Thursday, April 21, 2011

semalam






semalam.....
ada malam yg ku tinggalkan
bersama mimpi kita
bersama suara lagu rindu...


mencarimu..
umpama malam2 tanpa semalam
menyintaimu ...
umpama membakar bulan..




Wednesday, April 20, 2011

bila hujan turun





hujan....bila hujan dah mencurah2 turun...akulah orang yg paling happy dalam dunia...
nak tahu pasal apa...heeee..sbb xderlah en.suami tu asik nak keluar je jumpa kengkawan...th pulak dia lepak kat umah!!!!!
kalau tak..asik hilang jer..susah nak tengok muka..entah apa yg dibuat kat luar sana..TAWAKAL jerlah..
huhuhu.....
bila sebut tentang hujan..apa yg terlintas kat kepala korang...
kalau aku..bila time ujan2 camni aku akan ingat benda2 ni...
jom tengok..adakah apa yg aku fikir sama dgn apa yg korang fikir....
layan........






alangkah indahnya dapat tido lena macam baby comel ni....lagi best dapat pelok bantal golek yg bau bucuk....wah..mataku pun sdh hampir layu..heeee








dapat pulak makan time hujan2 ni..mmg layan..makan apa pun x kisah janji kenyang..bolehlah sambung tido
dgn syookk nya...la..la..la...  





 

tapi yg ni paling nostalgia....ingat lagi kalau hari hujan jer,aku ngan abg aku mesti curik2 keluar rumah..
bila mak tak perasan kami berdua mandi sakan...mana2 yg ader air bertakong tu abis kami kerjakan...
bila ingat balik,manalah mak aku tak histeria bila tengok aku dah macam itik main air lopak...

itulah kan dulu2 kalo main ujan jarang nak demam2 ni..tp bebudak skrg baru kena ujan sikit dah demam,selesemalah..batuklah...tak paham tul!!!


jeng..jeng..jeng..
yg terakhir sekali bila time ujan....hah !! tu pesal dok sengih2 tu..amboi2..
korang ingat aku ni pengantin baru ke..bila time ujan dok ingat *%$#**!(18sx)jer... 

nak tahu apa yg paling best bila time ujan2ni selain tido,makan,main ujan...
aku paling suka baring2 sambil dok belek2 album lama...
mulalah airmata nak meleleh....kejap sengih..kejap sedih...maklomlah dah tua2 cam ni....emo lebih sikit...

korang pulak....suka buat apa time ujan2 camni....huhuhu...

kalau dah tak th nak buat apa tu....pergilah tido!!!!!!...


zzzzzzzzzzzzzzz  zzzzzzzz ... jap2....lupa nak ajak en suami sekali...heehehe!!!.zzzzz






 

Tuesday, April 19, 2011

andai ku tahu....




Tanda-tanda kematian semakin hampir.

100 hari sebelum mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau
mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika
ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT
semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan
diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat
membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari
Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang
piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha
berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati
seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu
samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah
ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita
diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang
salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM
Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati
hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian
kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua.
Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita
semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal.
Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri
saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah
kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

******* BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA *******





kesian anakku...




damea....
hari ni damea nangis lagi....sedihnya rasa hati bila tengok damea menahan kesakitan...
kesian dia...tapi anak perempuan aku ni mmg lasak..lebih dasat dr abang dia..
kalau main dgn abang..selalu abang kena belasah ngan dia....
4 hari lepas bila en.suami pulang dr entah mana..damea terus berlari mngejar en.suami..
oleh kerana keganasan melampau(main terkam jer)..kaki dia terkena ekzos moto...
melekatlah kulit kaki kat ekzos tu....aku yg memandang ni...mcm nak luruh jantung!!!!
sampai demam2 si damea ni...agaknya sakit sangat kot...
yang nak marah tu..baru jer luka tu nak kering...dia pergi kopek2 pulak...
adoi....hai.....!!!!
bila dia tido jer baru aku boleh sapu ubat kat kaki dia..kalau dia celik jgn harap nak letak ubat....sebatu dia larik....dan lihat hasilnya....inilah tanda budak hebat kata en.suami!!!



  

semoga luka damea cepat sembuh...parut tu mmg x boleh hilang...sebagai tanda ingatan buat damea....
lepas ni jgn agresif sangat....main terkam jer...!!!

tapi bila tengok dia tahan kesakitan tu,hati aku pun rasa pedih..sebakullah jugak aku mbebel kat en.suami sbb x tengok anak betul2...jawab en suami~kalau mama rasa sedih tengok kaki damea,dady ni lagi rasa pedih sbb cuai...!!!emmm...harap lepas ni kami lebih berhati2 menjaga permata hati kami....



Sunday, April 17, 2011

aktiviti hujung minggu



adoi....dah 3 hari aku x jengok blog kesayangan ni...agak sebuk.Anak dara aku demam!!
kenalah jaga dia 24 jam...kebetulan pagi ni damea macam dah sehat sikit..maka aku pun ajak anak2 pergi
layan aktiviti yg dianjurkan oleh Pusat Masyarakat DUN meru & JKKK kg meru..
Banyak aktiviti menarik yg ader...datang2 jer pukul 8.30 pagi we all daftar dulu..ambik nombor cabutan bertuah..mn th,ada rezki...huhuhu!!!!



lepas daftar n ambik no (173) aku daftar pulak anak lelaki aku masuk pertandingan mewarna...
happylah dia...sementara tunggu anak lelaki aku mewarna aku layan motivasi keluarga bahagia...



best jugak ceramah dia...tp nama penceramah tu lupalah pulak..hehehe..(mata fokus kat hadiah cabutan btuah)..ngengenge....




aku buat pemeriksaan kesihatan percuma..alhamdulillah..semua ok..mungkin sebelum chek tadi mood baik..huhu..



si damea ni pun sempat chek gigi percuma..siap dapat berus gigi free lagi...seronok bukan main lagi dia..doktor cakap gigi damea santekk..hehe..boleh tahan sampai gigi kekal keluar...balik umah terus guna berus gigi baru..heeeeeeee



ni aktiviti kaum bapa..menembak!!! ader berani.....dan seperti mana yg korang nak tahu..ALHAMDULLILLAH..patutlah tangan kanan aku ni rasa gatal..sekali aku punya nombor bertuah di panggil..dapat hamper besooo punya...no aku 173...berbaloi2..



ni muka seronok dapat naik pentas ambik hadiah....nampak tak hamper kat sebelah kitaorg tu..nampak separuh jer....ramai org kat situ,malu nak ambik gambo beria2...kontrol...heeeee...


so itu jerlah pengalaman manis yg dapat aku kongsi bersama korang semua pagi ni...
yg paling best anak2 aku happy...xderlah terperuk jer kat rumah..harap ada lagi aktiviti best macam ni lain kali..(dgn harapan nak menang cabutan bertuah lagi)huhu..




Thursday, April 14, 2011

macam2 hal



macam2 hal....inilah nasib aku yang terpaksa menerima segala macam keadaan
apabila duduk di rumah teres paling ujung dunia..berhadapan pulak dgn deretan rumah sewa ..Lebih malang lagi apabila deretan rumah sewa itu di sewakan kepada warga asing.Sudahlah mereka ramai.
beranak pinak.suka buat bising,tidak menghormati aku yg berIC biru ni...dan pagi tadi.....
jeng...jeng....



aku dengar suara bising2...mcm bunyi org bergaduh....Aku pun selak langsir..mengintai.
Aku tak nampak apa2,cuma bunyi bising tu dtg dari rumah warga asing betul2 depan umah aku...tetiba...
gedebuk!!!!...terperanjat beruk aku lesung batu terbang betul2 depan mata aku..sikit lagi nak kena kereta aku...pastu bunyi org menjerit2 dgn bahasa yg aku sukar nak paham...tetiba
seorang pompuan indon dgn gagahnya berlari keluar,dgn tak berselipar.....rupanya mengambil seketul batu-bata kat umah aku untuk di lontar pada seorg lagi pompuan...Ya AMPUN!!!! bisingnya....
macam CINETRON yg selalu korang tengok tulah(aku x suka tangok)
bukan setakat batu bata,lesung batu,selipar dan segala barang dilempar sesuka hati...
apalagi darah tinggi aku pun naik mendadak.....Ni memang nak kena ni dalam hati aku ckap..karang kalau
berlubang keta atau tingkap umah saper nak ganti...Baru jer aku nak bukak kunci rumah..aku tengok salah seorang pompuan tu tengah memegang parang..mak ai...punyalah panjang parang tu...
Cepat2 aku kunci pintu balik...pastu bertambah ramai geng2 diaorg dtg...dah macam pasar malam!!!



Inilah yg terpaksa aku lalui apabila berjiran dgn pelbagai jenis warga asing...aku pelik dgn sikap
kurang ajar mereka.langsung tak th hormat orang..suka2 hati mereka ajer...Bila aku fikir balik..ini semua salah
org kita jugak...suka sangat sewakan rumah dkt warga asing..bila mereka dah ramai,mereka membentuk koloni...kononnya kalau warga asing,tiap bulan bayar cantik..tp mereka tak pernah th kalau satu rumah duduk sampai 20 org mmglah bayo cantik...
sudahlah mcm tu bercampur lelaki pompuan...
bila di tanya,jawabnya mudah,adiklah,kakaklah,abglah....sedara baru sampai dr seberanglah...



Rasanya dah tak tertahan lagi aku duduk kat sini..apa nak buat..taik kambing bulat2...
kalau en suami datuk K ke,datuk T ke,bolehlah buat banggalow kat atas gunung ledang....


apa yg boleh aku buat hanyalah bersoba........polis dah jumpa,ketua kampung dah jumpa,rela dah jumpa...
jawapan mereka........sama!!!!! x boleh nak wat apa....
bila time operasi sekor org pun xder.....
macam mana nak membesarkan ank dalam persekitaran macam ni...
emmmm...entahlah...


nak kena baca BUKU JINGGA ni...hehehe!!!!!




**lupa nak kstahu,diaorg bergaduh pasal curik bawang buat masak meggie**






Wednesday, April 13, 2011

tolonglah sabarkan aku!




Tolong....
tolong beri aku kekuatan itu..
untuk tidak menjadi dungu,
untuk tidak membakar kamu...

tolong....
tolong beri aku kesabaran,
agar aku bisa tersenyum
biar pun ada api dlm hati
dan ada asap keluar dr cupingku..


tolong...
tolonglah alih kereta kamu
kau th sudah 2 jam aku menunggu
sila cepat sebelum angin dtg menderu
menyapa tubuhku
dan aku btukar jadi biru.....


tolong...
tolong pegang tanganku..aku mahu ketuk pintu rumahmu.
oh jiranku...
x terfikirkah kamu..deritaku
tatkala kau suka hati parking
sehingga aku x boleh lalu
sudah naik jemu aku menghon mu.
sehingga kau hempas pintu..


tolonglah...
aku pun nak keluar jugak...
xkanlah setiap hari aku nak mngetuk pintu rumahmu,
atau menghonmu.atau menjerit memanggil namamu..
sekiranya sudah acapkali kau lakukan itu..
bermakna itu kau sengaja....
mengukur tahap sabarku...


oh...... tolonglah aku...
apa lagi yg mampu aku lakukan...
haruskah ku bakar keretamu itu...


P/s: jgnlah parking sesuka hati..kesianlah kat jiran tu..setiap kali nak lalu mesti nak kena bgth...timbangrasa lah..berilah laluan pd org lain,,semoga ALLAH turut membuka jalan padamu...






Tuesday, April 12, 2011

selipar ku hilang lagi...



sebenarnya kalau nak th ini merupakan kali ke 5 atau ke enam aku kehilangan selipar....tp bukan sajer selipar..kasut cantik pun kdg2 hilang jugak...
Nak marah pun tak boleh jugak,pasal semuanya salah sendiri!!!..
Cara selipar itu hilang pun agak drama jugak!!!sebenarnya kalau aku cari balik mungkin boleh jumpa...bergantung kat mn aku meninggalkan selipar itu.huhuhu....
 
+
+
+
begini ceritanya...padasuatuhari,(ptg semalam)aku ikut en.suami gi bayar segala bil yg berlambak2 kat umah tu..
sebelum segala surat merah sampai baik kitaorg gi settle dulu..konon nak bayo cara online..kalau bayo online xderlah can berwindow2 shopingkan..huhu..sambil menyelam, sambil jalan2..erkkkk!!!
 
+
+
+
Satu perangai aku dr zaman bujang sampailah skrg,sebelum bergerak balik,aku akan beli air n minum dlm kereta dulu,sementara tunggu econ keta sejuk kan...dan apalagi tabiat buruk itu pun datang...aku bukak pintu kereta luas2,kaki letak kat luar,badan kat dlm..sambil sedut air..fuhhhh!!! sedapnya...
Bila en suami kata let go!..aku pun angkat kaki, tutup pintu kereta,terus bersila kat tempat duduk aku...
apalagi bye2lah pn.selipar!!!..(perkara ini seringkali terjadi)..yg lagi nak hangin satu badan..
dah sampai umah baru perasan....nak pergi ambik balik dah memang malas tahap terlampau...
jawabnya sila 'abaikan'!!!

+
+

Oleh kerana bender ini mmg sering terjadi malah ketika zaman bercinta dahulu..maka en.suami akan buat bodoh jer...kadang2 kalau dia ingat,sebelom masuk kereta dia akan ckap,"kasut mama tu,ada kat luar ke,kat dlm kete...."..tp kalau dia ingatlah...!!! lagi pun bukan tugas dia nak ingatkan aku pasal selipar aku kan...



P/s: sendiri pakai selipar,sendiri mau ingatlah!!! huhu...





Sunday, April 10, 2011

gara2 cerita koboi


Malam tadi bukan main lagi aku.
Melayan movie koboi kat tv2..memang syok cerita tu(bite the bullet)..
Sampai tak sedar jam dah tunjuk pukul 2 pagi...Tengok abang2 koboi naik kuda..Layan abisss....
Tetiba cam berangan pulak aku yg naik kuda tu....(konon2 cam awek abang koboilah)terover sudah!!

+
+
+
Dan disebabkan keghairahan aku melayan citer koboi malam tadi,
maka teramatlah berat bijik mata aku skrg ni(tp masih sempat taip n3)huhu...  
Ingat nak sambung tido..lagipun anak2 semua dah selamat makan,mandi dan lain2..Nak ajak diaorg keluar pun cuaca tak berapa mengizinkan..kejap panas,kejap mcm nak ujan.... 
+
+
+
Oklah..oleh kerana mood koboi tu masih lagi menebal kat sanubari aku ni,maka sebelom aku buat taik mata...aku tinggalkan korang dgn sedikit sedutan dr cerita 'bite the bullet' ni...
kalau yg ader pop cone tu silalah kunyah...tak der popcone pun x per,kunyah jerlah apa2 yg ader....
Ok...happy sunday n...ye......hah!!!!!!.

 

Friday, April 8, 2011

pasaraya jual baby!!



hah....inilah satu2nya anak dara aku...DAmea zahra...Kuat posing,kuat merajuk,suka membebel dan yg paling tak tahan suka buli abang dia.....Berbalik pada tajuk n3 kalini-pasaraya jual baby!...begini al-kisahnya...ptg tadi kita org satu family dok melawat seorang kawan yg baru bsalin kat sepital.Baby dia sesangatlah comei...baby girl!!!!...Anak dara aku bila nmpak baby apalagi....mcm dapat anak patung...baby tu baru semalam lahir..dah nak dipicitnya sesuka hati.....

..Dalam perjalanan balik tu,anak aku suruh singgah kat pasaraya...
Aku tanya nak buat apa....dia dgn selamba jawab nak beli baby kat pasaraya...Adoi!!!
Ini budak....sesuka hati sesedap rasa jer...Apalagi bila anak dara aku cakap cam tu...bapak dia pun jeling2 penuh makna......Oh tidakkkkkkkkkkkkkk!!!!
 Aku paham maksud disebalik jelingan itu......

Bila pikir balik...abg pun dah 8 tahun,adik pulak dah 4 thn...rasanya mmg sesuailah
untuk aku melakukan proses persenyawaan....Nanti lambat2 kang..takut pulak rasa malas terus....
tapi....jap2...aku nak imagine jap...kalau....

emmm
emmm
emmm
    
 
 Kalau baby camni....so sweet....ala baiknya......tengok mata dia,bercahaya...ala cayang2.......meh sini nak timang2....ba-ba-cak!!!..bucuk2..manja..anak mama!!!..huhuh

Tapi...
Tapi...
kalau mcm ni 24 jam...
 
Hambek kau......alahai anak omak...apasal engkau menangis ajer ni nak oi....kau nak susu mak dah bg,kau nak dukung pun mak dah dukung....tolong!!! nak tukar nama jd ahmad pintu ke nak oi.......!!!
Akhirnya....
saper yg susah....bapak dialah!!!
mak nak tido yer nak....good nite....!!! jumpa esok pagi yer nak....



ok.....silalah jg baby kita yer darling...mama penat ni.....seharian meneran baru keluar...huhuhu!!!!
hehe....jangan marah yer darling.....(jelingan itu sudah tidak bermakna dikala ini)..heee
peace no war!!!!......



P/S: Sebenarnya kalau kita bersedia untuk punya baby lg..banyak benda kita nak fikir..terutama tahap kesediaan kita..kalau sekadar sajer nak lawan ank jiran kita yg dah masuk 9,baik takyah!!.atau sbenarnya kita mmg sesangatlah nak baby...so tepuk dada..gosok2lah bapak dia...mn tahu...???hehe....

Thursday, April 7, 2011

kisah malam suami-isteri


 malam td memang panas....lebih panas bila aku merajuk...hehehe,merajuk dengan en.suami...sebab apa? biarlah rahsia(kisah lakibini xbaik cerita kat org..heheh).
Biasalah gadoh2 manja gitu...bukan selalu pun aku merajuk...rasanya thn ni baru sekali..,.hehe..tu pun sbb hati sdh panas...(jgn tiru mcm aku-ok)..aku buat muka tenuk!!!Muncung sedepa,boleh ikat ngan tali rapia.... 
...........Tiba2 en.suami pun memujuklah konon....Dia ajak aku kua makan...Tapi aku buat x th..dia suruh anak2 aku yg cakap(amboi bnyak pandai ini org-guna ank yer...x aci betul)...
oleh krn mals nak dengar ank2 aku bising,aku pun sarung baju masuk dlm kereta....en.suami pun membebellah dlm kereta...tp aku buat x berapa nak dengar..
bla....
bla..
bla........
bla...

Akhirnya sampai.....terharunya rasa hati bila kaki melangkah kat tempat ni......nak2 bila en.suami ksth kat ank2..tempatnilah tempat aku dan dia dating dulu...pastu apa lg..keluarlah taman dlm hati aku..hahaha...Eh,dok sebuk cerita..lupa nak bgth kat mn kita pot mkn mlm tadi...kat warong lontong klang paling sedap dlm dunia...pasar jawa klang...hehehe (dlm hati korang mesti ckap...lor ingat hotel 5 bintang mn tadi)kehkehekeh....
 


Inilah nasi lemak feveret en suami...nasi lemak sotong....teringat masa dating2 dulu...kat sinilah tempat kita org makan(10thn yg lalu)..maklomlah masa bujang2 dulu..duit pun tak berapa nak ader...tempat mkn paling murah tp kenyang kat sinilah...dulu rm 3 jer..skrg rm5,,,hambik kau....dulu masa dating bawak rm50 pun dah cukup mkn sekali ngan tengok wayang...sekarang....kalo rm50... kau dating jerlah bawah pokok kelapa bentang surat kabo...makan kopok leko sorang 3 ketul..huhuhu




Haaaha.....inilah rupanya bila org merajuk td makan...kehkehkeh..merajuklah sangat..lontong punya pasal hilang merajuk aku...nak2 bila en.suami dok ungkit2 memori daun pisang kat tempat ni..hahaha...malu kat ank2 aku....nasib bebudak tu x berapa nak paham....cam mana nak paham adik ngan abang sebuk menyudu nasik lemak ngan lontong...
Sayang pd en.suami...Tima kasihlah yer...pandai betul en.suami guna tektik memujuk yer,,,bawak mkn tempat berdating dahulu kala.....layan jerlah.....

P/s:kalau teringin nak mkn kat tempat berdating dahulu kala..silalah merajuk mcm aku..mnlah tahu,ada rezki..hehehe.....!!!


Wednesday, April 6, 2011

tolong..durian itu membunuhku

  


Nak cakap menyesal...tak guna jugak...sebab aku yg sendiri beli..ayat yg paling sesuai ialah padan muka aku....Punyalah terpedaya dgn mat myanmar menjual durian..aku pun lantas menahan motor berbakul beso tu....pilih punya pilih...aku pun beli 2 bijik durian..BESO PUNYA...!!!

sebenarnya dr hari tu lg aku teringin..tp en.suami buat tak th..mungkin dh th perangai buruk aku pasal durian...nak th aku kalau nak mkn durian mmg over melampau..tp bila dah mkn,aku akan jd monyet kena belacan....aku akan kepanasan,,,,pastu semua org aku suruh gosok gigi..sendawa jauh2 dr aku dan satu lagi....yang mmbuatkan en.suami angin satu badan..

Aku akan halau semua org....pastu mop lantai pakai pewangi kain...hahaha...pasal nak suruh rumah jd wangi tahap giler...pastu kalau bau durian masih ader aku sprey minyak wangi..kalau tak hilang jugak bau durian tu,aku sprey dgn ridsect pulak...
melampaukan..hahahaha...tulah peangai buruk aku.....

sakan aku dok menghilangkan bau durian tu...yg aku pelik selalunya durian yg aku beli xderlah bau dia melampau tahap gaban.....!!!!!
en suami pun dgn muka mencuka..pas ni nak mkn durian...mkn kat tempat org jual jer..jgn mkn kat umah...pastu terus pergi mandi spa.....hahaah!!baik punya ayat laki aku...

P/s:jgn mkn kalau lepas mkn bnyak pulak songeh.....!!!!
berkumur dgn clorok atau gel basuh pinggan kata anak lelaki aku..cis sungguh jahat itu mulut!!!!


 

knapalah asyik nak mengarah org jer....




bila pikir balik...eh!!! xder perasaan ke dia ni...
Tapi bila pikir lagi sekali baru th dia ni mmg nak kena lipat sekali baru paham agaknya...
Apa yg aku merepek pepagi yg dah nak masuk tengahhari ni....huh!!! kepala aku kdg2 boleh kua asap di buat oleh mereka ni......MEREKA yg pelik tp benar!!!

Agaknya manusia ni bila dah jadi bos kat tempat kerja cepat betul terbawak2 ke alam kekeluargaan..
hello....kat opiz mmg lah lu bos..tp kat 'sini' lu bukan sesaper tau...jd jgn sesekali nak perentah2 gua ok....
EMO nye aku...ya ampun..bawak bertenanglah pn.ladyzamea oi....mengucap.....
tarik napaz ok....manusia ni mmg macam2 pesyen...jgn kau pulak terbawak2 hingga satu hari badmood..pandang muka anak ko tu..terkedip2 bijik mata dia tengok muka rimau kau hari ni....

Fuhh..lega rasanya.....Oklah.
Aku nak maapkan jerlah manusia itu...jd hati aku x sakit lagi...aku doakan semoga dia diberi hidayah oleh ALLAH agar bertimbang rasa ketika mengeluarkan kata2....Mungkin dia x perasan ayat perintah dia tu teramatlah keji dan mnyakitkan hati.....heeeee...
  
Pasni...x mahu marah2 lagi......kadang2 jer terover sikit..selalunya aku ok...
Hi... org yg duk umah 24 jam dan mngadap cik lappy ajer ni pun ader jugak org nak usik2 yer....takperlah dugaan....barulah hidup ni warna-warni...x gitu cik kiah oi..kalo x ok jugak...
kita bako...kita...kita bako jer.....hehehe...




  

Tuesday, April 5, 2011

selamat hari jadi 'tidurku'




selamat hari lahir teman tidurku.......
aku doakan yg indah2 menjadi milikmu....
sudah tentu milikmu ..milikku jua...hahahaa.....
Semoga kau akan menjadi suami yg penyayang,pemurah dan segala pe..pe...pe lagi....

Di lewat usia ini aku bharap hubungan suami/isteri antara kita akan kekal hingga hujang nyawa.........
selamat hari lahir en.suami
Pulang cepat hari ini..aku masak istimewa untukmu....Seperti biasa makanan kegemaran mu..
hehehe...UNGKEP AYAM KAMPUNG.....baunya sudah menusuk hidung!!!!

P/s: jgn lupa beli petai yer..heheh...... 


   

Sunday, April 3, 2011

x sangka boleh jumpa harta karun!



Aku jumpa harta karun pagi ni...harta tu kalau di nilai dlm anggaran ratusan ribu juga.....Itulah yg dikatakan rezki...Kalau ALLAH nak bg rezki bila2 masa jer!

Lebih2 lagi pd org yg rajin mencarinya.....
Hah!!!
Menganga mulut korang semua...cepat tutup,nnti masuk lipas dlm mulut tu...
mesti korang nak tahu ceritanya kan..kak milah tu dah tak sabo tu....dlm hati sebut..cer citer..cer citer...cer citer..

Pada suatu hari@pada suatu pagi tadi..hati aku tergerak nak membersihkan sekitar rumah yg dah melampau semaknya mengalahkan projek perumahan terbengkalai...Aku pun tebaslah apa yg patut..rumput dah jadi lalang,bunga pun dah jd pokok paku pakis..cuma x boleh nak makan jer sbb spesis berlainan..huhuhu.!!!
 
Dari depan rumah... kerajinan aku berganda sehingga kebelakang rumah...
Wah belakang umah aku dah jadi hutan tropika lah....
siap ader burung puyuh wak-wak... 
Aku pun mengais-ngais lalang yg dah melilit kat pagar tu....sekali aku terpandang sesuatu..

Eh....apa ni..kenapa ader bender berlonggok ni...
aku pun menengok lah bender tu tanpa rasa takut...YA ampun!!!!!
Oleh kerana aku xkan mampu mengangkat 'benda tu'..maka aku pun pergi rumah pakcik endon bertentangan dgn rumah aku(pakcik tu kerja ngan laki aku..hehe..tu yg selamba tu).
APALAGI....sebaik melihat benda alah tu mulut pakcik tu pun terlopong sama...nak th apa perbualan aku ngan pakcik tu...sila bc seterusnya..hehehe....

(pakcik endon cakap)-wah...sapa yg tinggalkan di sini dong...ini di belakang rumah kamu jd ini di kira kamu punya...ini kalau di jual ni boleh dapat ratusan ribu ....  
(aku yg menganga)-betulke wak...boleh dapat duit ke wak?
(pakcik endon cakap)-boleh....apa mahu wak tolong jualkan ,wak kebetulan mahu ke sana...
(aku yg masih menganga)-cantik sangatlah tu wak..nanti sy tolong angkatkan yer....

sejam  kemudian.....wak endon tu pun bagi aku duit....FUH!!!!!
ratusan ribu seperti yg di janjikan...cuma ratusan ribu Rupiahlah..huhuhu..
nak th harta apa aku jumpa...
besilah...besi tu pun kira harta karun kan..besi apa aku kurang pasti...menurut wak endon tu besi2 tu di kenali sebagai besi staging buat rumah(aku pun x pasti benda apa)..
mungkin ader org kumpul2 tp x sempat nak jual....maka rezeki akulah ngan wak endon tu...kasi 2 haha...
aku dapat rm120,wak endon tu kata dia ambik 50 jer..hehe
Sonok pulak rasa hati...sampai nak ambik gambar tempat kejadian pun terlupa...


P/s: silalah rajin membersihkan kawasan rumah korang,mn th pasni korang boleh jumpa harta karun yg lebih dasat lagi....so berusahalah yer......!!!huhuhu...lovelovelove....



  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...