Friday, March 11, 2011

hujan2 perut pun lapo..

Hujan2 mcm ni apa lagi kalau tak cerita pasal makan.
Wah,mmg syok dapat mengisi perut time rintik2 hujan membasahi bumi
Lagi sedap dapat melepak kat warong ke,cafe ke,apa2 jerlah janji x payah
bersusah payah nak kena masak sendiri..heehe
jom kita terjah makanan yg paling layannn time redup2 begini...


minum kopi panas..sruppppp....grrrr....adoi...menggelupur lidah..lupa nak tiup...hehe



kalau tak suka kopi kita layan tea tarik lah...kasi kaw2 punya..pastu kncing manis pun jd shabat sjati..huhu




sedapnya...kopok leko,cicah sos..kalau masih panas lg syokk..takut dah sejuk kang liat pulak..


mee goreng mamak..adoi..mmg tak tahan..berasap tekak ni....







satey pun ok gak...tp time petang2 cam ni jarang jual satey..kalo nak tunggu magrib sikit yer...





wah yg ni mmg teruja ..rojak mee..sedap bro..nak2 kalo cekodok tu masih rangup..kuah pun sedap.ala2 manis+pedas..nyummy


yg ni pulut sambal bilis..kalau saing sekali ngan kopi o panas..mahu tak rabak bijik mata.mak mentua lalu pun kompom tak nmpak...jgn tak caya...heee


roti canai garing2 kasi satu!!! siap!!!yg ni menu biasa time2 hujan ni...huhu


ubi goreng...wah kalau kat kampung aku ni mmg top...hujan2 mak selalu goreng,saing sekali tea o atau kopi o..rebut2 ngan adik beradik..mmg nostalgia..hehe


mee udang...huh..berpeluh ngadap semangkuk ni..kuah ni punyalah lazat..pastu layan pulak udang2 yg terkangkang tu..sedapnya.....

nasi ayam...nak tengok tempat jugak..kalo salah pilih ayam keras cam ayam plastik...pernah terkena dulu..hehehe
nasi paprik...penuh perut kalau makan habis...tapi mmg layan..pasal semua ada.....ada sayur,ayam@daging,nasik!lengkaplah..jempot makan..


pisang goreng....makcik bawah pokok tu selalu jual...beli rm2 pun boleh makan reramai..jimat dan kenyang!!!lupa nak tapau kopi o sekali...baru layan!


bila cuaca sejuk cam ni..apa kata kita tambah power..sup ekor kaw2 punya!!!terangkat abis..pas hirup sup,berasap bibir...hehehe

tapi...kalo malas sngat tambah pulak bugget yg ciput..kita rebus air tuang kat maggie ni pun ok gak...janji kenyang!!!pilihan di tangan anda..tepuk dada..tanya selera..tapi poket pun nak kena selok jugak..paham2 jerlah skrg ni makan kat kedai mn ader yg murah2 mcm zaman jepun dulu..hehehe.....layan...



Oklah..dah puas menjamu mata..jom kita fikir2 nak makan kat mn..pd yg ader org rumah tu
bolehlah call suruh masakkan apa2.Pada yg bujang tu pandai2lah nak hidup...hehe
ingat makn untuk hidup...bukan hidup untuk makan....huhuhu..enjoy!!!!selamat berhari hujan!!!

Thursday, March 10, 2011

buta

  

Apabila dia jadi buta
segalanya seakan tiada makna
puas sudah mengabdi diri
tapi tiada pernah pasti
buta itu menjadi temanmu
buta itu berlagu di jiwamu
...memakan aku

apabila aku membutakan mataku
seakan ada hanya kamu
itu yg aku tahu
hanya aku yg rindu
...memuja kamu

apabila mereka pula buta
kita jadi saksi
pada hakikat yang basi
mencengkam agar terus di dengari
menjadikan dia,aku dan mereka
buta hanya pada nama....

makcik kayo!

tajuk n3 x hingat..
 kayo ke....belom pun ,baru nak try
tp dengar cerita dr kwn2 masyuk jugak.
tak try tak th,so try jerlah...mn th ader rezeki...kalo tak cari mn nak dtgnyer itu rezeki kan..hehe
tp yg ni kerja manyak senang..just klik2 jer..(pemalas pun nak kayo jugak)heee.

pernah dengar heartbeat tak(HB)
yg selalu org dok sebut2 tu..dia cam nuffnang gak..tp don't worry
kalo korang joint program ni langsung tak effek kat korang punya nuffnang..(sudah ditanya sndiri sama pakcik nuffnang)..huuu

Cerita banyak pun tak guna kat sini aku sertakan tutorial nak joint iklan Hb ni.
ikut jer langkah2 di bawah ok
korang klik kat icon heartbeat tu dulu

bila dah klik carik perkataan dlm kotak merah tu dan klik ok


pas tu isi form tu ok...cam biasalah ..huhu..pas dah siap tu korang pun agree pastu kliklah continue ok..


pastu dia pun kua welcome n nama korang pun terpapar..terus klik joint HB ok


pastu keluar pulak form ni..apalgi isilah nama,alamat,emel.dan sbgainya


pas dah isi form tadi korang klik  my hb tu..nnti nmpaklah korang punya akaun ..heehe


pastu jgn korang lupa nak tampal banner hb tu pulak..ikut jer kotak merah tu..ok sila klik get a code


pastu kualah empat pilihan..korang pilihlah mn jenis yg korang nak tampal kat blog korang..aku cadangkan ko klik kat square tu..pastu boleh pilih mn satu bentuk suka.cam biasa ko ikut jer apa yg dia suruh untuk tampal kat blog.nmpak tak note kat atas tu...hehehe

ok jangan lupa ikut langkah demi langkah tau...macm biasalah bila nak tampal code kat blog.pergi kat
design,pastu new gagget pastu cari HTML...pastu bohlah mn side korang suka...tp yg paling penting silalah klik banner aku tu..penat aku dok taip ni..huhuu...


so..kat sini aku nak bgth aku tak kesah kalo korang nak copy paste pun...xder hal..hidup untuk berkongsikan..huhu..tp jgnlah kedekot nak linkkan ke blog aku..kesian kat tuan rumah ni...ok...enjoy!!!

Wednesday, March 9, 2011

cuti sekolah dtg lagi


Emmm..

Cuti sekolah dah nak tiba,biar pun cuma seminggu.Tapi kalau dapat jejalan ni
mmg tersangatlah best.Ingat nak bawak anak2 balik kampung.Tapi kali ni tak nak naik kereta.nak ajak diaorang naik bas pulak.mesti adventure.Cuma risau si adik tu lah pulak.Buatnya dia nak terkencing terberak,mahu nangis aku kat situ..harap2 dia boleh menggunakan teknik mengepit macam aku masa kecik2 dulu..hehehe...


Anak2 aku pun dah sebuk plan nak ajak aku gi mandi manda kat gambang water park.
nama jer gambang water park tu cuma 15 minit dr rumah mak aku,tp aku belom lagi sampai.
jiran2 aku yg dok klang ni pun dah 2-3 kali sampai..huhuhu..untuk tidak menghampakan anak2
maka dengan gagah perkasanya aku pun memecahkan tabung percutian family..heheh


jgn marah en.suami yer..konon2 tu tabung nak buat gi tioman,tp hati ku sudah tak tahan..mahu mandi
manda di kolam raksaksa..hehe..aku pulak yg melebih dr anak2..x suka!!!


Naik bas ke pantai timur (kuantan)memang best,dapat relax sambil cuci mata.
nak naik Sani ekpress ke,cepat ekspress ke,trannasional ke ..emm terpulang banyak pilihan!
Aku pun dah dekat bertahun tak naik bus ni...naik double decker pun syok jugak(bus 2 tingkat).
tapi cam gayat pulak..

peta negeri phg..jom belajar geografi..hehe



tu hari aku terdengar perbualan 2 org pakcik ni kat kedai kopi

PakcikA:  aku takotlah naik bus 2 tingkat ni
PakcikB: knapa ko takot pulak,2 tingkat lg best,boleh dok bwh,boleh dok atas
PakcikA: ush....Yg atas paling aku takut...bagi naik percuma pun aku tak mahu
PakcikB: kenapa pulak?
PakcikA: tingkat atas tu xder dreber..yg ader cuma kat tingkat bawah
               mahu aku tak takut...
PakcikB: adeh!!!













Tuesday, March 8, 2011

gara2 tokek

Siapa yg x kenal binatang yg namanya tokek
Semua org tahu,binatang spesis cicak ni harganya serupa emas..
semua orang cuba untuk memilikinya..


Berbalik pada cerita aku sebelumnya..
Hari ni aku pergi rumah bapak mertua,nak antarkan lauk tengahari.
Biasanya aku malas..tp hari ni rasa cam rajin pulak.
Sebab yg paling kukuh,kat umah ada kenderaan so senanglah aku nak ke rumah mentua aku.

Masa aku datang abah(pak mentua)tengah solat zohor.so aku ngan damea(anak aku) tunggu jap kat luar.
Kesian atok dok umah sorang2...bila dah dekat sejam lebih kat situ aku pun nak gerak balik pasal kejap lagi
anak lelaki aku balik dr sekolah.masa aku jalan kat garaj tu tetiba....

Aku nampak kotek tokek...
macam cicak tapi besar sikit..pastu badan dia ada sikit dot..dot
Oleh krn aku ni spesis takut ngan haiwan ala2 cicak tu..aku pun jerit..
"atok2.....ada tokek!"..
Pak mentua aku pn suruh tangkap.tp aku takut.Pak mentua aku tu dok kat kerusi roda
pasal dia tak larat dah nak jln...tp oleh krn semangat ke tokek an...huhu
Sanggup pak mentua aku tu dok berdengkot2 jalan..sampai ke garaj...
sekali tahu apa dia cakap...
"la........itu sumpah2...bukan tokek!"
apa lagi aku ngan bapak mentua aku pun gelak sakan...huhuhu...

inilah pak mentua aku..ni gambar masa raya 2 thn lepas..hehee

Korang th kenapa aku rakus sngat bila nmpak binatang tu..
pasal itu hari anak jiran aku umur 8 tahun jual tokek dekat rm2500 dia dapat.
mak ngan bapak dia yg amik duit tu..budak tu dapat beli jajan jer...huhuhu!!
kesian pak mentua aku....bersusah payah berdengkot nak tangkap tokek yg sbnarnya sumpah2..heee


OK...untuk info pada yg nak tahu pasal tokek silalah baca disini.aku copypaste jer..huhu

Kajian Sains Yang Menarik Tentang Tokek
Salah satu contoh,daging tokek di gunapakai dalam bentuk makanan atau serbuk dipercayai menyembuhkan pelbagai penyakit seperti penyakit kulit, asma dan juga meningkatkan stamina lelaki. Tapi sampai sekarang tidak ada kajian yang pasti mampu menunjukkan keberkesanan perubatan menggunakan tokek.

Sebuah pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Prof Wang dari Universiti Henan China telah melaporkan Penemuan ini dan diterbitkan dalam World Journal of Gastroenterology. Tapi ada noresearch pada kajian farmakologi (kajian tentang interaksi antara ubat-ubatan, sistem dan proses kehidupan) dari tokek, bahawa mekanisme kerjanya sebagai anti-tumor masih belum dikenal pasti sehingga ke hari ini.

Dari hasil laporan amalan klinikal yang diterbitkan oleh Medicalnewstoday, Tokek tidak hanya memperkuat sistem kekebalan organisma, tetapi juga boleh menginduksi sel tumor opoptosis sel tumor iaitu yang boleh merosakkan dirinya sendiri. Dalam amalan klinikal, pasukan penyelidik menggunakan tikus betina dalam proses kajian. Selain itu,tokek juga dipercayai menurunkan tindak aktif aktiviti VEGF dan protein bFGF. Protein ini akan menjejaskan pertumbuhan sel kanser. Kesan peningkatan sistem kekebalan dikesan berdasarkan kelenjar timus yang dapat menghasilkan sel-sel kekebalan di leher, pagosit dan sel limpa. Dikenali penurunan ekspresi VEGF dan bFGF protein, dan perbaikan sel apoptotik yang dapat membunuh sel tumor.
 



 

Saturday, March 5, 2011

Surat buat emak

Emak...

Semalam anak emak iaitu suami saya ajak saya teman mak pergi hospital.
Pada mulanya sy keberatan sbb tak mahu tinggalkan anak sy dirumah.
Tapi suami beritahu sy bahawa sy harus melakukannya demi menunjukkan contoh dan teladan 
yang baik pada anak2 saya.Jika sy selalu culas menjaga emak yg sakit,nnti anak2 sy juga
akan melakukan itu pada sy.Suami kata,ALLAH sentiasa membalas perbuatan baik buruk kita.
Terima kasih mak,
kerana lahirkan anak yg baik.Anak yg banyak menjadi pembimbing saya.

Pagi tadi..Sy dan suami bangun awal.
Kami bersiap untuk bawa mak berjumpa doktor.Sy lihat mak sudah banyak berubah.
Mulut mak yg sering mengomel itu ini,sudah tidak kedengaran lagi.
Tubuh sasa mak juga sudah berubah.Mak kelihatan pucat.Sudah banyak kali mak kena bedah.
Dari satu, kesatu masalah yg mak hadapi.Saya tahu mak kuat semangat.
Mak cuba melawan rasa sakit.Saya tahu itu.
Perjalanan ke hospital SRI KOTA,terasa lambat.
sepanjang perjalanan emak hanya membisu.Tidak seperti dahulu.

Jika dahulu,Suara emak hampir membuatkan saya menutup telinga.
..Sesampai kita di hospital,suami menolak mak menggunakan kerusi roda krn mak tdk boleh bjalan.
Tulang pinggul mak retak.Darah beku mula menjalar keseluruh kaki kiri mak.
Dan yg terkini,sudah 2 hari mak x lalu makan.Darah hitam keluar laju bila mak buang air besar.
Mak...
sy tahu mak tak ingin semua itu.Tapi ini dugaan buat mak.Sy harap mak mampu hadapinya.

Sekali lagi mak kena tahan di wad.Sementara tunggu urusan kemasukan wad,mak duduk di kerusi roda.
Mak kata kepala mak lenguh sebab tak boleh bersandar..
Tiba2 anak lelaki mak berdiri dibelakang mak.Anak mak suruh mak letak kepala mak di perutnya.
Sy sangat terharu mak...
Terima kasih sekali lagi pada mak kerana melahirkan lelaki itu buat saya..
Anak mak sungguh lembut melayan mak.hampir setengah jam dia berdiri menjadi dinding tempat mak
bersandar.....
emak,tadi bila sy teman mak kat wad,sy tengok mak lelap.Nafaz mak turun naik.
sy suruh mak makan,tp mak tak mahu,sy pujuk mak baik2.
sy kata mak mesti makan kalau mahu cepat jumpa abah(bapa mertua).
Bila sy kata begitu mak laju suruh sy sudukan bihun sup di atas meja.Mak makan juga
biar pun tak banyak.Sy beri mak minum milo.Laju mak meneguk air.
Terima kasih mak sebab sudi mendengar kata sy.
Emak..
Biarpun emak bukan ibu kandung sy.
Sy sayang pada emak.Kerana tanpa emak,sy takkan ada anak lelaki emak.
Cuma kdg2 sy jarang2 dapat bersama emak,bukan sy sengaja mak..
tp sy cepat tersentuh,sy malu bila airmata sy gugur didepan emak.Sy cepat sebak bila lihat emak.
Sy tahu sebagai seorang menantu mungkin sy ada buat silap pada emak..
Emak ampunkanlah dosa2 sy..
Saya doakan mak agar cepat sembuh.Cepat berjalan mcm dulu2..(selalu curi2 jln kerumah sy).
Emak...
di kesempatan yg ada ini..sy mohon beribu2 keampunan,halalkan mkn minum sy dan anak lelaki mak. 
Halalkan setiap titis susu yg mak berikan pada suami sy.Doakan sy dan keluarga kita akan terus bersama yer mak!!!
Sy sayang mak sangat2.
tak kira walau apa keadaan mak sekali pun...Dan pada semua anak2 mak,menantu2 mak,cucu2 dan keluarga mak...doakanlah agar dipermudahkan segala urusan mak di dunia dan akhirat kelak...akhir sekali,i love u mak!!!




aku dan emak....kenangan kita bersama di sri kota...
emak tengah tido lena....sian mak!



mak ngah,mak usu,aku n emak....smua sengih kecuali mak..mak takut sengih pasal xder gigi..huhu





Friday, March 4, 2011

malam yang sentimental

Biasanya..
apa yg nak kita buat bila mata sukar lena.

...Dah hampir sebulan mata aku susah nak pejam,kadang2 sampai ke subuh!
Adakah ini penangan berblog..maklumlah org baru mcm aku..
Seronok bila singgah kemerata blog org lain.
ada mcm2 cerita,ada suka,ada yg emo,ada yg sedih giler.. ada jugak yg mengarut!

Tak Kisah..korang nak mengarut pun aku tetap layan.
bagi aku dah blog sendiri..jd suka hatilah..Cuma kalau yg tahap terlampau tu,
ngeri jugak nak FOLLOW..heeee


Tapi ..yg paling aku musykil(pasal aku org baru)aku jumpa satu blog ni..
Dalam blog dia,asik merayu merayan suruh klik iklanlah,suruh klik bnyak2 pulak tu..
dah tu siap taip..'tolonglah klik iklan sy..sy nak pakai duit ni..tolonglah!!!
Adoi..boleh pulak macam tu..pelik...setakat suruh follow memollow tu oklah...
takyahlah merayu merayan...lg pun kita nak cari duit poket pun kenalah IKHLAS...




eh..membebel pulak aku ni....sorry!!!
Dan..dalam banyak2 blog yg aku baca mlm ni ialah blog sedih ni...
sedih habislah..meleleh airmata aku bila membacanya..Fuhh

Kerinduan seorang ibu terhadap anaknya yg dibawa lari keluar negara..

Bagaimanalah agaknya kalau kita dipaksa untuk berjauhan dgn insan yg paling kita sayang
iaitu ANAK.
anak yg kita kandung selama 9 bulan,berkongsi darah,berkongsi makanan.
Bagaimana mahu di bendung rasa rindu yg mencengkam kalbu.
kerinduan yg tiada bertepi.Yg tinggal hanya kenangan.Secebis ingatan..
Oh tuhan!!! tak dapat ku gambarkan derita rindu itu...Kalaulah aku di tempatnya,

adakah aku setabah dia..

 
ellis n ferris!!emm...

semoga satu hari nnti ferris akan bertemu dengan ibu yg amat merinduinya..air dicincang takkan putus.percayalah!!






 

Wednesday, March 2, 2011

Alangkah indahnya jika....

BINGIT!!!!

Itulah yg aku rasakan sekarang.Cuba untuk tarik napaz dalam2 n hembus!
Tapi still angin meroyan aku taknak hilang.
Orang kata surirumah ni relex memanjang..
Saper kata...
Cubalah sendiri kalau nak tahu...Kalau yg dah biasa kerja tu,
baru cuti seminggu dah berasap ketiak nak pergi kerja balik...


Bukan tak puas hati sbb kena jg anak2,kemas rumah n memasak tapi..
Kadang2 tu rs nak terkangkang jer...huhuhu...



Tiba2 kepala otak aku boleh terfikir...oh!!!
Alangkah indahnya kalau dapat bersantai2 sambil minum air coconut.
Bukak2 mata jer nampak pantai..nampak Laut.....fuh..layan!!!


Jom kita cuci mata dan otak..
tengok2 permandangan indah ciptaan tuhan......



syoknya...tengok matahari terbenam,dgn org tersayang..ohhh!!



bayangkan korang tengah duduk kat kusi tu..layan abiss..




wah...clear water..huhuhu




lepak bawah pokok coconut sambil minum air coconut..huhu





subhanaullah...chanteknya!!!!




mak penyu...saya nak ikut boleh tak....heeee










nampak tak aku tengah baring dalam bot tu...huhuhu!!!
InsyaAllah..Ader rezki kita semua sampailah kat sini.  

Aku sangatlah suka laut,suka pantai..
kalau balik kampung mesti singgah kat cherating,balok,batu hitam...dll
Patutlah aku dah meroyan rupanya dah hampir 2 bulan tak jengok family kat kg..
haha...baru 2 bulan dah mcm 2 thn pulak...huhu.....aku suka pantai...hehehe



     

Tuesday, March 1, 2011

duit ku terbang melayang

Semalam adalah last day untuk bayar SAMAN..Hari ni kalau tak bayar lagi dah kena 
senarai HITAM.

Dari hari tu lagi aku mmbebel dekat en.suami suruh bayo saman yg menimbun tu..
Tapi dia mmg suka bayar last minute..Jadi padanlah muka dia!!!
pasal kena merata cari tempat yg x ramai orang..huhuhu...


Nah kau,berapa ramai org kat pejabat pos!!
lagi nak hangin semua sistem jem..hahaha!!!tahniah!!!
Mula2 dia pergi pejabat pos klang,sistem pancit!
pastu pegi pejabat pos bukit raja...pancit jugak!!
sekali...rupanya yg dekat depan umah jer yg ok...Pejabat pos TESCO-setia alam!!  




Ituhari pergi semak ada 5 saman jer,
sekali semalam cek..jd 7 saman..hambik kau!!!
itulah ciri2 pemandu berhemah..
Tara!!!!



lima keping ni-ada yg 2 kesalahan,3 kesalahan..
em...yg paling x tahan ada 2 saman pasal lampu ke3 tak menyala...
kalau xder diskaun kena bayar dalam rm2100,




selapas di diskaunkan jadilah rm1000 lebih..hahaha!!!



Tahniah pada en suami..kerana tolong bayo saman aku sekali,
kesalahan:cuba teka apadia...nak tahu ke..
kesalahan aku senang jer,yang biasa korang pun buat..tak pakai tali pinggang!!
Lepas ni jgn sampai kena saman lg...pasal bayaran saman dah mcm utang kat ALONG



lambat bayar..bunga naik..huhuu!!!bagus betul kan...
selamat memandu dengan tanpa di SAMAN.. 


Kat sini ader sikit maklumat pasal kadar kompaun baru-mulai mac 2011


Kerajaan hari ini mengumumkan penyelarasan kadar kompaun dan penyusunan semula kategori kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan polis, Jabatan Pangangkutan Jalan (JPJ) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2010), berkuatkuasa 1 Mac ini.

Penyelarasan kadar tersebut dibahagikan kepada empat kategori yang membabitkan kadar yang berbeza bagi motosikal 250cc ke bawah dan kelas kenderaan lain (lebih 250cc). Kadar kompaun baru itu hanya dilaksana terhadap saman yang dikeluarkan mulai 1 Mac ini mengikut prinsip "lebih lambat membayar, lebih tinggi kadar kompaun".

Sistem baru juga akan mengenakan kompaun berganda kepada pesalah trafik yang melakukan kesalahan berulang dalam tempoh dua bulan dari tarikh kesalahan pertama dilakukan.

Sistem kompaun baru itu turut menawarkan lebih banyak pengurangan kadar kompaun sekiranya pesalah lalu lintas melunaskan bayaran lebih cepat iaitu dalam tempoh 15 hari pertama, 15 hari kedua dan 30 hari berikutnya kecuali bagi kesalahan serius dalam kategori pertama.

Saman lalu lintas yang tidak dibayar selepas hari ke-60 ia dikeluarkan akan terus didaftarkan sebagai kes di mahkamah dan tidak ada kompaun dikenakan sebaliknya hukuman akan dijatuhkan oleh mahkamah mengikut akta berkenaan.       

Sunday, February 27, 2011

dah tak meleleh lagi..yummy!!

Wakaka...
      Tajuk tak hingat!!! apa yg dah tak meleleh lagi tu?..
Apa lagi..Air liur akulah...cam gini ceritanya..Pada suatu hari..bla..bla..bla..

Aku selalu dengar kat dlm blog,kat Fb,kat tv..malah adik ipar aku tu dok sebut2..
Kek red velvet..Bunyi dia cam gigil satu badan..Mula2 aku pun dok skodeng kat google 
apa jenis kek ni..Mak ai..cantiknya!!!

Aku pun tengoklah harga dia..Amboi..sampai rm100 lebih sebijik!!!Wah!!
Ni kek kelas atasan lah ni...mesti sedap giler..

Oleh kerana aku ni mmg suka membaking..Aku pun trylah! daripada nak membeli,
baik buat sendiri...Dan hasilnya..TARA!!!!!



 

Cantik tak kek red velvet aku ni...

Buat kek ni mmg leceh sikit,banyak step.kalau yg dah biasa membaking tu..kacang jerlah!
Tapi kalau yg baru nak cuba kedapur tu...alamatnya berseleraklah dapur kau nyah!!!


Lepas ni x yahlah nak terliur2 lagi..dah boleh buat  pun...huhu..jgn jeolous erk!!!
Kalau korang nak cuba buat sendiri  pun boleh...makan puas2...hukhukhuk!!
cheese....oh..mmg tak tahan...!!!nak resepi ke...sangat malas nak taip..korang skodeng jerlah kat 
member2 blog aku yg mmg buat blog for resepi..hahaha..!!(ini org mmg pemalas)...





sebenarnya yg ni dah siap potong,nak anto kat umah adik ipar aku...dr ari tu dia dok sebut2..

rasa dia mmg sedap giler..aku buat marble chese kat atas velvet kek tu..mmg layan abis!

kat sini aku ader sikit info pasal cake red velvet ni...copy n paste jer..huhu...

Popularity and Prominence of Red Velvet Cakes

By the 1960's, recipes for red velvet cake were appearing across the nation in newspapers such as The Washington Post and Spokesman-Review with names such as "Red Carpet Cake." Red food coloring now featured as a prominent, and essential, ingredient along such other basics as buttermilk, cocoa powder and vinegar.
While red velvet cake has always been popular throughout the southern United States, it enjoyed renewed popularity across the nation in 1989, following an appearance in the popular movie Steel Magnolia's where it was shaped like an armadillo groom's cake. More recently, in 2002, it was selected by singer Jessica Simpson to serve as the flavor of her five-tiered cake served at her wedding to Nick Lachey. Since then it has been featured in cupcake form topped with mountainous dollops of cream-cheese frosting at bakeries nationwide.



Rasanya..korang mesti kena rasa kek ni biar pun cuma sekali!!

memang fantastic...nyummy...Selamat menjamu Mata.....layan!!!






 

Saturday, February 26, 2011

jangan tiru perangai ini...

Tadi,bila bukak peti ais banyak barang dah abis!Adoi..Aku kalau peti ais dah kurus,mulalah aku pening!
maklumlah,buatnya tetiba ada yg call nak mengoder kek/muffin dan sebagainya,baru nak terhegeh2 cari barang.
Nak tak nak,aku gagahkan diri bawak keta gi shoping jap.Alah,bukan jauh pun,tesco setia alam tu dr umah aku dlm 5 minit jer kalau tak jem..huhuhu!!!ok.... jom shoping!!!



ni bangunan cantik bdekatan ngan tesco setia alam....warna warni...sangat suka!



Bila sampai jer...aku pun tercarik2lah parking....Yang buat ketiak aku berasap tu bukan pasal parking full..
Tapi semua petak parking dipenuhi Troly....Apa punya hangitlah manusia ni semua.Kot yer pun nak 
cepat,janganlah main letak merata jer...itupun nak kena ajar ke...pemalas!!!





Tengok ni...apa punya perangai ni....Sampaikan tempat parking OKU pun diaorang sesah..


cuba tengok kereta tu park kat mn...adoi!!



yang ni bukan setakat troly,basikal pun ada!!Siap di mangganya kat tiang tu..memang TERLAMPAU!!




adakah ini basikal en.bangla,atau en.sudarman..cuba teka...?




Si damea ni pun satu aku sebuk nak cepat balik,dia sebuk merengek nak naik bender alah ni...dahlah syiling pun kureng....adoi..dah kena beli air dulu...baru dapat syiling..budak ni kang!!! grrrr.......



Lihatlah daku.huhuhu...inilah contoh2 rakyat berhati mulia.wakakaka...dah siap masukkan barang2 dlm kereta,silalah tolak troly tu kat tempat yg sepatutnya..Lalalalala....


Lalalala....masih menyanyi..tiba2...Wah..yg ni lg hebat landingnya..hahah..memang tak hingat!!

cuba beliakkan mata anda....hahaha...!!!.sedap betul ,dalam hati tuan punya troly,nah amik kau!!!
janji aku senang nak lalu sudah...Memang tak patut!!Lempang kang baru tahu...



Kalau korang juga pernah melakukan perlakuan sumbang ini,silalah ubah ok...Sebab kalau kita buat baik,nanti kita pun dapat balasan baik...Tak caya cuba buat jahat..mesti dapat balasan yg tak baik kan....Bak kata org2 dahulu kala,buat baik di balas baik,buat jahat jangan sekali...2x boley tak...
huhuhu..

Disebabkan masalah2 kecil yg aku lalui kat parking lot tu...aku pulang agak lewat.Nak wat camner,dah aku baik hati pergi tolak smua troly2 tu kat tempat yg sepatutnya.Bila aku cerita kat en.suami..ada ke patut
dia kata..."tu bukan salah org letak merata,tu budak yg kerja tolak troly tu curik tulang!"..emmmm
Agaknya lah kan....tapi...dalam hati tetap jawab..itukan tanggungjwb diri sendiri..dah pandai guna,
pandailah letak balik...Babab montot tu kang!!!!...








   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...