasi di tapak seluas 40 000 kaki persegi dan menggunakan peralatan teknologi tinggi.

 
***hari2 makan nasik kan....kalau sehari x makan,boleh pengsan tau..huhu***












KOPI HANG TUAH

Allahyarham Haji Zainal B. Haji Said telah mengasaskan syarikat yang diberi nama TUAH STORE pada tahun 1957. Menjelang Hari Kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos 1957, Serbuk Kopi Campuran yang pertama telah dikeluarkan oleh beliau dengan jenama HANG TUAH. Perusahaan Desa secara kecil-kecilan itu dijalankan bersama-sama ahli keluarga beliau. Tapak perusahaan itu sehingga kini masih digunakan iaitu di Sungai Lokan, Sungai Dua, Seberang Perai. Kawasan pasaran ketika itu tertumpu di sekitar daerah Seberang Perai dan Pulau Pinang sahaja. Allahyarham dengan gigih meneruskan perusahaan walaupun mengalami banyak halangan dan masalah ketika itu.

Setelah perusahaan kecil-kecilan berjaya diuruskan selama lebih kurang 17 tahun, perniagaan semakin berkembang dan maju, maka keputusan telah diambil supaya TUAH STORE digantikan dengan penubuhan SYARIKAT HANG TUAH SDN. BHD. Ianya ditubuhkan dengan rasminya pada 20 Julai 1974. Segala operasi termasuk harta TUAH STORE telah diambil alih oleh syarikat yang baru ini. Bagi mengembangkan pasaran di luar kawasan, Serbuk Kopi Campuran HANG TUAH telah mula memasuki pasaran Kuala Lumpur dan Selangor pada tahun 1969. Perniagaan Serbuk Kopi Campuran terus mendapat sambutan masyarakat dengan peningkatan penjualan. Maka pada tahun 1995 sebuah bangunan baru telah didirikan di tapak yang sama iaitu di Sungai Lokan. Bangunan yang berharga RM400,000.00 ini digunakan sebagai pejabat dan gudang simpanan biji-biji kopi..


***fuh memang layan...minum kopi cicah biskut kering!!!***





 AJINOMOTO


Ajinomoto Co., Inc. (味の素株式会社 Aijinomoto Kabushiki-gaisha?) (TYO: 2802 ) ialah sebuah syarikat Jepun yang mengeluarkan perasa makanan, minyak masak, makanan, dan bahan farmaseutik. Terjemahan harfiah untuk Aji no Moto ialah "Intipati Rasa". Nama ini telah dipergunakan sebagai cap dagangan untuk keluaran monosodium glutamat (MSG) syarikat.
Ajinomoto kini mengeluarkan sekitar 33% daripada MSG di dunia, dengan hasil tahunan sebanyak AS$9.84 bilion. Syarikat ini aktif di 23 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dan menggaji sekitar 24,861 orang pada tahun 2004.

Pada awal tahun 2001, Ajinomoto terbabit dalam sebuah skandal di Indonesia yang mempunyai sebahagian besar orang Islam apabila syarikat itu didapati menggunakan sejenis enzim berasaskan daging babi untuk pengeluaran MSG. Ini memberikan keertian yang ironik kepada cogan kata pengiklanan syarikat di sesetengah negara yang berbunyi: "Daripada bahan apakah Ajinomoto diperbuat?" Pada tahun 1917, sebuah khabar angin mengatakan bahawa Ajinomoto diperbuat daripada ular, tetapi ini ternyata tidak benar. Kini syarikat itu telah menukar menggunakan enzim yang dihasilkan dari kacang soya.


 *** manalah tak sedap kalau makan kat kedai...sebungkus mak aji di letaknya..huhuhu!!!..***








NOKIA

ialah pengeluar telefon bimbit yang terbesar di dunia (pada Jun 2006), dengan bahagian pasaran sejagat sebanyak lebih kurang 33% pada tahun 2006. Syarikat ini mengeluarkan telefon bimbit untuk setiap pasaran dan protokol utama, termasuk GSM, CDMA, dan WCDMA (UMTS).

Nokia ialah syarikat Finland yang terbesar, dengan lebih kurang separuh daripada pemodalan pasaran Bursa Saham Helsinki. Ini adalah satu keadaan yang amat unik bagi sebuah negara perindustrian. Nokia juga memainkan peranan yang amat besar dalam ekonomi Finland, dan penduduk-penduduk Finland telah banyak kali menempatkan syarikat ini sebagai jenama dan majikan yang terbaik.


***ramai org suka pakai nokia kan...senang nak guna!!***





PROTON


PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.
Pemegang saham terdiri daripada:
  • Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
  • Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
  • Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

Kilang PROTON terletak di:


*** kalau harga proton lebih kurang sama ngan kereta nissan,honda,toyota..korang rasa still nak pakai proton tak..hehehe***








PIZZA HUT

Pizza Hut diasas pada tahun 1958 oleh dua orang penuntut kolej, Dan dan Frank Carney di Wichita, Kansas. Syarikat itu memperoleh kesedaran seluruh negara dalam kempen pengiklanannya yang sulung, iaitu "Putt Putt ke Pizza Hut," yang diperkenalkan dalam televisyen Amerika Syarikat pada tahun 1965. Syarikat itu dibeli oleh PepsiCo pada tahun 1977.
Pizza Hut dijadikan sebagai sebuah syarikat sampingan "Restoran-restoran Sejagat Tricon" ("Tricon Global Restaurants") pada Oktober 1997 dan syarikat induknya kemudian dinamakan Yum! Brands, Inc.. Lambang Pizza Hut yang paling nyata ialah reka bentuk tanda dagangnya yang menonjolkan bumbung restoran berwarna merah yang mencerun ke atas; reka bentuk terkini digunakan mulai dari tahun 1969, dengan pindaan pada tahun 1999.
Peliknya, walaupun Pizza Hut beroperasi di seluruh dunia, ia tidak pernah memasuki pasaran Itali.



 *** tetiba cam lapa lah pulak...nak pizza satu..tolon anta yer...***






 ADABI

BERMULA dengan dua produk kegunaan harian pada awal 1970-an, siapa sangka ia terus menjadi titik tolak kepada pengasasnya untuk mula mempelbagaikan produk bagi memenuhi pasaran semasa.
Nama Datuk Syed Manshor Syed Mahmood mungkin jarang didengar tetapi sumbangan dan peranannya dalam memajukan produk rempah ratus jenama Adabi tidak dapat dipertikaikan lagi.

Pada tahun 1984, kumpulan pertama produk-produk ADABI dihasilkan di sebuah kilang kecil bertempat di Kawasan Perindustrian Ringan Batu Caves. Semenjak itu, usaha kami telah berkembang dengan pesat. Dari Batu Caves, ADABI telah berpindah ke kilang-kilang yang lebih besar di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Kepong pada tahun 1986 dan membina kilang pemprosesan tambahan di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Ehsan pada tahun 1990 dan 1992.


***rempah kari daging dia mmg best...***


ha!!!...penat aku dok mncari info pasal brg2 yg selalu kita guna,pakai dan lihat...sebagai panduan diri sendiri dan kamu juga..harap kamu smua suka ok..enjoy!

Saturday, April 23, 2011

apa yg harus kita tahu tapi tak pernah ambik tahu..huhuhu!


susu dutch lady

Dutch Lady Milk Industries Berhad (“Dutch Lady Malaysia”), peneraju industri tenusu berkualiti Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1963. Ianya juga syarikat tenusu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968. Pemilik utamanya adalah Royal FrieslandCampina NV, suatu syarikat multinasional Belanda dan antara syarikat tenusu terbesar di dunia. Permodalan Nasional Berhad pula adalah pemegang saham kedua terbesar.


 ***hari2 kita bg anak kita minum susu kan...jd kenalah th sikit mengenainya...***







 KFC

Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc.
KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad.

restorant KFC pertama di malaysia dibuka pada tahun 1973.


***inilah makanan yg rakyat m'sia dok gemar sangat...bahan2nya pun rahsia..kalo letak *%$#** pun kita tak th kan...dah namanya pun rahsia!!..huhu..***







 petronas

PETRONAS Dagangan Berhad, yang tersenarai di Bursa Malaysia,  merupakan pengedar barangan petroleum terbesar di negara ini dengan penguasaan pasaran keseluruhan melebihi 40 peratus untuk tahun kewangan berakhir Mac 2006.
Petronas merupakan agensi tunggal yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengawal pengeluaran petroleum di Malaysia Aktiviti huluan dan hiliran yang dilakukan oleh syarikat Shell, Exxon, BP, Esso dan lain-lain di luar pantai Malaysia mestilah dikawal oleh Petronas. Petronas merupakan antara firma terbesar di dunia dalam senarai 500 Fortune Global. Petronas mempunyai 4 anak syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan telah meneroka di peringkat global di lebih 33 negara seluruh dunia terutama di Iran, Sudan, Thailand dan Indonesia.



***hari2 isi minyak.....tapi tak pernah nak ambik tahu..kihkihkih!!!***








HONDA


Honda ialah sebuah syarikat pengeluaran yang ditubuhkan oleh Soichiro Honda pada tahun 1946. Pada awalnya, syarikat ini dikenali sebagai "Institut Penyelidikan Teknik Honda" di Hamamatsu, Jepun, dan dua tahun kemudian nama syarikat bertukar kepada Syarikat Honda Motor.
Pada peringkat awal, Honda menumpukan perhatian kepada penyelidikan dan pengeluaran motosikal. Produk awal Honda ialah motosikal 50 cc, dengan setengah kuasa kuda yang dikenali sebagai 'Jenis-A'. Pada waktu itu, penyelidikan Honda sangat dipengaruhi oleh Perang Dunia II di mana petrol sukar diperolehi dan pengangkutan awam sangat tidak efisien akibat peperangan. Honda pernah mengeluarkan bahan bakar sendiri yang diperbuat daripada pokok pinus. Kereta pertama Honda dikeluarkan pada tahun 1963, iaitu kereta dua tempat duduk. Pada masa kini, kenderaan buatan Honda telah menjadi ikon dunia.




***jenama ni lah paling top sejak zaman jepon dulu...ingat kat moto honda cup bapak aku..heeee***









 Gula

Pengeluaran gula negara kini dikuasai oleh empat kilang iaitu:-
  1. Malayan Sugar Manufacturing (MSM),Prai, Pulau Pinang
  2. Central Sugar Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor
  3. Gula Padang Terap (GPT), Padang Terap, Kedah
  4. Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), Chuping, Perlis.

Gula merupakan sejenis pemanis yang telah digunakan oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu untuk mengubah rasa dan sifat makanan dan minuman. Dalam kegunaan am, orang-orang yang bukan ahli sains menggunakan perkataan "gula" untuk bermaksud sukrosa atau sakarosa yang merupakan disakarida berhablur yang berwarna putih

***yang ni pulak...hari2 kita guna ... bak kata P.Ramlie..bagaikan irama dan lagu...kalau terlebih~bagai gula dan kencing manis..huhuhu****




cukuplah setakat ini..lain kali kita selidik lagi latar belakang benda2 yg ada disekeliling kita..



 

Thursday, April 21, 2011

semalam






semalam.....
ada malam yg ku tinggalkan
bersama mimpi kita
bersama suara lagu rindu...


mencarimu..
umpama malam2 tanpa semalam
menyintaimu ...
umpama membakar bulan..




Wednesday, April 20, 2011

bila hujan turun





hujan....bila hujan dah mencurah2 turun...akulah orang yg paling happy dalam dunia...
nak tahu pasal apa...heeee..sbb xderlah en.suami tu asik nak keluar je jumpa kengkawan...th pulak dia lepak kat umah!!!!!
kalau tak..asik hilang jer..susah nak tengok muka..entah apa yg dibuat kat luar sana..TAWAKAL jerlah..
huhuhu.....
bila sebut tentang hujan..apa yg terlintas kat kepala korang...
kalau aku..bila time ujan2 camni aku akan ingat benda2 ni...
jom tengok..adakah apa yg aku fikir sama dgn apa yg korang fikir....
layan........






alangkah indahnya dapat tido lena macam baby comel ni....lagi best dapat pelok bantal golek yg bau bucuk....wah..mataku pun sdh hampir layu..heeee








dapat pulak makan time hujan2 ni..mmg layan..makan apa pun x kisah janji kenyang..bolehlah sambung tido
dgn syookk nya...la..la..la...  





 

tapi yg ni paling nostalgia....ingat lagi kalau hari hujan jer,aku ngan abg aku mesti curik2 keluar rumah..
bila mak tak perasan kami berdua mandi sakan...mana2 yg ader air bertakong tu abis kami kerjakan...
bila ingat balik,manalah mak aku tak histeria bila tengok aku dah macam itik main air lopak...

itulah kan dulu2 kalo main ujan jarang nak demam2 ni..tp bebudak skrg baru kena ujan sikit dah demam,selesemalah..batuklah...tak paham tul!!!


jeng..jeng..jeng..
yg terakhir sekali bila time ujan....hah !! tu pesal dok sengih2 tu..amboi2..
korang ingat aku ni pengantin baru ke..bila time ujan dok ingat *%$#**!(18sx)jer... 

nak tahu apa yg paling best bila time ujan2ni selain tido,makan,main ujan...
aku paling suka baring2 sambil dok belek2 album lama...
mulalah airmata nak meleleh....kejap sengih..kejap sedih...maklomlah dah tua2 cam ni....emo lebih sikit...

korang pulak....suka buat apa time ujan2 camni....huhuhu...

kalau dah tak th nak buat apa tu....pergilah tido!!!!!!...


zzzzzzzzzzzzzzz  zzzzzzzz ... jap2....lupa nak ajak en suami sekali...heehehe!!!.zzzzz






 

Tuesday, April 19, 2011

andai ku tahu....




Tanda-tanda kematian semakin hampir.

100 hari sebelum mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau
mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika
ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT
semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan
diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat
membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari
Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang
piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha
berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati
seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu
samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah
ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita
diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang
salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM
Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati
hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian
kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua.
Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita
semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal.
Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri
saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah
kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

******* BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA *******





kesian anakku...




damea....
hari ni damea nangis lagi....sedihnya rasa hati bila tengok damea menahan kesakitan...
kesian dia...tapi anak perempuan aku ni mmg lasak..lebih dasat dr abang dia..
kalau main dgn abang..selalu abang kena belasah ngan dia....
4 hari lepas bila en.suami pulang dr entah mana..damea terus berlari mngejar en.suami..
oleh kerana keganasan melampau(main terkam jer)..kaki dia terkena ekzos moto...
melekatlah kulit kaki kat ekzos tu....aku yg memandang ni...mcm nak luruh jantung!!!!
sampai demam2 si damea ni...agaknya sakit sangat kot...
yang nak marah tu..baru jer luka tu nak kering...dia pergi kopek2 pulak...
adoi....hai.....!!!!
bila dia tido jer baru aku boleh sapu ubat kat kaki dia..kalau dia celik jgn harap nak letak ubat....sebatu dia larik....dan lihat hasilnya....inilah tanda budak hebat kata en.suami!!!



  

semoga luka damea cepat sembuh...parut tu mmg x boleh hilang...sebagai tanda ingatan buat damea....
lepas ni jgn agresif sangat....main terkam jer...!!!

tapi bila tengok dia tahan kesakitan tu,hati aku pun rasa pedih..sebakullah jugak aku mbebel kat en.suami sbb x tengok anak betul2...jawab en suami~kalau mama rasa sedih tengok kaki damea,dady ni lagi rasa pedih sbb cuai...!!!emmm...harap lepas ni kami lebih berhati2 menjaga permata hati kami....



Sunday, April 17, 2011

aktiviti hujung minggu



adoi....dah 3 hari aku x jengok blog kesayangan ni...agak sebuk.Anak dara aku demam!!
kenalah jaga dia 24 jam...kebetulan pagi ni damea macam dah sehat sikit..maka aku pun ajak anak2 pergi
layan aktiviti yg dianjurkan oleh Pusat Masyarakat DUN meru & JKKK kg meru..
Banyak aktiviti menarik yg ader...datang2 jer pukul 8.30 pagi we all daftar dulu..ambik nombor cabutan bertuah..mn th,ada rezki...huhuhu!!!!



lepas daftar n ambik no (173) aku daftar pulak anak lelaki aku masuk pertandingan mewarna...
happylah dia...sementara tunggu anak lelaki aku mewarna aku layan motivasi keluarga bahagia...



best jugak ceramah dia...tp nama penceramah tu lupalah pulak..hehehe..(mata fokus kat hadiah cabutan btuah)..ngengenge....




aku buat pemeriksaan kesihatan percuma..alhamdulillah..semua ok..mungkin sebelum chek tadi mood baik..huhu..



si damea ni pun sempat chek gigi percuma..siap dapat berus gigi free lagi...seronok bukan main lagi dia..doktor cakap gigi damea santekk..hehe..boleh tahan sampai gigi kekal keluar...balik umah terus guna berus gigi baru..heeeeeeee



ni aktiviti kaum bapa..menembak!!! ader berani.....dan seperti mana yg korang nak tahu..ALHAMDULLILLAH..patutlah tangan kanan aku ni rasa gatal..sekali aku punya nombor bertuah di panggil..dapat hamper besooo punya...no aku 173...berbaloi2..



ni muka seronok dapat naik pentas ambik hadiah....nampak tak hamper kat sebelah kitaorg tu..nampak separuh jer....ramai org kat situ,malu nak ambik gambo beria2...kontrol...heeeee...


so itu jerlah pengalaman manis yg dapat aku kongsi bersama korang semua pagi ni...
yg paling best anak2 aku happy...xderlah terperuk jer kat rumah..harap ada lagi aktiviti best macam ni lain kali..(dgn harapan nak menang cabutan bertuah lagi)huhu..




Thursday, April 14, 2011

macam2 hal



macam2 hal....inilah nasib aku yang terpaksa menerima segala macam keadaan
apabila duduk di rumah teres paling ujung dunia..berhadapan pulak dgn deretan rumah sewa ..Lebih malang lagi apabila deretan rumah sewa itu di sewakan kepada warga asing.Sudahlah mereka ramai.
beranak pinak.suka buat bising,tidak menghormati aku yg berIC biru ni...dan pagi tadi.....
jeng...jeng....



aku dengar suara bising2...mcm bunyi org bergaduh....Aku pun selak langsir..mengintai.
Aku tak nampak apa2,cuma bunyi bising tu dtg dari rumah warga asing betul2 depan umah aku...tetiba...
gedebuk!!!!...terperanjat beruk aku lesung batu terbang betul2 depan mata aku..sikit lagi nak kena kereta aku...pastu bunyi org menjerit2 dgn bahasa yg aku sukar nak paham...tetiba
seorang pompuan indon dgn gagahnya berlari keluar,dgn tak berselipar.....rupanya mengambil seketul batu-bata kat umah aku untuk di lontar pada seorg lagi pompuan...Ya AMPUN!!!! bisingnya....
macam CINETRON yg selalu korang tengok tulah(aku x suka tangok)
bukan setakat batu bata,lesung batu,selipar dan segala barang dilempar sesuka hati...
apalagi darah tinggi aku pun naik mendadak.....Ni memang nak kena ni dalam hati aku ckap..karang kalau
berlubang keta atau tingkap umah saper nak ganti...Baru jer aku nak bukak kunci rumah..aku tengok salah seorang pompuan tu tengah memegang parang..mak ai...punyalah panjang parang tu...
Cepat2 aku kunci pintu balik...pastu bertambah ramai geng2 diaorg dtg...dah macam pasar malam!!!



Inilah yg terpaksa aku lalui apabila berjiran dgn pelbagai jenis warga asing...aku pelik dgn sikap
kurang ajar mereka.langsung tak th hormat orang..suka2 hati mereka ajer...Bila aku fikir balik..ini semua salah
org kita jugak...suka sangat sewakan rumah dkt warga asing..bila mereka dah ramai,mereka membentuk koloni...kononnya kalau warga asing,tiap bulan bayar cantik..tp mereka tak pernah th kalau satu rumah duduk sampai 20 org mmglah bayo cantik...
sudahlah mcm tu bercampur lelaki pompuan...
bila di tanya,jawabnya mudah,adiklah,kakaklah,abglah....sedara baru sampai dr seberanglah...



Rasanya dah tak tertahan lagi aku duduk kat sini..apa nak buat..taik kambing bulat2...
kalau en suami datuk K ke,datuk T ke,bolehlah buat banggalow kat atas gunung ledang....


apa yg boleh aku buat hanyalah bersoba........polis dah jumpa,ketua kampung dah jumpa,rela dah jumpa...
jawapan mereka........sama!!!!! x boleh nak wat apa....
bila time operasi sekor org pun xder.....
macam mana nak membesarkan ank dalam persekitaran macam ni...
emmmm...entahlah...


nak kena baca BUKU JINGGA ni...hehehe!!!!!




**lupa nak kstahu,diaorg bergaduh pasal curik bawang buat masak meggie**






Wednesday, April 13, 2011

tolonglah sabarkan aku!




Tolong....
tolong beri aku kekuatan itu..
untuk tidak menjadi dungu,
untuk tidak membakar kamu...

tolong....
tolong beri aku kesabaran,
agar aku bisa tersenyum
biar pun ada api dlm hati
dan ada asap keluar dr cupingku..


tolong...
tolonglah alih kereta kamu
kau th sudah 2 jam aku menunggu
sila cepat sebelum angin dtg menderu
menyapa tubuhku
dan aku btukar jadi biru.....


tolong...
tolong pegang tanganku..aku mahu ketuk pintu rumahmu.
oh jiranku...
x terfikirkah kamu..deritaku
tatkala kau suka hati parking
sehingga aku x boleh lalu
sudah naik jemu aku menghon mu.
sehingga kau hempas pintu..


tolonglah...
aku pun nak keluar jugak...
xkanlah setiap hari aku nak mngetuk pintu rumahmu,
atau menghonmu.atau menjerit memanggil namamu..
sekiranya sudah acapkali kau lakukan itu..
bermakna itu kau sengaja....
mengukur tahap sabarku...


oh...... tolonglah aku...
apa lagi yg mampu aku lakukan...
haruskah ku bakar keretamu itu...


P/s: jgnlah parking sesuka hati..kesianlah kat jiran tu..setiap kali nak lalu mesti nak kena bgth...timbangrasa lah..berilah laluan pd org lain,,semoga ALLAH turut membuka jalan padamu...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...